Assalammualaikum, masak nasi beriani udang ni dah lama dah..tak ingat bila..hehee..tapi confirm bila Mr Hubby tak ada kat rumah..sebab nasi berperisa begini memang pantang kat dia..hahaha...
kalau dah darurat dan dihidangkan juga mesti dia tak bekenan atau makan sikit aje....so terpaksalah kita masak bila time dia tak makan dirumah..
Anyway, nasi beriani ni kita masak separuh sukatanya aje....instead of udang dimasak macam dham, kita masak udangnya lain sebab lebih suka begitu....Nasi beriani ni comes in a set of pappadom, dan Acar Nenas...
Bahan untuk Masalla:-
2kg udang besar, kira2-kira 20 ekor setiap satu 12cm panjang
Bahan A:-
10 biji bawang besar
6 batang lada hijau
4 batang lada merah
20cm halia
10 biji bawang putih
6 biji tomato
6 sudu makan tomato pes atau puree
2 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan serbuk rempah beriani
2 sudu teh serbuk jintan halus
4 sudu teh serbuk ketumbar
(Kisar halus dan gaul rata)
Bahan B:-
1 cawan tairu
1 cawan badam
1 cawan kacang gajus
(Dikisar halus ketepikan 2 sudu makan untuk nasi)
Bahan C:-
2 batang serai dititik
3 biji bawang besar, dihiris halus
2 jari kayu manis
10 biji pelaga
10 kuntum cengkih
2 genggam daum ketumbar
2 genggam daun pudina
2 helai daun pandan
15 sudu makan minyak ghee
15 sudu makan minyak
Bahan D untuk Nasi:-
15 cawan beras basmathi, direndam 30 minit dan toskan
15 cawan air
3 sudu makan minyak ghee
10 biji pelaga
10 kuntum cengkih
2 jari kayu manis
4 helai daun pandan
segenggam daun pudina
segenggam daun ketumbar
2 sudu makan pes gajus/badam/tairu dari bahan B
2 biji bawang besar dihiris
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
garam secukup rasa
Bahan E:-
6 sudu makan susu cair
1 sudu makan air mawar
sedikit pewarna kuning, dibancuh dengan sedikit air
sedikit daun ketumbar dan daun pudina
Cara Untuk Bahan A, B, C :- Panaskan minyak, goreng udangnya sebentar, angkat dan ketepikan.Panaskan minyak dan ghee didalam periuk. Tumis pandan dan serai sehingga wangi. Masukkan kayu manis, pelaga dan cengkih. Tumis lagi 5-10 minit. Masukkan hirisan bawang dan masak sehingga bawang layu dan kuning. Masukkan pula rempah kisar A, daun ketumbar, pudina dan masak lagi selama 20-25 minit dan kacau setiap 5 minit.
Setelah 30 minit masukkan semua bahan B, gaul rata dan masak lagi selama 1/2 jam dengan api sederhana. Jangan lupa kacau setiap 10 minit. Ini membantu memekatkan kuahnya. Matikan api. segera masukkan udang goreng semasa rempahnya sedang panas. Gaul rata dan biarkan meresap sehingga naik minyaknya. Tentukan kuahnya pekat dan tidak kering. Keluarkan semua lebihan minyak dari periuk dan ketepikan. Kalau tidak nasinya kelak akan berminyak.
Cara Untuk Bahan D - NASI:- Tuang semua bahan D kedalam periuk nasi letrik kecuali beras. Biarkan mendidih. Masukkan pula beras dan masak seperti biasa.
Cara Untuk Bahan E- DHAM:- Keluarkan semua nasi dari periuk letrik. Masukkan udang dan rempahnya disebelah bawah periuk letrik. Atur rata. Tentukan kuahnya tidak berminyak. Tuang nasi diatas udang dan ratakan. Buat beberapa lubang nasi dengan sudu. Renjis susu, air mawar dan pewarna kuning diatas nasi. Ini akan membangkitkan aromanya. Taburkan sedikit daun pudina/ketumbar. Tuangkan satu sudu makan minyak tumisan ditepian periuk. Tutup periuk dan masak lagi. Selang beberapa minit, tekan lagi butang COOK, Ulang process ini selama tiga kali. Ini dapat membantu wapnya keluar dari lubang. Apabila kelihatan wapnya keluar dari nasi tammatlah process dham.
Nota:- Jika beras basmathi direndam lama, sukatan airnya mestilah sama dengan sukatan beras. Jika berasnya tidak direndam lebihkan airnya. Udang tidak dimasak dengan kuahnya, sebab ia akan menjadi keras setelah berlakunya dham. Bahang dham dengan sendirinya membuat udangnya masak. Satu kilo beras basmathi cukup untuk menjamu 8 orang.
Sources:-From Mumtaj Begum Omar-dari buku masakkan Asmah Laili,-Minta Ampun Sedapnya
12 comments:
kak ayu...nasi beriani sepinggan...
udang lebih tau...he..he..
as salam kak ayu..rajennya lar...anak2 mesti happy amma dia msk sedap2 setiap hari..nak berjiran ngan K.Ayu larrrr....
amma????silap taip lak..MAMA larrrrrrrrrr
harus jugak akak ke kedai runcit maidin karang ni..nak mencari segala perkakas nasi beriani.akak kan,tak boleh betul nampak nasi beriani udang..mmg feveret..hancus diet kalo tgk udang..huh!..teruklah ayu ni..pagi2 dah buat akak ngences..huhu
As Salam kak Ayu,
pg2 duk ngadap nasi beriani udang..hmmm..dah la lom bfast lg..terliur sy kak..
tak leh tengok je..kena buat gak satu hari nnt..apa2 pun masuk bakul list dulu..hehe
tu dia...gambar mengungkap kesedapan set beriani neh..
aduhh dan dan lapooooo..cari makanann@!!!
peh... keroncong perot saya melihat nasi beriani udang ni... thanks kongsi ramuan.. mmg sgt diperlukn untuk org bujang yg suke masak hehehehehee
wah memang cukup menggoda nasi ni, confirm masuk waiting list ni.
What can I say now? Just drooling nonstop here...pass me some dear! :D
Wow!...pagi2 singgah rumah Ayu...dah ada Nasi Beriani Udang....laparla pulak....he he
kak ayu..tumpang lunch kat umah kak ayu ekk engah hari nih..hehehe...saje nak goda org tau..x leh jadi xleh jadi..nah mangkuk tingkat...tolong isikan nasi beriani kak..muahahaha
mas - boleh2 nanti akak masak lagi ya..bila birthdy mas?.
.akak masakkkan ok....hehe
azatisayang - walkslm, haha..budak2 akak ni kalau nasi berperisa
gini dia orang suka..tak adalah hari2 akak masak sedap atie, kadang2 dia orang tu cerewet juga..last2 makan maggi..hehe -tak apa typo error..hehe
anymz - haha..oh akak suka nasi beriani udang ya..sama genglah dengan kita..
haha..pagi2 letak entry schedule kasi akak ngeces ya..haha..minta ampun..haaha
iza akma - walkslm, hahah..alahai belum breakfast, nampak pulak
nasi beriani teruk betul akak ni kan..haha..masuk list yang keberpa tu..hehe
izahdaut - pagi2 makan beriani ada berani tak?..
zuwairi aiman - silakan kalau nak mencuba..orang bujang masak lagi sedap ni..
hehe...thanks sudi keblog akak ya..
umi - hehe masuk list umi..jangan tak masuk..haha
love2cook - hahah..alah love masak nasi beriani lagi sedap..
dah habislah love nasinya..hehe
cik cek - hahah..tulah salah timinglah pulak kita masukkan post ya kak cek..
heh..apa nak buat scheduled post, semalam tu..hehe
eina - amboi siap mangkuk tingkat lagi ya..betul2 nak rasa ni..heheh
nanti akak kasi beras aje, yang lain eina kena masak sendiri ya..wakakaka
Post a Comment