Friday, June 17, 2016

Stew Ayam Kerala

Assalam, another menu yang kita cuba sebelum puasa..Stew Ayam Kerala resepi dari  Encik Thyaga ...resepi yang sedappp pada kami..sangat2 sesuai buat anak2 yang tak makan pedas atau pun siapa2 yang nak makan untuk sahur..tapi kenalah ada sambal belacan atau any sambal to go along pada yang suka pedas tu...

Semenjak puasa ni belum ada lagi resepi2 baru yang kita cuba..maklum lah..masak pun hari2 kelam kabut..so apa yang ada dalam fridge or yang terlintas difikiran saja lah yang kita buat untuk berbuka puasa for the family...Minggu depan dah masuk minggu ketiga kita berpuasa..lagilah sibuk mak2 semua..mana nak buat kuih, nak masak untuk berbuka & sahur..belum lagi yang ambil tempahan..adui..boleh ke sempat buat tu?..kita ada susah hati ni..terlarat ke kita nanti..mak kita dah sound suruh kita beli aje kuih2, sebab dia tahu kita ada ambil beberapa tempahan kek tahun ni....tapi macam tak bestlah ..kita suka buat sendiri..lagi ada personal touch gitu kan kan kan..hahaha
Oklah..tak mau banyak spelling.. insyaallah kalau ada masa will update apa yang termampu...terimakasih buat Encik Thyaga saya mohon dipanjang2kan recipe Stew ayam ni disini pula ya..

Stew Ayam Kerala
Sources:-ThyagaCook
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction 
Bahan:-

1 kg ayam,dipotong kecil2 dan di gaul dengan sedikit garam ketepikan.
3 biji ubi kentang,dipotong 4
1 biji ubi kentang (size kecil) direbus hingga empuk dan di lecek.
2 batang carrot,dipotong ikut suka hati.
2 cawan santan cair
3 cawan santan pekat
Jus limau nipis, secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar,untuk ditabur
2 s/t serbuk ketumbar
1 s/t serbuk garam masala
½ s/m serbuk lada hitam yang baru ditumbuk(Ayu lebihkan)
2 batang kayu manis*-(Ayu guna 1 batang aje)
8 biji buah pelaga,ditumbuk sedikit*-(Ayu guna 4 biji aje)
8 kuntum bunga cengkih*(Ayu guna 4 biji aje)
2 biji bawang besar,dihiris halus
6 ulas bawang putih,dihiris halus-(Ayu guna 4 biji aje) 
2 inch halia,dihiris halus
5 tangkai chilie hijau dibelah
4 tangkai daun kari
5-6 s/m minyak
 
Panaskan minyak dan masuk bahan * kacau rata, masuk bawang putih,chilie hijau dan halia kacau dan goreng hingga wangi.(Ayu masukkan daun kari waktu ni juga)
Masuk bawang dan tumis hingga bawang menjadi light brown. Kecilkan api dan masuk serbuk ketumbar dan garam masala kacau rata dan masuk ayam ubi dan carrot kacau rata dan goreng selama 5 mint.

Tuangkan santan cair dan kacau rata. Tutup periuk dan biar mendidih . Bila ubi sudah masak masuk ubi yang telah di lecek dan santan pekat kacau rata dan masuk garam,serbuk lada hitam dan jus limau nipis. Suaikan rasa. Masak hingga mendidih. Tutup api tabor dengan daun ketumbar. Hidangkan dengan apam lenggang atau pun putu mayam.(Stew ayam ini sedap dan selalu nya di-makan dengan Apam lenggang atau pun putu mayang) (Ayu makan dengan nasi aje)

Monday, June 13, 2016

Mee Talam @Mee Boko

Assalam, kita harap kita tak terlambat mengucapkan Salam Ramadan buat semua teman2, tetamu2 & silent follower yang sudi singgah keblog yang tak seberapa ni walaupun dah masuk seminggu kita menjalani ibadah berpuasa..hasrat dihati nak update earlier tapi macam tak bolehlah gitu..sebab kita sibuk ya amat...ini pun kita bersengkang mata menaip..sementara lagi beberapa jam nak bersahur..sebab kesian teman2 yang tertunggu tunggu entry baru dari kita..macam real eh..hehehe..

Oklah .. kita nak share recipe yang kita cuba sebelum bulan puasa ni..Mee Talam recipe dari Kak Azie..kita tengok dah beberapa kali sis Azie memasukkan entry Mee Talam diblognya... itu yang kita curious, bila kita tengok bahan2nya very2 minimal dan bahan yang digunakan pun lain dari yang lain..iaitu batang kangkung & just mee !..
Kebetulan kita ada beli kangkung itu yang hasrat nak cuba terus dilaksanakan...tapi kita gunakan daunnya sekali sebab macam sayang pulak kalau tidak digunakan...hehe

I tell you..lepas digoreng sedappp tau..kita goreng pedas sikit..then tidak bubuh garam & perasa langsung..rasa pedas, manis & masin dari cili, kicap & air gula melaka tu dah cukup membangkitkan selera dan secukup rasa... of course udang pun play a part sebab rasa manis udang tu pun kasi rasa mee ni very special in its own way...
Terimakasih buat Kak Azie kerana berkongsi recipe yang simple yet sedap ni..am I glad I tried ..another recipe into my collection ..Mohon kita panjang2kan disini pula ya..


Mee Talam @ Mee Boko
Oleh: Azie Kitchen
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahannya; 
1 1/2 peket mee kuning 
1 mangkuk kecil udang  - opsyenal-(Ayu guna udang size medium)
1 ikat kangkung - ambil batang sahaja-(Ayu guna daun sekali sebab sayang hehe..)
1 sudu besar cili kisar -(Ayu guna lebih sedikit)
Garam (Ayu tak bubuh ni & serbuk perasa pun sebab kicap dah masin & rasa gula melaka dah lemak)

Bahan Tumbuk:
5 ulas bawang putih 
9 ulas bawang merah

Bahan masak:
Kicap pekat cap Ikan Mas - guna Kicap Jalen (Ayu guna kicap cap kipas udang aje)
1/4 keping Gula Melaka -(Ayu agak2 ikut citarasa)

Cara cara:
Masak sedikit air dengan gula Melaka hingga gula hancur. Masukkan kicap dan masak sehingga berkilat. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan pula cili kisar. Terus tumis sehingga cili benar benar masak. 
Masukkan udang dan dikacau sehingga udang masak. Masukkan mee dan kacau rata sebelum dimasukkan air kicap dan gula Melaka tadi. Kacau rata.
Masukkan kangkung dan garam, kacau rata. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga sebati. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.