Monday, August 08, 2011

Angel Hair Lemak Pedas - Iftar 4

Hahaha..tengok tu baru dapat update iftar 4..3 more to go before kita on time ..hahaha...as for iftar 4 ni..kita try buat mee pasta yang rasanya dah ramai yang mencuba.. pada mulanya takut2 nak cuba sebab
rakyat jelata kat rumah ni kalau pasta colour lain aje dia orang tak makan..tapi kita nekad mencuba sebab ada cili padi dalam bahan2nya tu..well memang tak menyesal mencuba recipe ni..memang sedap..anak2 nampaknya makan..excluding my mumlah sebab dia kalau ada susu, cheese memang dia geleng kepala..heheh..so dia berbuka dengan menu yang lainlah..Recipe asal dari CMG, tapi kita ambil dari dapur
Nor Terengganu, sebab tengok dah beberapa kali dia buat itu yang teruja nak cuba juga..

So lain kali boleh buat lagi..Terimakasih pada CheMat & Nor, for sharing dan mencetuskan idea untuk mempelbagaikan mee pasta ni..
SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair-(Ayu juga gunakan angel hair)
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat-(Ayu gunakan tomato biasa potong dadu)
1/4 bahagian red capsicum, dadu-(Ayu gunakan cili merah dihiris aje)
1/4 bahagian green capsicum, dadu-(Ayu gunakan cili hijau dihiris aje)
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu-(Tak letak)
1 helai bay leaf-(Ayu gunakan 1 sudu kecil  italian herbs aje)
3 biji cii padi, hiris halus (optional)--(Ayu gunakan cili padi diketuk)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL-(Ayu gunakan fresh milk)
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang-(Ayu gantikan isi ayam + udang)
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

10 comments:

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaikumwbh kak ayu comey....adoyai ngantuk yg amat dan ayu nak tin ton tin ton dah ni...singgah sini jap...nak vongkoss angel hair masak lemak.......:) rejin tol la kak ayu ni...:)

Amie said...

Assalamualaikum Ayu,
cantik dan menarik hidangan tu, anak-anak mesti sukakan... kalau berlemak memang padan tambah kepedasan, baru terangkat & berasap-asap telinga waktu makan...

K.Nor said...

lain kali kalau nak buat dan tak ada org nak makan, meh sini.. biar nor tulun licinkan plate tu hehe

Rina NAR said...

kak ayu kita tak pernah lagi try buat lemak pedas....slalunya mmg pure western...bila tgk ada cili bagai mcm nak try plak..sure pembuka selera kan :D

Ayu said...

ayu safieza - walkslm, ayu tak tidur lagi ke tuuu?...pi tidur nanti tenaga nak gunakan untuk memasak yg sedap2..mana rajin ayu..ni dah slow down dah..hahah

amie - walsklm, alhamdullilah anak2 boleh terima amie menu yang ini..betul tu kalau berlemak & pedas memang best lah menu tu..

Nor - hahaha...wokey..boleh consider tu..hahaha

rina - cubalah rina..tapi cili padinya tu adjust ikut tahap kepedasan anak2 juga ya..kalau ikut tekak akak selagi telinga tak taerbakar salgi tu tak kick..heheh

Ida,Japan said...

utk benda berat,ida mkn menu2 gini utk bukak pun dh ok..tapi yg lain2 susah nk terima...so hari2 msk nasi jerk...jarang msk mee/menda2 lain kak...kuih tu ada la jugak
haiii...sedapnyer tgk

Naz said...

Assallamualaikum kak Ayu..
Naz dah berapa kali nak buat menu ni tapi asyik tak jadi jer..Bila la nak buat ni..

Diana @ Melley Mey said...

akak...
tgk angel hair lemak pedas tu mmg menyelerakan ler akak... cantik plak tu... tergoda tgk tau...

Anonymous said...

Ayu..KakSal suka3x makan pasta tak cerewet tapi my hb tak boleh terima kena masak lauk lain untuk dia..Itu yg leceh dok pikir nak masak ke tidak?Nampak senang nsedap berkuah2 sikitkan Tapi kita akan cuba juga so tempting.....

Ayu said...

ida - kat rumah akak kalau berbuka begitulah ida, jarang makan nasi sahur baru makan nasi..bukan kata tak suka nasi..tapi begitulah dia orang ni..heheh..masing2
ada selera sendiri kan ida..

naz - walkslm, hahah..akak pun berapa kali nak cuba, infact dari chemat buat dulu, tapi tulah akak nekad aje..hehe..alhamdullilah budak2 makan..heheh

diana - kalau diana belum cuba boleh lah cuba ni diana..boleh tahan sedap juga tau..
mungkin ada cili padi tu yang kasi dia tak muak..

kak sal - heheh..normally orang lelaki begitu tak kak, my dad & hubby pun prefer lain
dia orang tak berapa into pasta..so memang confirm kena masak lauk lain ..heheh..
cubalah kak, actually sukatan susu tu 1/3 cawan tapi kita tercair sikit..hehe