Tuesday, November 27, 2012

Ayam Panggang Serai

Ini menu dibulan puasa kemarin ..So far dah buat 2x..sebelum puasa dan during puasa..menu ni kita buatkan anak2 tapi orang tua wallop juga..hehe..ada kentang rebus dalam ayam ni..so makan ayam & kentang aje dah kenyang..Terimakasih Wana, for sharing..memang sedap ayam panggang serai ni..

Menu ni juga sesuai kalau kita tak nak messykan dapur kita.. or you can do it bila sibuk dengan tugasan yang lain..maklum ler..you just prepare the ayam, rebus kentang dan bahan2 perapan tu then masukkan dalam oven, sementara ayam masak dalam oven..

 Ayam Panggang Serai
Sources:-From Wana@Potret Kasih
Tried & Tested:- Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
1/2 ekor ayam ( di bersihkan dan di kelar bhgn yang tebal isinya )-(Ayu gunakan 2 ekor ayam griller-spring chicken kecil)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2-3 batang serai
1 sudu makan lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan jus limau/cuka
1 sudu makan gula
1-2 sudu makan kicap manis
garam secukup rasa
perasa ( jika suka )
Kentang yang sudah direbus 3/4 masak
Butter @ sedikit minyak @ minyak zaitun

 
Cara  membuatnya…
1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai, lada hitam, serbuk kunyit, jus limau, kicap, gula, garam, perasa bersama dgn sedikit air.
2. Lumurkan pada ayam dan gaul rata pada keseluruh bhgn ayam.
3. Susun ayam dalam loyang pembakar bersama kentang.
4. Gaulkan juga kentang tadi  dgn bahan kisar tadi.
5. Sebelum bakar renjis2kan ayam dan kentang dengan butter @ minyak  supaya ayam tidak kering semasa dibakar.
6. Bakar ayam tsb selama lebih kurang 1 jam pada suhu 180 – 200  darjah celsius…..
7. Semasa bakar balik2kan ayam supaya ayam rata masaknya….
8. sedia utu dihidangkan…

8 comments:

ady said...

as-salam kak ayu
sedap ni kak ayu ratah2 macm tu aje...

atie aizam said...

assalam kak ayu.. pagi2 ni walau dah kenyang terasa nak cubit2 jer ayam tu.. nanti nak cuba lah resepi ni.. nampak sedap.. :)

Shereen said...

I love these type of recipe. Perap and humbankan dalam oven, senang kerja:))Thanks for sharing.

GK Arusuvai said...

Looks so tempting

Ayu said...

ady - walkslm, betul ady..anak2 akak makan gitu2 aje..yang ada cicah cili sos aje..hehe

Ayu said...

atie - walkslm, heheh..pagi2 dah goda2 ya atie..heheh silakan atie..memang anak2 pasti suka..senang lagi pun campak aje dalam oven..heheh

Ayu said...

shereen - yes agree with 100%...perap & humaband dalam oven..while panggang, boleh buat kerja lain kan..Your welcome, shereen
my pleasure..:)

Ayu said...

Gk Arusuvai - cubalah dear..