Monday, March 14, 2011

Mee Sup Utara

Assalammualaikum, its school holiday time again..1 week aje..to be exact not really a school holidays lah..sebab for Hasif masih kena pergi sekolah macam biasa for his extra classes which the school has arranged for the secondary 4 students....tengok Hasif ni pun kesian juga..dah kurus dah kita tengok..hari2 balik sekolah dah petang, dapat rest sekejap then  kena pergi tutionlah, kelas agama then lepas tu buat homework, belajar,  buat project sampai lewat malam baru dia tidur..the next morning pagi dah bangun ..sabar aje lah ya Acip(his nickname)..you have to 'chong' all the way for the next few months ...

Ok back to this menu..again menu yang dah lama kita buat..tapi belum sempat masuk blog, recipe asal menggunakan bihun, tapi pasal stok kat rumah time tu ada mee kuning so kita gunakan mee ajelah.. menu from  Madiha@Ratna again yang mendapat pujian dihati my mum..after the mee hoon goreng kunyit..hehe..it seems my mum bekenan betul menu2 kat rumah Madiha ni lah.. Sedapp!! Thanks ya to puan punya recipe Marlida & Madiha juga ..kita letak recipinya disini pula...with slight adjustment kita added mana yang ikut selera kami..As for the cili kicapnya tu kita gunakan sambal cili padi yang kita cicah dengan tauhu.. Recipe ada kat sini.. cuma yang ini kita kurangkan sukatan gulanya sebab tak nak manis sangat & cili padinya kita lebihkan lagi sikit....


Sumber :  Marlida
Bahan2 utk sup
Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)
Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar ~ MaDiHaA guna kasar2 mcm tu jer sbb takde grinder yg sesuai)
2 ~ 3 kuntum bunga lawang -(Ayu bubuh 1 aje)
2 inci kulit kayu manis -(Ayu bubuh 1 aje)
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis 

1/2 s/b jintan putih-(Ayu tambah)
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih 

1 cube lembu-(Ayu tambah)
(sukatan tu aku main agak2 jer)

Bahan Kisar
2 labu bawang besar +1 biji bawang hiris-(Ayu tambah)
6 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar (dulu MaDiHaA titik tp kali ni dikisar sbb gearbox tu byk lomak)
2 batang serai - dititik
1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes -(Ayu gunakan 3 sudu besar house brand rempah sop)



 
1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja) -(Ayu hiris kecil)
1/2 kg tulang -(Ayu tak letak)
1/2 kg perut (jika suka) ~ MaDiHaA tak letak tapi masuk tulang lebih -(Ayu tak letak)
air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
garam & serbuk perasa
serbuk lada hitam secukupnya

Cara2 Membuatnya~

MaDiHaA tak tumis.. daging & tulang tu dah cukup berlemak dah..-(Ayu tumis)

1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit (MaDiHaA tak tutup pun periuk... biar gitu jer.. hehe) Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan )

Menyediakan Bihun
1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.

Bahan Tabur/ Tambahan Lain  

Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap)-(Ayu tak buat ni)
Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri  )
Daun sup dan daun bawang di mayang
Sambal Cili

RESEPI SAMBAL CILI
(Ayu tak buat ni- Ayu buat sambal cili padi macam cicah dgn tauhu tu tapi gulanya dikurangkan)
 ½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
sedikit minyak utk menumis.

Cara2
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa 
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya 

Sources:-From http://mamawandiha.blogspot.com

10 comments:

Yat Maria said...

Akak

sian arr Hasif..but what to do kan...nak amik O this year kan..tak per susah2 sekarang, nanti result excellent trus :)

BTW, mee sup utara akak masak ni sungguh lah mengancam jiwa raga kita..lebih2 lagi ujan kat opis sini...ishhh tgk sambal kicap tu..hmmmm tak leh angsss arrr

Mas said...

hujan2 ni jadi lapar lak nengok mee sup utara tu...
letak cili kicap lebih memang sedapppp ni..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ayu..

hehe.. tergelak dulu baca statment ayu pasal mak ayu tu.. serasi betul nampaknya tekak mak ayu ngan resepi2 yg kita kongsikan tu yer? alhamdulillah...

kita pun suka banget ngan jenis2 sup gini.. tak kisahlah guna bihun atau mee.. semua kita suka.. last saturday pun kita buat bihun sup jugak.. tp bihun sup biasa je (warna putih).. supnya guna ayam + chicken ball.. & lawan ngan cili kicap jugak.. fuhh.. berasap2.. tp tak amik gambor pun sebab anak2 dah tak sabar2 nak mkn.. maklumlah masak utk sarapan.. kul 10 baru siap.. kekekek.. mana budak2 tu tak lapar..

ayu.. kalau ikutkan syarat mee sup/bihun sup utara ni.. sambal cili tulah yg memberikan kelainnan/bezanya dari sup yg biasa.. sebab kat utara je yg makan bihun sup ni dengan sambal warna merah tu.. ayu trylah sekali.. lain kali yer.. jangan tak caya.. berasap2 jugak walaupun guna serbuk cili sebab kita ni selagi tak pedas selagi tu kita cedok sambal tu.. sampai kuah pun bertukar jadi merah.. hehe.. mmg best tau! anyway.. t.kasih sudi mencuba resepi my cousin tu yer.. itu sebenarnya secret recipe husband dia (chef E) yg dimasak kat gerai bihun sup utara nya..

izahdaut said...

mak aiii..akak bikin saya penasaran tak senang duduk tengok mee gini..memng sangat "cicous"-pinjam ayat anak kecik saya..hehehe..
adehh..nak menye sup jugak nampak neh

ija said...

nice pic..nak tanya sikit guna camera jenis apa ek..itu pun kalau tak keberatan!!

cik cek said...

Ayu...kalau sup2 ni memang fav kak cek...suka sesgtnya.... :-)

Nieza said...

akak, ni memang my fav ni...org utara memang suka ni.

Ayu said...

yat maria - aahlah yat..begitulah i think ur son pun samakan this year ambik O level..
hujan2 memang best makan something soupy..kasi panas kat dalam badan sebab sejuk diluar..hehehe..

mas - hehe..akak pun suka pedas maut..lepas tu lidah terbakar..haha best

madiha - walkslm, aah ratna, she seems to like the recipe yang u share..walhal pada mulanya dia tak tahu recipe dari siapa, but mostly yang dia cakap sedap after sampling, is from your recipe..hahah..kita pun cakap lah..ini same blogger yang kasi recipe mentarang pedas, bihun kunyit, & yes, sambal hitam pahang pun kita dah try..pun dia cakap sedap..hehehe

oh ya ke, samabl ni yg kasi differncenya ya..ooo i see..lain kali boleh lah kita buat lagi mee ni dgn sambal cili madiha tu ya..apa2 pun thanks for sharing..kalau dah recipe dari owner yg memnag jual mee sup utara ni mestilah kita buat juga nanti..insyaallah..

izahdaut - heheh..cicious tu delicious ke izah?..hehe cutenya dia cakap..hehe..ayuh pi menyesup cepat..haha

ija - thanks ija, camera yang akak gunakan ialah dslr Canon 450D..model lama tu..sekarang banyak model baru dah keluar..hehe

cik cek - samalah kita cik cek..sama taste kita ni ya..suka yang bersup2..hehe..kalau buat me yg bersup kita selalu buat kuahnya lebih..haha

nieza -tulah nieza, ini orang selatan pulak mencuba memang sedap mee sup ni..hehe

Mak Qis said...

babe...i org utara pun tak pernah buat bihun/mee sup utara neh..hehehe...malu wehh kat org singapore...kena p try buat gak le one fine day nnt

Ayu said...

mak qis - hahah..jangan malu..kita pun ada juga masakan Singapura yang kita tak pernah cuba dan buat orang dari negeri lain dah buat & rasa dah..hahaha..
to make it even more malu..recipenya tu pun ambik dari orang negeri lain..kahkah..