Monday, March 07, 2011

TomYam Songkhla & Sambal Belacan Thai

Lauk Tomyam yang memang menjadi favourite rumah ni..tak kiralah tomyam apa, udang, sotong, ayam, daging, ketam semua suka..sebab suka hirup2 kuahnya tu.. recipe ambik dari rumah  Hana recipe asal dari pulutserikaya@myresipi...kita derhaka sikit tambah itu & ini ..hehe sesekali kena tomyam, memanglah best satu periuk bangak kuahnya habis dihirup..hehe  Thanks puan punya recipe & Hana, macam biasa akak letak disini pula ya..

RESEPI TOMYAM SONGKHLA
by : pulutsekaya.myresipi
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 5 ekor udang (lagi besar lagi sedap)
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 ulas bawang merah dimayang halus - hana x ltk-(Ayu pun tak letak)
  • 1 ulas bawang putih dimayang halus - hana ketuk jer-(sama)
  • 1 labu bawang besar merah/holland dibelah 4-(Ayu hiris bulat)
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 2 helai daun limau purut dikoyak2
  • 4-5 biji cili api dipotong2/ketuk 
  • sedikit sayur kobis bunga, cendawan tiram & carrot-(Ayu tambah)
  • 1 cube ayam -(Ayu tambah)
  • 1/2 biji limau nipis
  • 1-2 cawan air ikut suka
  • sos ikan/garam secukup rasa-(Ayu letak kedua2nya sekali)
  • sedikit daun bawang dihiris- hana guna daun ketumbar
Cara-cara
  1. Didihkan air bersama serai dan bahan yg dimayang.
  2. Setelah mendidih masukkan udang,bawang besar, tomato dan daun limau.
  3. Bila udang dah masak boleh letakkan dalam mangkuk.
  4. Taburkan cili api dan daun bawang,perahkan limau masa nak makan(jika perah awal jadi pahit)
  5. Sedia dihidang

Sambal Belacan Thai
Bahan A
3 sudu makan cuka
3 biji limau nipis-diambil jusnya
garam & gula secukup rasa

Bahan B
10  biji cili api
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci belacan
2 sudu makan udang kering

Method:-
Kisar semua bahan B ataupun tumbuk sehingga lumat.
Perahkan jus liamu nipis dan masukkan garam dan gula cukup rasa. kemudian gaul rata.
Source:-From Hidangan Terbaik Dunia Thai-langkah demi langkah.-Nazira Noran

    9 comments:

    Mas said...

    sedappnya tomyam..
    makan panas2 memang bestkan ...

    izahdaut said...

    masuk list sambal belacan tu..sedap nampak tu..

    ilahjy said...

    salam adinda kuss..
    kak ilah nak bg lagi 1 .. rebus ikan kembung amek isi dia campur la dlm sambal belacan tuu fuuuuhhh nanti 4 pinggan nasi ayu makan...org kedah perlis itulah cara kami jika nak lebih sedap..

    Sizuka said...

    ayu,

    i love sambal belacan thai. especially kalau makan dengan nasi panas. pergh!

    Ayu Safieza said...

    Kak Ayuuuuuuuuuuuuuuu....adeh, lapor laaa tgok lauklunch tu......tomyam ngan belacan ada pulak telur dadar.....perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Puyok nasi emang atas meja makan la nampaknye......

    Nieza said...

    assalam kak ayu...tak thn nengok tomyam tu rasa nk hirup jer kuah tu slurppp...sedapnya tapi x cukupla nk kena wat sendiri gak ni..hehe sambal belacan tu pun mengancamla kak..

    cik cek said...

    Assalamualaikum...tgh bdn tak sihat ni...makan tomyam ni mesti sedap...segar rasa bdn...kechur akak dibuatnya....

    anymz said...

    singgah rumah ayu mintak tom yam sikit..jap lagi singgah rumah org lain pulak..perghh..jimat macam ni kan ayu..pi ambik lauk rumah kawan2 je..hehe
    eh!akak ada rendang siam..boleh gak makan dgn tom yam ni sekali..:D

    Ayu said...

    mas - memang best kita semua suka hirup kuahnya mas..hehe

    izahdaut - silakan izah..adjustlah mana2 yang patut ya..

    ilahjy - walkslm, kanda..ok kak nanti akan kita cuba..4 pinggan cukup ke kaka sekali kita makan 1/2 periuk macam mana tu..hehethanks kak for the info

    sizuka - aah shidah, makan mesti ada ulam baru best kan..kena kuah tomyam pedas..fuh nak terkucil pun tahan aje ..hehe

    ayu safieza - hahah..memang lauk2 tu semua ngam dgn tomyamkan ayu..puyok nasi licin bersih punya..hahah

    nieza - walkslm, aah nieza, tomyam ni sedap hirup2 tak sedar perut dah kenyang kuah tomyam..haah

    cik cek - hahah..betul badan tak sihat makan lauk yang bersup memang laju ajekan..cik cek tak sihat ke tu?..banayk berehat lah ya..

    anymz - hahah..memang jimat kak,
    jimat wang jimat tenaga hahah..ah rendang siam tu kita masuk list kak..