Wednesday, October 01, 2014

Lontong Goreng

Assalam,  lontong goreng ni kita buat selepas kita buat soto ayam..Ada balance nasi impit so decided to buat lontong goreng..selalunya kalau ada balance nasi impit kita akan buat menu ni atau pun gado gado atau just lontong kering cicah dengan serunding dan sambal goreng... yalah sebab balancenya tinggal sikit aje nak buat main dish dah tak cukup ...dah lama juga kita tak post lontong goreng ni dulu buat disini dan disini..

Kalau diSingapura ni yang selalu kita nampaklah ya..lontong gorengnya tak letak taugeh atau sawi, just sayur campuran seperti kacang peas & lobak merah aje..anyway, ..ini terpulanglah kan dengan selera masing2 dan apa yang ada dalam fridge..yang makan kita ya tak...hehehe...cabutsss...


Lontong Goreng
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:- 
11/2 batang lontong daun pisang atau 2 bungkus nasi impit adabi dipotong dadu 
1 inci x 1 inci ketepikan
250g daging yang telah direbus dengan sedikit halia kisar dihiris nipis
10 udang sederhana besar
3-4 biji telur
1 cawan sayuran campuran
4 sudu besar air asam jawa
10 sudu besar cili kisar atau ikut suka pedas mana
2 bawang putih dikisar
2 bawang besar dikisar
1 sudu besar gula
segenggam daun sup dan daun bawang yang telah dihiris halus
segenggam bawang goreng
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan daging rebus tadi kacau rata dan biarkan seketika hingga daging meresap bahan2 tumis..Masukkan gula, air asam jawa, garam & serbuk perasa.Masukkan sayur campuran dan gaul rata. Bila sayur campuran dah empuk dan lembut, masukkan lontong yang telah dipotong dadu tadi serta udang. Kacau lagi dan biarkan sekejap hingga udang nampak dah masak. Buat lubang ditengah kuali dan pecahkan telur. Bila telur dah mengeras sedikit, gaul sekata  hingga semua bahan2 rata. Akhir sekali masukkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng dan gaul lagi hingga rata. Agak2 dah sekata, matikan api. Goreng jangan sampai kering biarkan lembab2 sikit. Siap untuk dihidang.

4 comments:

Yana Shaiful said...

Salam Kak Ayu..

Yana pun dh lama xbuat lontong goreng.. biasa bt time lpas raya klu ns impit xhabis..klu kat klate ns impit kami pnggil ns kapik..menu wajib raya ns kapik dgn kuah kacang ^__^

Ayu said...

Yana-walkslm, betul tu Yana..selalunya..kalau Ada balance nasi impit barulah menu Lontong goreng ni terjadi..hehehe..nasi impit cincah kuah kacang pun salah satu menu kat Singapore ni..:)

ct cucubi said...

salam.. nampak sgt menarik.. x pernah terfikir resipi ni.. lepas ni bolehlah cuba.. =)

Ayu said...

ct cucubi - walkslm, silakan ct..menu ni biasanya kalau nasi impit yang berbaki tu baru akak buat..hehehe