Monday, November 05, 2012

Ayam Goreng Ala Mamak

Bila dah masak kari mesti nak ada menu yang bergoreng..Nak tukar selera dengan mencuba recipe lain pula for goreng ayam, so kita lawankan ayam goreng  ala Mamak ni dengan Kari Udang Bonda, Kita tambah apa ikut selera kita...Alhamdullilah sedap..bila difikir2 balik ada macam ayam goreng ala kfc pun ada rasanya tau, cuma daun karinya tu yang made a bit differencelah....Terimakasih tu Wana kerana berkongsi recipe sebab bila kita google recipe ayam goreng dan tengok part images, terus bekenan yang Wana punya ni..hehe

Ayam Goreng Ala-Mamak ( sumber :  Majalah Rasa )
Sources:-From Wana@Potret Kasih
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
1 ekor ayam  ( di potong 4 @ 6 )-(Ayu gunakan chicken wings)
5 sudu makan pes bawang putih
5 sudu makan pes halia
5 sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis

2 sudu teh jintan putih-(Ayu tambah)
2 sudu teh serbuk kunyit-(Ayu tambah)
1 biji telur
Tepung beras secukupnya
Garam secukup rasa + serbuk perasa -(Ayu tambah)
Minyak untuk menggoreng
Daun kari ( di goreng sekejap dan di tabur pada ayam)


Cara penyediaan
1. Gaul ayam bersama pes bawang putih, pes halia, serbuk ketumbar, serbuk ketumbar dan garam hingga sebati.
2. Perap selama 30 minit.
3. Kemudian salutkan ayam dengan telur dan tepung beras.
4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dalam deep frier pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau hingga masak.
5. Angkat dan toskan!! Taburkan dengan daun kari goreng  dan sedia untuk dihidangkan
.

5 comments:

dhiashahida said...

im here following u sambil jeling2 ayam goleng dier..nyummyyy!!!

Ayu said...

dhiashahida - thank you for following this humble blog of mine..
heheh..tak apa jeling2 masuk list nanti boleh cuba kan..hehe

ana said...

Salam ayu. Masa perap tu tk yah letak air ke? Basah ayam tu dah ckup kot as a medium to perap. Betul ke huhu... Crispy tak? Nk try la. Tq sharing...

Ayu said...

anna - walkslm, masa perap tu tak payah letak air ..sebab bahan kisar tu dah ada air(sebab bila kita kisar basahkan kena letak air sikit baru dikisarkan)..ayam goreng ni sedap dimakan bila baru digoreng, sebab masih rangup..tapi bila dah sejuk tu dia dah lembik sikit..so best kalau nak makan, baru digorenglah ya...your welcome dear..:)

Unknown said...

Looks good....