Friday, May 06, 2011

Kurma Telur Pengantin

Last weekend my ex neighbour ada kahwinkan anak, after the majlis she got lots of berkat telur left over..so she passed to us about 20 biji..dapatlah dibuat beberapa lauk for that...some of them dibuat kurma telur ni..teringatkan Kak Ummi ada masak lauk telur pengantin ni kemarin ...kita pun ambiklah resipinya.. jadilah buat lauk untuk hari Isnin yang lalu...congak punya congak pada mulanya nak masak kari aje..tapi fikirkan nak masak daging juga so decided on this sebab tak pedas..kita masak cair2 sikit sebab nak berkuah...Thank you Kak Ummi, for sharing, memang dah kena lah tu telur pengantin namanya..heheh..


KURMA TELOR PENGANTIN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 1 aje)
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma #
  • 1 cawan santan pekat # (bahan # dibancuh sebati)
  • 2 cawan santan cair
  • 2 tangkai cili merah & hijau - dibelah
  • 2 biji kentang - kupas dan belah 4
  • 2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
  • 2 biji jus limau sambal-(Ayu tambah)
  • beberapa cili padi -(Ayu tambah)
  • garam secukup rasa + perasa-(Ayu tambah)
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan santan dan rempah kurma. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kentang dan gaul rata. Masak sebentar.
  4. Masukkan pula telor dan masak sekejap dalam bahan rempah.
  5. Kemudian masukkan pula santan cair, dan garam. Masak/reneh hingga nampak berminyak dan kuah agak pekat.
  6. Masukkan bawang besar dan cili.
  7. Seimbangkan rasa dan pastikan ubi kentang lembut. Tutup api.
Sources:-http://ummizaihadi.blogspot.com

4 comments:

cik cek said...

Salam Ayu...

Anak2 mesti suka masak cam gini kan Ayu...tak pedas...berkuah...telur...anak2 confirm suka...kak cek pun suka kalau masak cam gini... :)

Mat Gebu said...

terus mcm nak masak esok..huhu

Ayu said...

cik cek - walkslm, aah kak cek, anak2 suka tak pedas sangat, especially si budak pompuan tu ..yang lagi 2 tu ok aje ..hehe..

mat gebu - heheh..senangkan nak masak lauk macam gini ..pasti ngam punya..

Jay said...

wow...yummy...yummy..:)
Tasty Appetite