Friday, December 31, 2010

Lala Masak Serai

Kalau kita jumpa lala kat pasar/supermarket, mesti nak beli..walaupun dalam fridge lauk dah banyak..sebab kita suka lala dibuat ratah2 without nasi..basically dish sampinganlah..ontop with other dishes..
this time cuba pulak recipe dari Nor Trengganu, tapi kita ambil ni di myr here. Sedap juga masak gini.. memvariasikan masakkan lala nikan..Bila kita masak ni .dan lauk apa yang dikenakan pun kita dah lupa..Tak apalah kannn...Cuba cari kat blog Nor, tapi macam tak ada pulak ya Nor?..Apa2 pun thanks Nor, kita letak pula recipenya disini k.

 Bahan-bahan ( 3 org makan )

  • 500 gm lala - dibersihkan dan toskan
  • 3 batang serai - dipotong serong-(Ayu titik aje)
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1in halia - dipotong panjang
  • 5 biji cili api - diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • daun bawang, tomato ceri
  • garam dan gula utk perasa
  • 2 sb minyak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  3. Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  4. Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih. 
  5. Sources:- From  nor_67@myresipi.com

4 comments:

Mas said...

klu lala ni kan kak, mas ratah mcm tu jer....sedapnya...

Ayu said...

mas - aah mas, memnag ratah macam tu aje pun sedap..heheh

K.Nor said...

salam ayu, rasanya nor mmg tak letak lg resipi lala masak serai ni kat blog, hanya letak kat myr jer.. dah lama letak kat myr tu :)

thanks for trying ya.. :)

Ayu said...

Nor - walkslm, tulah, Nor, kita cari juga kat blog Nor, memang tak adakan.. thanks juga for sharing the recipe tu ya..sedapp..!!