Tuesday, April 26, 2011

Sambal Goreng Jawa

Selalunya lauk ni digandingkan dengan lauk2 yang dihidangkan dengan nasi ambeng, tapi kita makan gitu2 aje dengan nasi kering2..since lauk sup ayam special kat bawah ni ada so just hirup2 kuahnya ..untuk senang perjalanannya keperut..hehe...Macam biasa recipe dari  CMG  yang pandai memasak..
Sambal goreng jawa yang ni tak letak kicap, this one letak santan..dan kuning warnanya.. normally kalau kita masak yang merah ..Thanks Mat akak letakkan recipenya disini pula ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ketul pedal ayam muda-(Ayu rebus dulu)
10 tangkai kacang panjang
1 keping fucuk (tauhu kering), potong kecil dan rendam
3 keping tempe, potong kiub
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek2 dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/3 cawan air
1/4 cawan jus asam jawa
1/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 keping hirisan lengkuas
1 batang serai, dititik
1-2 biji kentang dipotong dadu digoreng dulu-(Ayu tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pedal ayam dihiris, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kacang panjang dihiris serong, tempe digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan pedal ayam dan goreng sekejap hingga masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas. Tumis hingga harum. Tuang belacan dan jus asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan fucuk, tempe goreng, kacau dan tuang santan. Masak hingga hingga pekat. Tambah soo hoon (toskan dulu), hirisan cili merah/hijau, kacau rata, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sebagai lauk sampingan.....
Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

7 comments:

ilahjy said...

kak ilah org kedah tapi suka makanan org jawa..hehehe pernah sekali adik abg kob masak sambal ni seeedappp yg dia bgtau secara ringkas dia msuk lada hitam jintan manis halia kunyit bwg2 masa tumis tuuu ada kelainan dia ayu..

cik cek said...

Salam Ayu...

Merata dah kak cek jenjalan...letih la pulak...Aik! Sambal Goreng Jawa dah sampai kat rumah Ayu pulak....kak cek suka sesagt menu cam gini....meratah gitu je....penat bejalan singgah jap rumah Ayu...mintak segelas air...kak cek nak makan Sambal Goreng jawa la pulak...;-)

Anonymous said...

Ayu,Kaksal terpandang rumah Ayu masak sambal goreng jawa sedap n menyelerakan ketiga2 lauk awak hai Ayu kalau akak nak buat cendawan terpaksa pergi daiso(baru sun pergi)oh ya blended orange n nasi mandhi sedap Ayu hari minggu lepas akak masak terimakaseh....

Nuridah said...

Ayu, sambal goreng nampak sedap gitu...marvelous...ni dh hulur mangkuk besar...mana sambal goreng nya...haha

Mas said...

kak ayu..sedappnya sambal goreng jawa tu...
terliur mas tengok....

EJHarraz said...

Assalam kak ayu,
kalau saya suka ratah2 jer kak..kalau mkn dgn nasi pun lauk lain tolak tepi..

Ayu said...

ilahjy - samalah macam kita ..bukan org jawa tapi suka masakan jawa..tapi cuma suka lauk2 yang tak manis..sebab ada lauk2 jawa yang manis..wah ada kelainan tu kak..

cik cek - walkslm, alahai ciannya kak cek..penat berjalan..ni dah ambikkan air..jemputlah minum...takkan nak makan samabl goerng jawa aje?..sekalilah dengan supa aym tu ya..hehe..

kak sal - heheh...alahai actually senduk biasa pun boleh kak sal..kalau tak ada senduk macam yang kita gunakan tu..thank u juga buat kak sal kerana sudi mencuba recipe2 kat sini ya..

nuridah - wah knur, mangkuk besarnya?...lagi besar dari periuk..heheh..
ok2 nanti kita kasi ya..hahah..

mas - memang sedap sambal goreng CMG ni mas, akak pun suka buat ratah2..

iza akma - walkslm, betul tu samalah mcm akak suka buat ratah2 macam snacking gitu..heheh..