Monday, August 08, 2011

Ayam Mentega Rangup

Sahur hari ke 5..buat ayam mentega rangup yang terus terpaut pandang pertama bila kita nampak kat dapur Diana..ada dada ayam, so teringatkan recipe Diana ni..sedap,  rasa macam pop corn chicken  pun ada..inilah juga lauk untuk dewasa..heheh.. makan lepas goreng panas2 tu..memang best..Terimakasih Diana, akak panjangkan recipe nya disini pula ya..


Ayam Mentega Rangup
Sources:From Diana@skymelleymey
Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang-(Ayu potong dadu)
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula-(Ayu gantikan garam sedikit  instead of gula)

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula-(Ayu tak letak, Ayu letak sedikit serbuk perasa)
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang.

4 comments:

ijayuji said...

Salam mak ayuu!kita ni masih berlegar legar di blog sesiapa mencari idea nak masak apa mak ayu dah kuarkan menu berderet deret yg menggugat jiwaaaa raga kita tauuuuuu! ahahaha... masuk listtt! nmpk sedap mmg!

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
dah cuba yer akak.. harap akak sekeluarga suka.. terima kasih kerana sudi mencuba yer akak... ;)

eMMe said...

nk try la, mesti sedap nih...tq sis! ade gak idea utk berbuka malam nih...hehehe...

Ayu said...

ijayuji - walkslm, ika..semasa ika masih berlegar2 tu ..akak tengah kelam kabut nak masuk entry2 niler..nak masuk kan cepat takut tertinggal..jauh..hehe..

diana - walkslm, dah cuba dah..alhamdullilah..dia orang makan tanpa bertanya or comment ..hehe..thanks diana for sharing ya..

emme - cubalah emme, buat ratah2 pun sedap juga ni..akak buat sahur sebab dah buntu nak masak apa ..so try aje ni...alhamdullilah sedap..hehe