Friday, June 29, 2012

Easy Fudge Brownies

Another brownies, yes made this last year during December school holidays..buat 2 adunan sekali, sebab nak bawa buah tangan for my cousin yang duduk di Muar Johore..Kebetulan time tu dia ada buat kenduri arwah for abangnya also my cousinlah..kita balik kampung pun saja nak jalan2 during cuti sekolah time tu..
Kalau dulu masih arwah atok2(my parents punya parents) kita masih ada..memang selalu juga balik kampung..time rumah masih rumah papan ler..sekarang my cousin dah take over, rumah papan dah tak ada sekarang dah dibuat rumah batu atas tanah..

Brownies ni kita pun dapat jamah 2-3 ketul aje yang lain kita kasikan my cousin..sedapp pada kita..memang chewy & fudgy ler..Recipe nampak kat dapur Chah, yang kalau baca posting dia mesti nak tersenyum kambing sendiri atau giggle sorang2 depan pc..hehe..Thank you ya Chah  and to Gourmeted.com too for sharing this recipe!!!..Minta izin dipanjangkan disini pula..

Easy Fudge Brownies
Originated from:-Gourmeted.com
Sources:-From Chah@BilaChahkedapur
Bahan-bahan:
1 stick butter ( bersamaan dengan 113g) * saya letak 120g
8 oz semi sweet chocolate bar/coins (saya gunakan separuh dark chocolate dan separuh lagi milk chocolate jenama Beryl's)-(Ayu gunakan semi sweet & dark chocolate)
2 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam halus
4 biji telur saiz A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 1/2 cawan gula halus (saya gunakan 1 3/4 cawan)-(Ayu gunakan 3/4 cawan sebab guna 1 cawan chocolate chips dah manis kat bawah ni)
1 1/3 cawan kekacang (saya guna 1 cawan hazelnut dan segenggam almond flakes)-(Ayu gunakan almond chop & almong stripes)
Segenggam choc chips (saya tambah)-(Ayu gunakan 1 cawan chocolate chips)

Cara-cara:
  • Sediakan loyang bersaiz 9 x 13 inci. Lapik dengan aluminium foil. 
  • Masak chocolate dengan butter secara double boiler. 
  • Masak hingga cair keseluruhan. Sejukkan sebentar. 
  • Bila telah suam, masukkan esen vanilla, garam dan gula. Kacau sebati. 
  • Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan setiap telur telah betul-betul dissolve sebelum dimasukkan telur seterusnya. 
  • Masukkan tepung dan kacau rata. 
  • Masukkan kekacang dan chocolate chips. Gaul sebati. 
  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah C dan bakar kira-kira 45 minit atau hingga masak. 
  • Sediakan bekas berisi air dan kiub ais apabila brownies hampir masak. Bila telah masak, cepat-cepat masukkan loyang brownies ke dalam loyang berisi ais tadi. Sejukkan sebelum dipotong.

9 comments:

ummiakid-lily said...

wow..pepagi nampak brownies...terus telan air liur...nampak best sgt brownies tu...yummy.

Lawa Collections✿ said...

mintak resepi yeh.. terliur dah ni... :)

Asyifa Mustaffa said...

wow weiii..brownies yg sedap...!

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Ayu said...

ummiakid-lily - heheh..brownies ni tak kiralah bila nak makan kan lily..
pagi tengah hari petang or malam, akak bantai aje..hehe

lawa collections - sila kan dear..recipe memnag untuk dikongsi..

asyifa - heheh memang sedap dear this brownies cubalah ya..

outbound dimalang - walkslm, terimaksih sudi keblog saya yang tak seberpa ni ya..nanti saya kunjung balas ya..

ernie said...

salam kak, nak tau chocolate berly tu u beli dari mane? pasal i try to carik mcm tk der jer... N i copy ye resepi2 u... nmpk mcm sedap2 je resepi u..

tq kak for the sharing

Ayu said...

ernie -walkslm, akak tak gunakan chocolate beryl, itu digunakan oleh puan punya recipe tu..akak gunakan valrhona chocolate ..kalau kat kl, chocolate beryl tu ada dijual dibake with yen kat jln haji taib, akak tahu sebab akak pernah nampak dan beli dulu..
kalau tak ada brand tu u can use any semi sweet chocolate that available in your area..
silakan kalau sudi nak mencuba ya..harap kena dgn seleranya..ur welcome dear..recipe memang untuk dikongsi..

emma said...

Kak ayu sy tgh tgu brownies masak..xsbr nk mkn..hihihi..thanks 4 da recipe

Ayu said...

emma - oh ya ke?..harap kena dgn seleranya ya..thank you juga sudi mencuba ..:)