Thursday, September 30, 2010

Spicy Cheese White Jade Mushroom

Fried Spicy Cheese White Jade Mushroom, yang telah diubah main character from original that was Enoki Mushrooms (Enoki Goreng Keju Pedas)kenapa pilih white jade mushroom ni?..well sebab, bila tengok enoki mushrooms tu halus bebenor, and can bayangkan kelecehannya bila menggoreng & 'bila nak game' gitu..jadi kita ambik aje yg ini sebab  rupanya lebih kurang sama cuma dia besar sikit..hehe..

Recipe adapted from Sue@Nenie yang dah lama tak kudara..actually dah lama dah buat this snack sebelum puasa lagi...boleh terselit kat tepi corner folder pulak..hehe..kalau tanya pun dah lupa rasanya..hehe tapi yang pasti, walaupun spicy(pedas) pada title tu, this snack tak pedas pun...Thanks ya Sue, akak copy & paste recipenya disini ya..

 Bahan2nya:-
1 bungkus cendawan enoki-(Ayu gunakan cendawan white jade)
Minyak secukupnya untuk goreng terendam 

Bahan Pencelup:-
50 gm tepung gandung
15 gn tepung jagung
1 s.teh serbuk bawang putih -(Ayu gunakan bawang putih kisar aje)
1/2 s.teh serbuk paprika-(Ayu lebihkan ni)
3/4 s.teh garam
1/4 s.teh serbuk lada sulah-(Ayu lebihkan ni)
1/2 s.teh serbuk penaik
100 ml air sejuk

Bahan Taburan (kacau rata)
150 gm tepung gandum
2 s.mkn tepung jagung
1/2 s.teh serbuk lada sulah_(Ayu lebihkan)
1 1/2 s.mkn keju parmesan ~ Tadak stok, ganti ngan cheddar

Penyediaannya:-
Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya
Kacau rata bahan pencelup.
Celup cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.
Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.
Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka

Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.
Sources:-From syurie.blogspot.com

No comments: