Thursday, June 21, 2012

Sambal Nenas Ikan Bawal

Dah lama rasanya tak masukkan entry on lauk ikan..actually ada a few yang masih tunggu queue, tapi kita nak share yang ini dululah..sambal nenas ikan ni, kita masak sebab nak ubah sikit selera ...normally kat rumah kita ni ikan kalau masak berkuah ada slow sikit..normally kita goreng aje or at least masak macam bersambal or berlado..sambal nenas ni pada kita sedap sangat..memang ada kelainan pada rasanya..pedas2, masam2 manis2 nenas & perahan jus sikit pada lauk ni memang kasi bertambah nasi tau..

Recipe kita adapted from Sambal Ikan Nenas, yang kita ambil recipenya dari dapur CMG, terimaksih ya Che Mat, akak minta izin share disini pula dan beberapa bahan kita dah tukar dan olah ikut selara..ermm memang harus dicuba kalau siapa2 nak ubah selera masak ikan .


Sambal Nenas Ikan Bawal
Adapted From Sambal Ikan Nenas
Sources:-From CMG@Tiffinbiru
Bahan-Bahannya :-)
4 - 5 ekor ikan kembong-(Ayu gunakan 5 ekor anak ikan bawal emas)
1 tin kecil nenas berkaleng, asingkan jusnya-(Ayu gunakan 1 biji nenas kecil)
1 biji bawang besar, dihiris bulat-(Ayu gunakan 2 biji)
1 genggam daun selasih-(Ayu gunakan segenggam daun kesum)
1 biji limau nipis, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
6 biji cili merah* +10 biji cili padi -(Ayu tambah)
1/2 inci belacan*-(Ayu gunakan 1 inci)
1 camca teh garam kasar*(*ditumbuk lumut)

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih, kelar2, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 *tumbuk hingga wangi, masukkan bawang besar dan jus nenas(Ayu gantikan air). Bila mendidih, tambah sedikit gula dan nenas, gaul rata.
  3. Masak hingga sedikit pekat, tambah daun selasih dan jus limau nipis, kacau. Rasa dan jika kurang masin, tambah garam. Akhir sekali masukkan ikan goreng dan gaul rata. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat..

9 comments:

~~zana@pb~~ said...

Assalammualaikum Ayu, nenas mmg pembuka selera kan? Apa2 pun ltk nenas, mesti sedap:-)

Ayu said...

zana - walkslm, betul tu memnag sedap lauk ni..kita pun tak sangka kesedapannya..my mum bertambah nasi suka tengok..cubalah kak pb..

inaku79 said...

tetiba kecur air liur. dah la tak makan nasik lg ni...lapar...lapar...hehehe...

zila norazila said...

salam syg kak ayu..nampak myelerakan kak..mkn dgn nasi panas..wahhh x nampak org lalu :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Ayu..
ni mesti cik akan suka sbb ada nenes.. bila ada nenes mesti masam2 n manis hmmmm dap nie :P

Ayu said...

inaku - heheh..ina lama tak dengar khabar..sihat ke tu?..

Ayu said...

zila - walkslm, syg zila juga..haha wah kalau orang tu lalu belakng memang confirm tak nampak zila..hehe

Ayu said...

mamahawa - betul mama, kita tengok mak kita makan berselera, sebab dia memnag suka lauk yang ada nenas..heheh

Outbound Training Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.