Thursday, June 07, 2012

Jemput Jemput Kacang Soya

Pertama kali buat jemput2 kacang soya ni..alhamdullilah sedap..jemput2 ni terhasil dari balance kacang soya yang kita buat stok untuk kuah MI Sup Wanton tempoh hari..the next day tu, kita tapis kacang soya, ikan bilis kecil2 & some isi ayam yang berbaki ..blenderkan bahan2 tu, campurkan dengan bahan2 dibawah ni dan terjadilah jemput2 kacang soya  for breakfast... rasa puas pulak sebab tak membazir..hehe

According to Kak Fida, recipe ni asal was hasil hampas dari buat tau fu fa atau  air kacang soya..tapi kita punya dari hampas mi sup wanton..:)
Terimakasih to Kak Fida, kerana kalau tak tahu kita dah lama buang hampas2 tu semua..minta izin dipanjangkan disini pula..

Jemput Jemput Kacang Soya
Sources:-From Kak fida@myresipi
Bahan:-
  • 4 senduk nasi hampas kacang soya+(ikan bilis halus dari kuah mee wanton-Ayu tambah dan blender bersama isi ayam dibawah)
  • 2 biji bawang besar - hiris halus-(Ayu gunakan 1 biji dipotong dadu)
  • 1-2 batang cili hijau - hiris halus-(Ayu gunakan 2 biji lada hijau + 2 biji lada merah)
  • 2-3 lembar daun kari - hiris halus (atau daun sup/daun bawang)
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • 500 g tepung gandum (jgn habiskan)-(Ayu gunakan 300g)
  • sedikit air jika perlu
  • Isi udang cincang,daging cincang dll...jika suka(tapi saya tk bubuh pon)-(Ayu gunakan isi ayam dari kuah mee wanton 


Cara-cara 

  1. Satukan 6 bahan pertama dlm sebuah mangkuk dan gaul rata .
  2. Masukkan sedikit air dan gaul lagi.
  3. Masukkan pula tepung secukupnya dan gaul hingga sebati dan sehingga boleh dijemput2kan dgn hujung jari.
  4. Panaskan minyak dlm kuali dan gorenglah seperti menggoreng jemput2 biasa.
  5. Jemput2 hendaklah digoreng hingga garing supaya hampas kcg soya tak terasa mentah.
  6. Enak dimkn panas2 bersama sos cili...

No comments: