Thursday, May 19, 2011

Inche Kabin -Ayam Goreng Kari

Macam biasa, lauk ayam goreng untuk anak2..rasa2nya ramai yang dah mencuba ayam goreng ni..tahun2 yang lepas, tapi kita baru nak cuba tahun ni...haha..recipe dari rumah  CMG I dont have whole chicken kat rumah jadi kita gunakan chicken wingstick aje..nampak kurus aje wingsticknya tukan..heheh..ni ayam tak cukup makanlah...Macam biasa juga ya Mat, terimakasih..akak minta izin letak recipenya disini untuk rujukan dan dikongsi dengan lain2..

Inche Kabin -Ayam Goreng Kari
Sources:-From http://www.tiffinbiru.com
Bahan-Bahannya :-)
4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
  1. Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
  3. Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
  5. Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!)

7 comments:

CT Delima said...

As'salam Ayu

Memang tepat ni ct datang time tengah lunch... hehehe

Ayu, sedap ni. kalaulah anak2 dapat menikmati ayam goreng kari ni gerenti nasi cepat habis.. hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak ayu...

jangan kata kak ayu baru nak mencuba tahun ni.. saya sendiri lagilah teruk.. belum lagi mencuba.. nampak menyelerakan.. mesti sedap ni.. selalu gak campurkan serbuk kari dgn bahan2 lain bila menggoreng ayam.. tp resepi ni lain sikit sbb ada santan.. ada kerajinan boleh try nnt..

Mas said...

mak mas selalu buat inche kabin ni....
sedapppnya tengokk...

izahdaut said...

mcm jenis ayam goreng berempah ye kak ayu..nampak best betul tu.. sedapnyaa

hani said...

kak ayu,
dah lama rasa tak 'datang' spore...ekekekkee...mai ayama seketu kakak sayang

Mak Qis said...

konfem nak buat esok..hehehe...apa rasanya ayu..rasa ayam goreng berkari ke?

Ayu said...

ct delima - walkslm, betul tu ct, kasi dia orang lauk ni dengan kicap pun dah boleh jalan..hahah..ayam aje almost everyday kan..hahah

madiha - walkslm, hahahha...actually banyak juga akak belum cuba ratna..
tak apalah kan..kita slow & steady..pelan2 jalan sampai jugak nanti kan..hahah
cubalah ..boleh tahan juga rasanya..

mas - oh ya ke mas?..,,hahah inilah first time akak buat..kiki

izahdaut - lebih kurang gitulah izah..tapi yang ni ada santan..

hani - hahah..tulah apasal tak datang..sibuk ya..ekeke..
tulang2 aje yg tinggal..sebab dah habis..hahah..

mak qis - begitulah mak qis..cuma yang ini ada bersantan sikit..heheh