Last cookies for this year...rasa2nya, dah cukuplah tu kan..asal ada a few varieties dahlah..add on with some kekacang, rempeyek,kerepek and tidbits dah penuh ler satu meja..hehe..later today nak start baking cake pulak...itu pun kalau nak tayanng lepas raya ajelah ya..sebab after this macam tak ada time nak update, esok, Mr Hubby dah start cuti, lagi confirm lah tak ada chance nak duduk kat depan pc..haha....
This cookies, quite unique, sebab bertingkat, cantum kan ia dengan icing and top up with chocolate mocha beans..sedap juga rasanya, sebab ada cornflakes kisar and chocolate rice, last after eating the tepung bite n the mocha beans, lagi menambah keenakkan kuih ni..very rangup and melts in your mouth...without realising, cepat & mudah to make them, compared to kuih tart yang makan berjam2 sampai sahur baru habis..hehe
Bahan A
270 gram mentega, dilembutkan
60 gram crisco putih
1 biji telur yang kecil
160 gram gula serbuk
1/2 sudu teh emplex
1 sudu teh butter oil-(Ayu tak letak)
300 gram tepung Hong Kong, diayak
180 gram tepung gandum, diayak
30 gram tepung jagung
60 gram cornflakes, dikisar halus
90 gram chocolate rice
secukup chocolate coffee bean untuk hiasan
Bahan B
1 biji putih telur
1 1/2 sudu makan jus limau kasturi
310 gram icing sugar atau secukupnya
Cara untuk Bahan A
Mentega, crisco, telur, gula, emplex dan butter oil dipukul dengan "K" beater sehinga rata dan sebati. Masukkan semua tepung, cornflakes dan chocolate rice dan pukul lagi sehingga rata. Perapkan selama 10 minit. Panaskan ketuhar pada 150 darjah C. Ambil sedikit adunan, canai rata dan terap dengan menggunakan acuan bintang lebar 3cm dan satu lagi diterap dengan acuan bintang kecil, lebarnya 1 cm. Atur dalam dulang biskut dan bakar selama 25 - 30 minit atua sehingga garing dan masak. Hiaslah setelah sejuk.
Cara untuk Bahan B
Putih telur dan jus limau dipukul dengan menggunakan "K" beater sehingga rata. Masukkan icing sugar dan pukul lagi sehingga sebati. Semasa hendak digunakan isikan dalam piping bag dan picit.
Cara menghias Biskut
Picitkan sedikit bahan B diatas bintang 3 cm. Kemudian aturkan bintang kecil diatasnya. Picitkan lagi icing diatas bintang kecil dan letakkan sebiji chocolate coffee bean.
Sources:-From Juriah Abdullah@Mintak Ampun sedapnya-Asmah Laili
1 comment:
salam kak ayu, byk tu buat kuih...sy sumer buat gak tp kat kedai..hihihi...
Selamat Hari Raya kak...
Post a Comment