Monday, August 13, 2012

Kari Ikan Malayalam Style

Assalam teman2...pastinya, sekarang kita dapat bayangkan betapa sibuk nya suri2 rumah yang sedang bersilat judo, taekwando & akido dan silat2 yang sewaktu dgnnya..didapur menyediakan menu berbuka puasa dan at the same time menyiapkan kuih2 raya juga..well itulah yang kita senyap aje last week..kita buat kuih raya dan ada juga buat 1-2 jenis kek  yang boleh bertahan lama..

Dalam sibuk2 buat kuih tu menu berbuka normally yang biasa2 aje..sebab dah tak larat nak fikir dan nak mengerjakan menu2 yang susah2..hehehe..sabor ajelah kan..itu yang kita masak kari ni aje buat berbuka puasa..kari ni kita gandingkan dengan prata instant aje ler..
dan kari ni jugalah kita buat lauk sahur makan dengan nasi..to me kari sangat mirip dengan kari ikan mamak yang kita beli roti prata kat kedai kopi kat rumah kita ni ....yes this is definitely a keeper juga..

Kari Ikan Malayalam Style
Sources:-From Mama Fayyadh@myresipi

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • • 4 ketul ikan tenggiri (ikan merah pun sedap)
  • • 1 sudu kecil halba + Jintan kasar-(Ayu gunakan penumis ikan)
  • • 1 inci halia dihiris halus
  • • 2 biji bawang merah dihiris halus tapi saya suka guna bawang besar-(Ayu gunakan 1 biji bawang besar)
  • • 2 biji bawang putih dihiris halus
  • • 1 tangkai daun kari
  • • 3 sudu besar serbuk kari ikan (baba's @ alagappa's)
  • • 3 sudu besar lada kering yg dimesin
  • • 1/2 cawan pati santan
  • • 1 cawan air asam jawa(dibancuh cair)
  • • garam secukup rasa 
  • (Ayu gunakan 2 cawan air untuk kuahnya)

Cara-cara

  1. 1. Tumiskan halba+jintan kasar, bahan-bahan yang dihiris serta daun kari hingga naik bau
  2. 2. Masukkan serbuk kari dan lada kering yg digaul tadi hingga naik minyak.
  3. 3. Masukkan air asam kacau hingga menggelegak.(Ayu masukkan ikan waktu ni)
  4. 4. kemudian masukkan pati santan.
  5. 5. Dan diikuti bendi. boleh juga masukkan tomato dan lada hijau jika suka.
  6. 6. Jangan lupa garam
  7. 7. Kacau dan biar menggelegak.
  8. * sedap dimakan dengan idli juga paratha
  9. (Ayu tambah beberapa biji bende dan sebiji tomato)

4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak ayu...
dlm bulan puasa ni rasanya belum masak lauk kari lagi... nampak sedap la pulak kak ayu...

Ayu said...

ratna - walkslm, tulah akak baru nilah buat kari dalam bulan puasa ni..heheh memnag terasa kemamakan dan kemalayalamnya..hehehe

quinnie said...

aduiiii ni tak tahan nih..saya memang tengah teringin nak makan gulai kari ni kak..huhuhu

byk buat biskut raya kak ayu? saya setakat ni...duk kira2 dah sampai 9 jenis..hahahahha....

Ayu said...

quinnie - wahhhhh!!!! 9 jenis????..tak tekejar lah akak ni ha..hahaha..akak dah stop dah buat kuih..sikit2 aje..takut nanti sampai christmas masih ada lagi..hahaha.. cubalah q kari ni..sedap pada akak masam2 karinya tu..