Monday, August 15, 2011

Kacang Phool II - Iftar 10

Kacang Phool pun menu wajib dibulan puasa ni..tahun yang sudah kita buat gandingkan dengan daging kisar  dan beberapa jenis kacang dalam tin yang boleh tengok disini,Kita buat open house pun menggunakan recipe yang tu..Sebelum berjumpa dengan recipe yang berdaging tu, kita buat tak letak daging disini, Kali ni kita adjust bahan2 yang digunakan so jadilah Kacang Phool II, which I think taste better then the last time. Kira ni upgraded version for kacang phool yang tak berdaging lah..hehehe

Kacang Phool II
Sources:-From Ayu@ Curlybabesatisfaction
Bahan2:-(4-5 orang)
1 tin foul medammas(kacang parang)-diblender dengan sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk  jintan putih*
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
1/2 sudu kecil bawang putih kisar*
1 sudu kecil bawang besar kisar*
1 sudu besar rata cili kisar*
1 sudu besar minyak sapi
11/2 sudu besar minyak
air secukupnya
garam secukup  rasa

Bahan hiasan & Taburan:-
5 batang cili hijau dihiris bulat
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 biji telur digoreng 'mata lembu'
5 biji limau sambal, dibelah 2 untuk diambil jusnya
1-2 batang roti perancis atau secukupnya - dipotong dan dibakar didalam oven sebelum dihidang

Method:-
Panaskan minyak sapi & minyak didalam kuali dan tumiskan bahan2 yang bertanda* hingga naik bau. Masukkan kacang parang yang telah diblender tadi, gaul rata. Masukkan garam dan sedikit air kalau adunan nampak pekat, atau terpulang nak pekat atau cair macam mana, tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat ya. Bila sudah mendidih matikan api. Siap  untuk dihidang bersama bahan2 hiasan  taburan dan perah jus limau sebelum dimakan/cicah dengan roti perancis yang telah dibakar tadi..

14 comments:

Kauthar said...

wahh..kacang phool ni memang makanan kegemaran kami sekeluarga..nanti boleh cuba versi kak ayu pulak :D

p/s: dah berjaya cuba shabsuka n ayam masak hijau jumaat lepas..memang melatopp lah akak..thanks ye!

It's me... said...

Ayu..

Mana nak letak daging nyer? Tak de pun dalam SOP tu. heheheheh

ANR said...

SDAPNYA.. my favorite ni..klau balik JB msti nk kne makan ni dulu.hehehehe

che'iza said...

Assalam Kak Ayu...

Wahhh kacang phool... Akak rindunyer nak makan kacang phool ni... Ada makcik yg selalu hantar kuih kat kedai mak saya kak... selalunyer dia yg selalu bagi...baru dapat makan... suker... suker....

Anawahid said...

kak yu... kita dh pending resipi ni kemain lama giler, pasal apa, pasal carik kacang pholl yg readymade x jumpa di pasaran, nk rebus sendirik kcang tu malas... hahahaha

Cik Sara said...

suka makan je.. Tak reti pun nak buat.. Kat JB ada kacang phool yang famous belakang balai bomba larkin.. sedap..nyum2x..

Dah ada resepi blehler cuba nanti..Thanks kak!

Shereen said...

Ayu,
Kacang parang dalam tin tu is red kidney beans ke?Not the garing-garing one yang salted tu kan?I tak pernah makan this Kacang phool tau...kesian kan..terjakun sikit..hehhehe.I think this is almost the same with the Mexican chilli bean kan?Anyway, I'll bookmark this recipe.thank you for sharing,Ayu.

Anonymous said...

Ayu...wah ada kacang phool sedapnya KakSal suka3 n favorite makan dgn roti alahai buka selera...Ayu KakSal sudah buat kueh bom n spagetti lemak pedas..sedap Ayu TQ very much....KakSal.....Ayu kalau openhouse jangan lupa jemput akak ok kita nak berkenalan.....

quinnie said...

salam kakayu...saya tak pernah makan kacang phool nih...tak tau thn bila nak cuba buat...kekekke...duk tengok org buat je la dulu nampaknya..hehehhe

Ayu said...

kauthar - thanks kauthar dah cuba shabsuka & ayam sambal hijau tu ya..
heheh.. sampai melatopp ya..hehe thanks sudi cuba ya kauthar..suka akak dengar bila
kauthar suka..

its me - this recipe yang tak menggunakan daging yang i buat gunakan daging was at the other entry just click the link i posted kat atas tu..yg tu i campurkan dengan 3 jenis kacang dalam tin..itu pun sedap juga...cuma yang ni i tak ada stok the other 2 kacang itu sebab yang tak berdaging and it was an upgraded version untuk kacang phool yg tak berdaging yang i posted way long ago..heheh

anggerik berduri - ni dah ada recipe bolehlah cuba kacang poolnya pun akak beli kat jb..

Ayu said...

che'iza - walkslm, iza, kalau nak buat sendiri pun boleh ..sebab kacang pool ni ada dijual dalm tin cuba iza, klik kat link tu ada gambar kacang pool dlm tin ..buat sendiri puas hati sebab muai.hehe

anawahid - ana, akak beli kacang pool dalam tin cap kimball tu kat jb, kalau hubby ana turun ke jb, bolehlah suruh dia carikan..akak beli kat pandan city supermarket..memang pun kalau kacang rebus sendiri akak pun malas ..heheh

cik sara - ah ni dah ada resepi bolehlah cubakan cik sara..oh akak belum lagi cuba kacang pool yg kat belakang balai bomba tu....satu hari nak cuba juga macam mana rasanyakan..thanks for the info ya..

Ayu said...

shereen - kacang parang yang i maksudkan u can click to the link ontop which i have posted the picture before..it is not the kidney beans..yes it looks like the garing2 salted type exactly that kacang tapi for this kacang pool you have to use dalam tin tu punya or u can rebus yourself too ..u can go to this bro rozzan blog and see his kacang pool....http://rozzan.blogspot.com/2008/08/kacang-phool.html the mexican chili bean you mean chilli corne carne eh?..setahu i that one used the kidney beans yang u maksudkan , .. should try this one day shereen..

kak sal - wah dah buat kuih bom & spaghetti lemak pedas ya..sedap tak kak sal?..harap kena dengan selera ya kak...open house akak nak datang?..wakakkaa..malunya kita kakkkkkkk...kita mesti sorok muka kat toilet nanti tau..hehehe..

quinnie - walkslm, kacang pool ni tak ramai yang reti makan q, my uncle yang duduk kl pun tak reti sebab jarang jumpa menu ni kat sana..pernah kita buat kacang pool bila dia datang sini tapi dia reti makan..hehe..

Shereen said...

Thank you Ayu for your explaination.I think don't have lar that kacang parang dalam tin tu kat sini...or maybe I tak perasan since I tak pernah use this kind of kacang before.I sure will cuba..I dah clear almost half of your recipe yang I've boormarked...slowly but surely.My hubby and son suka all those dishes except the sambal sotong kurung ( imported from malaysia ..haha but lepas i import, I nampak kat melbourne pun ada jual gak..cis!).It's not the recipe but more of the sotong sebab I lupa nak cuci and thus the taste ada sikit sweet which is a no-no in my family bila masak sambal(except sambal for nasi lemak).My first attempt,,I beli sotong kurung made in Philippines and of a different brand..it's yucks!!so smelly!!

Ayu said...

shereen - ur welcome shereen, ..oh maybe next time u boleh import dari malaysia kacang tu..sebab i beli pun kat malaysia ..as for the sotong kurung tu kan..yes for me normally i will bilas the sotong cause dont really like the sauce..eh your family sama macam i tau ..tak suka sambal manis except sambal nasi lemak...wah we got the same taste lah shereen..kalau sambal tu manis i makan sikit aje..tak suka..in recipes kalau letak gula or kicap manis i too much ...would be very careful not to put so much or according to the recipe but i would adjust to my taste..hehehe ..