Singgang ni kita masak on Mr Hubby's request..the reason why he requested this was because, lepas dia tengok satu rancangan 'Warung Kita' kat tv featuring masakkan Singgang di Terangganu..heheh..
ada Singgang Daging, Singgang Ayam dan juga Singgang Ikan..bila dia tengok pengacara rancangan tu hirup kuahnya dan berlawankan nasi panas dan sambal belacan, terus dia turn to me..'boleh masak singgang tak esok?'..nampak bestlah!!!...
According to him, lauk ni lauk 'celok'..orang bawean suka masak lauk ni sebab kakak iparnya selalu masak ni for his brother....
Dulu2 bila baru kahwin...dia tak suka sangat lauk singgang ni...kalau kita masak, dia akan cebik kan bibirnya..heheh..terus dia suruh kita masakkan maggi, aduh pengsan makcik..hehe .....Ah sekarang, mungkin dah masuk asar ni..baru tekak tu nak berubah rasa kot..hahah..kita bubuh dalam mangkuk, dengan ikan dengan kuahnya sekali licin..sebab dibuat hirup...memang sedap lauk singgang, lebih2 lagi kalau tekak tak berapa selera nak makan nasi..dapat makan ni terus selera terbuka..
Terimakasih buat CMG, for sharing lauk singgang asam yang power ni..Kita tukarkan ikan tu kepada ikan unga sebab ikan merah tak ada...kena pulak ikan yang fresh isinya lagilah..sodapppp!!..
Singgang Asam Ikan Unga
adapted from Singgang Asam Ikan Merah
Sources:-From CMG@dapur Tanpa SempadanSources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan merah saiz kecil @ 1 ekor siaz sederhana -(Ayu gunakan 4 keping ikan unga)
2 batang serai, dititik
1 inci halia, dititik-(Ayu kisar)
4 ulas bawang putih, dititik-(Ayu kisar)
4 biji bawang merah, hiris-(Ayu kisar)
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis maggi (optionl)
10 biji cili padi, diketuk-(Ayu gunakan seggengam dikisar)
1 batang leek, kerat dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
4 ekor ikan merah saiz kecil @ 1 ekor siaz sederhana -(Ayu gunakan 4 keping ikan unga)
2 batang serai, dititik
1 inci halia, dititik-(Ayu kisar)
4 ulas bawang putih, dititik-(Ayu kisar)
4 biji bawang merah, hiris-(Ayu kisar)
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis maggi (optionl)
10 biji cili padi, diketuk-(Ayu gunakan seggengam dikisar)
1 batang leek, kerat dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan disiang, bersihkan dan jika besar kerat pada saiz sederhana. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumis hirisan bawang merah, halia, bawang putih, serai dan serbuk kunyit hingga harum.(Ayu tumis cili padi sekali juga) Tuang air secukupnya (yang ini anda agak2 lah yea nak banyak mana).
- Bila mendidih masukkan asam gelugor, cili padi, leek (toskan) dan kiub ikan bilis (jika guna). Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga ikan masak. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...
12 comments:
salam.... sedapnya singgang asam ikan tue... boleh cuba resepi...
Salam K Ayu
kita tengah soksek2 ni makan singgang pun sodap gak eh..panas2..baru jap ni ingat nak wat tomyum..ishhh lauk2 cam ni la yg wat kita ada selera sket nak makan..
kebetulan semalam mak baru masak lauk singgang gak..
kena menuntut resipi dari mak ni..
memang sedap makan lauk singgang ni..hehe
Ayuuu...org jakun nak tanya...ikan unga ikan apa ek..he he...
Singgang ni memang fav akak...cuma dari dulu sampai skrg hubby akak kurang minat masak singgang ni...bila akak masak dia kata lauk org sakit...payah...payah...kalau nak makan jugak..tunggu dia tak de kat rumah baru leh masak ..hu hu hu..
Ni pun akak dah kechur2 tgk ...
kakayu..pertama kali saya dengar nama ikan ni...hehehe...kalau jumpa kat pasar confirm tak tau...kekeke
qira d dapur - walkslm, memang sedap qira..cubalah ya..
yat maria - walkslm, betul tu yat..kalau akaklah kena sosek2 tu kan memang akak suka hirup kuah yang pedas2 berlawan2 lepas tu rasanya kurang sikit..heheh..
ika - ah memnag harus menuntut dari mak kan ika..sebab lauk2 macam ni is evergreen..
tak kan jelak punya samapi ke tua..hehehe
cik cek - kak cek ikan unga tu sampai sekarang kita masih tak kenal..kita selalu confuse ikan merah dengan ikan unga..hehe..kalau pergi beli ikan..kita tanya apek..ikan unga ada tak..then apek cakap itu depan mata..hahah..ikan unga ni sedap kak rasanya macam ikan merah juga..hubby kita suka ikan unga..sebab isinya lembut lebih kurang ikan merah or ikan kurau gitu bila dimasak..
hahah oh hubby akak tak suka lauk singgang ni ya..tulah sama macam hubby kita..dulu2 kita masak dia cakap mak dia masak lauk ni untuk kasi kucing makan..wakakak..sabor ajelah kan..tapi sekarang lauk2 macam nilah yang dicari..
quinnie - samalh macam akak Q..ikan ni akak tahu kewujudannya dari hubby akaklah..sebab, sampai sekaarng ada setenagh ikan2 punya nama akak tak kenal..hahah so kalau pergi pasar..apek yang ambikkan..hehehe
Saya memang tak tahu banyak masakan utk ikan. Yang biasa biasa jer sehingga dah tak tau apa lagi yang nak dimasak supaya memberi sedikit kelainan. Ingat nnt nak cuba resepi Ayu ni. Terima kasih kerana berkongsi resepi dengan gambar yg cantik.
Azie - samalah macam kita juga Azie, kadang2 ikan nak masak apa buntu bebenorkan..heheh..tulah semenjak dah ada internet dan blog ni barulah kita dapat ubah2 kan selera keluarga sebab banayk recipe2 yang dapat kita cilok dari internet..
silakan azie kalau nak mencuba..harap2 kena dgn seleranya ya..
Post a Comment