Thursday, October 25, 2012

Nasi & Ayam Briyani Shahjahan & Acar Timun

Masak nasi berperisa ni quite sometimes ago..Iqram memang suka kalau kita masak nasi berperisa macam ni..bertambah2 nasi bila dimakan..boleh makan berkali2..Rasanya kita pernah nampak beberapa, teman blogger masak2 tayang  lauk Ayam Shahjahan..Tapi for this kita masak siap dengan nasinya sekali..Recipe diambil dari rancangan masak2 ditv disini..

Recipe asal masak nasi beriani gam, dimana lauk dan nasi dilapis2kan..tapi macam biasa juga kita tak buat macam tu..sebab kalau kita letak ayam dalam nasi, nanti.. nasi & lauk jadi hancur dek disenduk rakyat jelata yang tak reti nak ambil baik2..heheh..so for the nasi kita just add perwarna to kasi ada colour sikitlah ya..Kita buat acar timun dan goreng poppadum to go along with this set of rice..Sedapp!!..Kalau nak cuba masak for hari raya aidil adha esok pun boleh juga kan..Saja Kasi idea aje..heheFor me esok nak masak Nasi Komok lagi dan lagi Nasi Komok !!!!hahah..Kita baru dapat rempah nasi komok yang original tau!!!! Jangan jealous..hahaha..

Dikesempatan yang tak dirancang ini kita nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
 pada teman2 yang mengenali diri ini..
& Seluruh Umat Islam dimana anda berada.
Semuga Allah menerima ketaatan kita semua..



Nasi Briyani Shahjahan
Sources:-From Rancangan Sedap..!! Episode 20
Bahan:-


Bahan “A”
1 ekor ayam – potong 8 – gaul  dengan sedikit kunyit dan garam. Ketepikan
5 biji pelaga
½ jari kayu manis
5 biji bawang besar – didadu kecil
2 batang lada hijau – belah 2 jangan putus
2 sudu makan pes halia dan  bawang putih
2 sudu makan pes tomato-(Ayu gunakan tomato puree 1 tin kecil)
3 biji tomato – didadu kecil
2 pokok daun ketumbar
1 genggam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging

Bahan “B”
½ cawan tairu                   }
5 biji badam                      }  dikisar halus
5 biji gajus                        }
¼ sudu teh kuma-kuma     }-(Ayu gunakan kunyit serbuk sebab tak ada)

Bahan “C”
¼ cawan ghee (minyak sapi)
½ cawan minyak jagung
Garam secukup rasa

Nasi

1 kilo beras basmati – cuci bersih, rendam ½ jam dan toskan
air mengikut paras beras
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
½ jari kayu manis
1 biji bawang besar – hiris halus
1 sudu makan pes halia/bawang putih
Sedikit daun pudina
1 pokok daun ketumbar
3 sudu makan ghee
3 sudu makan minyak jagung
garam secukup rasa


Cara:-


Panaskan minyak jagung dan goreng ayam sehingga ¾ masak.
Angkat dan ketepikan.
Tambahkan ghee kepada minyak jagung dan panaskan lagi.
Tumis buah pelaga and kayu manis hingga wangi.
Masukkan bawang dadu dan lada hijau.
Tumis hingga bawangnya kekuning-kuningan dan lada hijau layu.
Kacau setiap masa sebab bawang dadu cepat kuning.
Masukkan pes halia/bawang putih, dan tumis lagi sehingga wangi.
Masukkan pula pes tomato dan tumis selama 2-3 minit.
Kemudian, masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina.
Tumis selama 10 minit.
Kacau setiap masa.
Ini akan bantu memecahkan tomatonya.
Masukkan rempah kari daging dan tumis selama 10 minit.
Kemudian, masukkan bahan B,  serta  garam,  dan tumis lagi sampai keluar minyak.
Masukkan pula ayam yang telah digoreng dan balik-balikkan selama 5 minit sahaja.
Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar minyaknya naik.
Keluarkan kesemua minyak yang lebih dan ketepikan.
Jangan dibuang. 




PERHATIAN 
Apabila mula menumis, pastikan ia dikacau setiap masa,  sehingga kita masukkan ayam nya. Jangan tumis terlalu lama, ini akan membuat rempahnya menjadi pahit.
Cara memasak nasi
Tuangkan air dan garam kedalam periuk nasi letrik dan biarkan mendidih.
Didalam kuali yang lain, panaskan ghee dan minyak jagung.
Tumis cengkih, pelaga dan kayu manis hingga wangi.
Masukkan bawang hiris dan tumis lagi sehingga kekuning-kuningan.
Masukkan pes halia bawang putih dan dedaun.
Tumis hingga wangi dan tuangkan bahan ini kedalam periuk nasi letrik .
Biarkan mendidih.
Apabila mendidih, masukkan beras dan masak seperti biasa.

Cara Dam Nasi
Keluarkan semua nasi dan ketepikan. 
Letakkan didasar periuk nasi letrik itu ayam tadi, bersama rempahnya, tetapi tanpa minyaknya.
Timpakan nasi diatasnya. 
Ratakan. 
Taburkan daun pudina dan daun ketumbar.
Buat beberapa lubang dan tuangkan minyak, bekas masak ayam itu tadi.
Tidak perlu gunakan warna, sebab warna dari kuma-kuma tadi akan mewarnakan nasi nya.  
Masak lagi sehingga naik wap.
(Ayu tidak buat dam nasi sebab takut ayamnya hancur, dek rakyat jelata yang ambil sendiri..so Ayu just letak beberapa titik pewarna kuning & oren untuk kasi nasi tu warna sikit bila nasi sudah kering dan hampir masak)


Acar Timun
Sources:- From Suhana's Sweet Savoury blog(cant access her blog now)
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
1 large cucumber - discard the pulp, and cut into 2inch strips
1 large carrot - peeled and cut into 2inch strips
10 small round baby shallots - peel and crushed a little
1 red chilli - slashed
1 green chilli - slashed
a few slices ginger
a few cloves of garlic
1 tsp tumeric powder
2 tsp chilli powder or chilli paste
1 and 1/2 tsp mustard seeds (biji sawi)
3 tbsp of oil
1/4 cup water
3 tbsp vinegar
2 tbsp sugar
salt to taste

Method:-

Sprinkle some salt generously over cucumber,carrots,ginger,chillies,shallots and garlic and leave it aside for a few hours, turning the veg now and then. The salt will leech out any excess moisture from them , making them crispier and not soggy.Drain.Heat oil, add chilli paste,mustard seeds and tumeric and saute till fragrant. Add water, vinegar, sugar and salt and stir till sugar dissolves. Add the drained veggie,stir for abt 5 mins and quickly turn off the heat. Do not overcook or veggie won't be crisp.

Ayam Afrika

Dah lama rasanya tak masak ayam masak kicap, cuba recipe ni for the kids..Sedap dan kena dengan selera kami..Cuma lauk ni dia kering tak macam lauk ayam masak kicap yang biasa tu..Kalau nak berkuah tambahlah sos2nya dan air..

Ayam Afrika
Sources:-From  acucita@myresipi.com
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-(untuk 4-5 orang)
  • Ayam setengah ekor potong kecil-(Ayu gunakan 500g dada ayam)
  • Ubi kentang 3 biji – hiris kasar atau potong ikut suka
  • Bawang merah 3 biji – dihiris*
  • Bawang putih 2 bj – di hiris*
  • Halia 1/2 ibu jari – dihiris*
  • Serai 2 btg – dititik*
  • Bawang besar sebiji- hiris bulat
  • Lada hitam 1 sudu kecil di kisar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap pekat masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu 
  • cili padi Ayu campak aje-(Ayu tambah) 
  • 2 biji jus limau sambal-(Ayu tambah)
  • sedikit air-(Ayu tambah)
  • Garam secukup rasa-(Ayu tak letak sebab ayam dah diletak garam kunyit sebelum digoreng)

Cara-cara

  1. Ayam digaul bersama serbuk kunyit, sedikit garam,sedikit kicap masin dan kicap manis.
  2. Goreng ayam tersebut dengan api perlahan hingga cukup masak. Jika sukakan garing, boleh goreng lama sedikit.
  3. Goreng ubi kentang pula hingga empuk.
  4. Tumiskan bahan * hingga naik bau.
  5. Masukkan lada hitam.
  6. Masukkan kicap, sos tiram. Jika kurang masin tambah garam.
  7. Bila sudah mesra, masukkan ayam, ubi kentang dan hirisan bawang besar.
  8. Bila nak angkat masukkan madu, balik-balikkan ayam dan sedia untuk di hidang. Kalau inginkan lebih pedas boleh masukkan beberapa cilia api (dipotong kecil) sebelum diangkat dari kuali. Selamat Mencuba

Sambal Petai Cili Hijau

Pertama kali kita cuba masak menu berpetai!! Pertama kali juga kita makan petai!!!!..hehe..Teruja bila tengok ada ikan masin dalam recipe ni..Apa nak kita katakan memang terangkat sedapppp..Memang menu pembuka selera dan menu kalau tak ada lauk lain ....makan dengan nasi panas tak toleh kiri dan kanan ..tunduk aje menyental..hahaha

Sambal Petai Cili Hijau
Adapted from:- Sambal Cili Hijau@sajionline
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
2 keping isi ikan tenggiri masin yang dalam botol -diambil isinya sahaja
*6 biji cili hijau
*segenggam cili padi hijau
*1 biji bawang putih
(*bahan dikisar kering halus)
segenggam petai
1 biji bawang besar dihiris nipis
1 sudu kecil cuka
garam & gula secukup rasa

Cara:-
Panaskan sedikit minyak, goreng isi ikan masin dan hancur2kan. Masukkan bawang besar hiris tumis hingga layu. Masukkan bahan2 kisar dan masak hingga naik minyak dan garing. Masukkan garam, gula & cuka, Akhir sekali masukkan petai. Gaul rata agak2 petai dah empuk matikan api. Sedap dimakan dengan nasi putih panas!!..

Bawal Kecil Goreng Masam Manis

Recipe asal Bawal Kecil Goreng Manis, tapi disebabkan kita tamah buah tomato dalam menu ni jadilah masam manis sebab buah tomato yang masam..Recipe biasa2 aje tapi berselera juga bila kita makan panas2 selepas menggorengnya..Kunyah cili padi along the way.. lagilah best..

Bawal Kecil Goreng Masam Manis
Adapted from Bawal Kecil Goreng Manis :- trymasak.my
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1) Ikan bawal kecil (5 ekor)- (Ayu gunakan 10 ekor)
2) Sos tomato (1/2 cawan )-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
3) Pes cili (1 sudu)-(Ayu gunakan 4 sudu besar)
4) Bawang putih (1 ulas)-(Ayu gunakan 2 ulas)
5) Bawang besar (1 biji)
6) Cili dihiris nipis (2 biji)-(Ayu gunakan cili padi diketuk aje)
7) Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
8) Gula (secukup rasa)-(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)

1 biji tomato dipotong dadu-(Ayu tambah)


Perap ikan bersama serbuk kunyit dan garam, selama � jam.
Goreng ikan. Apabila garing, angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali sama, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan pes cili. Goreng hingga pecah minyak.
Masukkan garam dan kacau rata.
Masukkan bawang besar dan tumis hingga layu.
Masukkan sos tomato, (+tomato dadu)dan kacau sebati. Masukkan � cawan air jika masakan terlalu kering.
Masukkan cili dan kacau hingga layu.
Tuangkan sos tersebut ke atas bawal goreng.

Ketam Masak Lemak Dengan Timun

Kalau nak ikutkan bahan yang kita gunakan dalam lauk ni seharusnya dipanggil Ketam lemak cili padi, sebab kita gunakan cili padi kesemuanya dalam bab cilinya tu..biasalah..kita kan kebal part cili padi ni, mesti nak menyengat baru ada kick & terasa..hehe..jangan ikut kita ya.. Terimakasih ya Che Mat, akak panjangkan recipe ni diblog akak pula ya..untuk rujukan akan datang sebab sedapppp. Berpeluh2 Mr Hubby makan lauk ni..hehe..

Ketam Masak Lemak Dengan Timun
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (yang sepit biru), atau apa2 jenis ketam pilihan anda
2 biji timun, buang kulitnya, kerat 3 dan belah 4 setiap keratan.-(Ayu gunakan 1 biji aje)
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah-(Ayu tak letak ni)
8 biji cili padi (optional)-(Ayu gunakan segenggam)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulitnya, potong kaki2 kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti. Jika saiz ketam besar, kerat dua untuk setiap satu. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk. 
  2. Masukkan bahan2 kisar, serai titik dan asam gelugor ke dalam periuk berisi ketam tadi. Gaul rata dan masak atas api hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair dan kacau perlahan. Biar mendidih.
  3. Masukkan timun dan daun kunyit. Kemudian tuang pati santan. Kacau perlahan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu, masak hingga timun lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Friday, October 12, 2012

Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur

Assalam, bertemu kembali..selepas seminggu menyepi..this week, next week dan overflow to the following week, anak kita si Iqram sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun..biasalah kalau anak periksa, mak yang stress...aduhaiiiii..penat tau..!!
Anyway, entry2 hari ini adalah menu yang kita masak dan buat time raya aidilfitri yang lalu...While Iqram tengah having his tuition now, kita masukkan lah mana yang sempat ya..

Kek ni kita buat sebab kita ada banyak sangat balance putih telur dari buat Kek Lapis Mocha Nutella...
nak clear off lah stok putih telur, in fact ada lagi balance in the fridge..nak buat Macaron macam tak ada orang nak makan pula..hehe...tak apalah biarkan lah dulu mana tahu ada lagi recipe yang bekenan yang menggunakan putih telur ni..

Kek ni sedap pada tekak kita,anak2 dan Mr Hubby...Mum not solah..she kan kek kukus macam ni not to her liking, except kek kukus buah kemarin..ah tu dia suka sangat...
Anyway, macam biasa juga Mr Hubby brought some to his office, display it on the  table, before meeting starts....his staff jamahlah makan..he bluffed them he bought from Bengawan Solo..wakaka..then the staff hairan apasal packaging dia lain sebab ada getah to hold on to the plastic(cheapskate kind of packaging )..they asked which Bengawan Solo outlet yang dia beli..tak dapat nak jawap..he burst into laughter..and akhirnya cakap wife buat..hehe..

Terimakasih to Kak Wan for sharing this recipeminta izin dipanjangkan disini pula ya..

Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur 
Sources:-From Kak Wan@Citarasawan 
Tried & Tested- Ayu@curlybabesatisfaction
 

Bahan A
525ml  putih telur
400gm gula pasir-(Ayu gunakan 230g - 250g)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm santan serbuk


Bahan C
100ml santan pekat (KARA)
1 sudu teh esen vanila / coffee
90gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis


Bahan D
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco

Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris) -(Ayu gunakan loyang 10x7x3 in.)

Cara-cara :
1.  Bahan A :  Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih.  Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
2.  Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.  Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
3.  Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak.  Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal.
4.  Panaskan pengukus dahulu.  Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit.  Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak.


*** Sentiasa lap tutup pengukus untuk mengelak air menitis. 

*** Putar adunan putih telur dalam mangkuk pengadun yang besar.


Opor Ayam Sayuran

Opor Ayam Sayuran ni kita masak waktu raya kemarin..basically this dish was for the kids, untuk anak2 kita  dan juga anak2 saudara yang tak tahan pedas, sebab kita masak ayam masak merah waktu tu ada sedikit pedas, jadi kenalah masak lauk yang tak pedas juga..tapi orang tua, makan juga sebab ada sayuran dan cendawan dalam menu ni yang confirm budak2 tu tak makan..Lauk ni memang sesuai betul makan dengan lontong, sangat sedap dan selesa ditekak tukang masak..dan of cos, budak2 ler..hehe
Oh kita buat 1kg dada ayam, so doubled recipe kat bawah ni, kita adjust ikut citarasalah ya..
Maybe pada teman2 out there bolehlah mencuba  for the coming Hari Raya Aidil Adha..:)

Opor Ayam Sayuran
Sources:-From Puan Zahrah Hj Ahmad
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:-
500g dada ayam, dipotong kecil-kecil-(Ayu lumur dengan lime juice untuk menghilangkan bau hanyir ayam)
1 biji kelapa patur diperah 2 mangkuk santan pekat-(Ayu gunakan 1 kotak 200ml santan +air)
2 biji bawang besar dihiris

Bahan B:-
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 jari halia
1/2 jari kunyit
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 kuntum cengkih
4 kuntum biji pelaga
1/4 biji buah pala-(Ayu gunakan serbuk)

Bahan C:-
*1 cawan cendawan butang(1 tin kecil)
*10 batang jagung muda-(Ayu tak ada stok)
(*dihiris)

*200g kacang buncis
*6 biji belimbing buluh-(Ayu gantikan dengan 1 biji tomato dibelah 6 sebab tak ada stok)
*2 biji lada merah
*2 biji lada hijau
*2 sudu kerisik
garam & perasa secukupnya
minyak untuk menumis
(*dibelah dua)

Cara:-
Kisar semua bahan B sehingga lumat dan rata. Lumur ayam dengan sedikit garam dan panggang sehingga masak. Perap ayam panggang dengan bahan B, selama 1/2 jam. Tumis bawang hiris, masukkan ayam berempah, garam, tambah sedikit lagi air dan masaklah sehingga airnya kering sedikit. Masukkan santan, kerisik dan semua jenis sayur. Masaklah sehingga lembut. Enak dimakan dengan lontong dan ketupat.

Kek Lapis Mocha Nutella



This was one of the 3 cakes that I baked during the last Raya..tell you to bake layered cakes during fasting month, was a test of endurance..hehehe..imagine you got to sit in front of the oven ..layering layer by layer every 3-4 minutes. for almost as long until the batter finished..Panas and kering tekak beb..hehe..memang dugaanlah kira...tapi for the sake of raya..ku gagahi juga..itu pun dapat buat 1 ketul ni aje..hahah..belum lagi ambik order tukan.haha..kalau ambik agaknya memang kering kontang kita depan oven, ...Recipe from Faeez lagi..the reason why I've decide on this was because I love Mocha, and nutella..so bookmarked since last year too together with the Steam Fruit Cake which I posted earlier.. 

Faeez, thank you again..for sharing this recipe..Minta izin dipanjangkan disini pula for the rest to try it too ya..

                                                                                   
 Mocha Nutella Layered Cake
Sources:-From Chef Zaidah via Faeez@BitterSweetSpicy
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

 A 
500g butter
60g chocolate spread ( nutella)
2 tbsp sweetened condensed milk
1 tbsp peanut butter
1 tsp vanilla essence

B

20 egg yolk
6 egg white
220 castor sugar-(Ayu used 200g)
1/2 tbsp ovalette

C (sifted)

150 plain flour ( I used cake flour)
20g cocoa powder
1 tsp baking powder


 Method:
  1. Preheat oven at 160 deg C. Use top heat only.
  2. Cream A until softened & mixed thoroughly.
  3. Combine B in a mixing bowl & beat until thick.
  4. Add A & mix thoroughly.
  5. Fold in C.
  6. Pour 2 ladles of batter into a 9x9x3"  (I used 10x7") lined & greased baking pan (Grease & line bottom of pan only). Grill for about 1-2 minutes till golden brown.
  7. Repeat step 6 until finished.

Dendeng Serunding

Menu raya kemarin, cuba masak dendeng serunding ni..saja aje nak cuba recipe baru..Oklah rasanya..kita tengok bergeraklah juga menu ni..sebab ramai yang datang on the first day tu my cousins..nampak surut juga..hehe..

Dendeng Serunding
Sources:-From Puan Zahrah Hj Ahmad
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daing lembu
1 biji kelapa parut putih

*3 sudu makan ketumbar
*1 sudu makan jintan manis
*1 sudu makan jintan putih
*10 batang lada kering
*2 batang serai
*1 jari lengkuas
*250 gula melaka-(Ayu gunakan dalam 180g)
*1 sudu kecil halia kisar-(Ayu tambah)
(*dikisar halus)

1/2 cawan air asam
1/2 cawan minyak
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Daging dihiris niis dan lebar kemudian diketuk-ketuk. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging, air asam, gula melaka dan sedikit garam & perasa. Masaklah sehingga rempahnya kering dan dagingnya empuk. Masukkan pula kelpa parut dan gorenglah sehingga kekuning- kuningan. Enak dimakan dengan lontong, ketupat, lepat, nasi atau roti.

Friday, October 05, 2012

Brooklyn Blackout Chocolate Cake

Dengan seadanya ini lah yang mampu mama sediakan kek birthday bujang sulung yang turned 17th years old on the 2nd October yang lalu...Macam biasa CHOCOLATE ya!!!!..hehe..memang tak  jauh dari chocolate..Tercari cari juga recipe apa yang harus kita gunakan for his birthday this time...Ingatkan nak buat Triple Chocolate Caramel Cake macam 2 tahun lepas, then my mum suggested Rainbow Velvet Cake aka Red Velvet Cake, tapi macam biasa jugalah, kita nak try something new and here it is Brooklyn Blackout Chocolate Cake..

Instead of baking just a normal 1 cake, this time, kita baked 3 tiers cake just to give the dynamic impression(banyak punya dynamic kan ..heheh)..(Perkataan tu  reminded me when I used to present my booth designs in front of my clients to buy the idea..terus client sign the contract cebah lepas tu revisions punya banyak..heheh)..

Anyway, back to the cake..this time juga,with my limited knowledge, I just couldnt find the idea how to decorate a birthday cake for a 17 years old young man..I was stucked at the baking ingredients shop for almost  2 hours just to find items, knick knacks or any decorative tips and products that I can use to decorate the cake..I bought myself some readymade fondant and the above curly candy..In my head maybe I could use the fondant to make some stars protruding out from the cake, you know just to make the cake looked 'fun' ..sekali bila dah siap keknya, ini ajelah yang mampu kita fikirkan..wakakaka...

The cake was very nice, moist, soft and spongy..As usual I reduced the sugar amount in each ingredients.. only I did not get the chocolate pudding filling right as mine was very diluted and even after whisking, boiling and putting it in the refrigerator overnight, the pudding is not thicken and cant be piped..so like curah souplah gitu..hahaha..
The good news is walaupun dicurah for the filling to be sandwiched in between the sliced layers cakes, it made the cake more & more moist..partnering wth the delicious chocolate fudge..Anyhow..Hasif kept coming back for more slices which he did not usually do that for the past few chocolate cakes(maybe due to bored of chocolate cakes already) that I made.. 
Thank you to Tish Boyle for this wonderful recipe..I hope you dont mind, as I would like to share it here for others to try it too..:)

Brooklyn Blackout Chocolate Cake
Adapted from Brooklyn Blackout Cupcakes
Makes 22 cupcakes (Ayu used 3 8' tray for Iqram 20th birthday 26/3/2021)
Sources :-From Tish Boyle Sweet Dreams
Tries & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Chocolate Pudding Filling:
4 large egg yolks
2/3 cup (4.6 oz/132 g) granulated sugar-(Ayu used 60g only cos non dairy whipping cream already sweet)
2 tablespoons plus 1/2 teaspoon cornstarch- ( Ayu used 4-5 tbsp to adjust consistency)
1/8 teaspoon salt
1 cup (240 ml) water-( Ayu used just very little 2 tbsp only cos I used non dairy whipping already watery)
2/3 cup (160 ml) heavy cream-(Ayu used non dairy whipping cream)
3 ounces (85 g) semisweet or bittersweet chocolate, finely chopped -(Ayu used 85g dark chocolate + bittersweet chocolate 70.5% callebaut about a handful this agak2 to reduce the sweetness)
1 tablespoon unsalted butter
1 teaspoon vanilla extract

Chocolate Blackout Cupcakes:
(Ayu doubled the ingredients below for a 3 tier cake 8", 6" & 4") (Ayu just baked 1 adunan for Iqram's birthday cake 3 trays 8" cake)
1 1/2 cups (6.4 oz/181 g) all-purpose flour
1 cup (2.9 oz/85 g) non-alkalized cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder) (Udpdate: 26/3/2021- Ayu used half black cocoa powder & another half callebaut cocoa powder)
1 1/2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2 cups (14 oz/400 g) granulated sugar-(Ayu used  170g- 200g to adjust to own sweetness)
2 large eggs
1 large egg yolk
1 cup (240 ml) buttermilk
1/2 cup (1 stick/4 oz/113 g) unsalted butter, melted
2 teaspoons vanilla extract
1 cup (240 ml) hot brewed coffee-(Ayu used 11/2 tbsp nescafe + 1 cup hot water)

Fudgy Chocolate Frosting:
4 1/2 ounces (127 g) unsweetened chocolate, chopped (I use Scharffen Berger)-(Ayu used Calkebaut bittesweet 70.5%)
4 1/2 ounces (127 g) bittersweet chocolate, chopped (Ayu used dark chocolate)
1 1/2 cups (3 sticks/12 oz/340 g) unsalted butter, softened(Ayu used 250g only)
3 cups (12.16 oz/345 g) confectioners’ sugar-(Ayu used 60g only)
1 tablespoon vanilla extract
Make the Chocolate Pudding Filling:
1. In the bowl of an electric mixer, using the paddle attachment, beat the egg yolks, sugar, cornstarch, and salt at medium speed until pale, about 1 minute.
2. In a medium, heavy saucepan, combine the water and cream, and bring to a boil over medium heat. Remove the pan from the heat and whisk about 1/2 of the hot cream mixture into the yolk mixture.  Whisk this mixture into the remaining cream mixture in the saucepan. Cook over medium heat, whisking constantly, until the mixture comes to a boil. Continue to boil, whisking, for 1 minute. Remove the pan from the heat and whisk in the chocolate until it is completely melted. Pass the filling through a fine-mesh sieve into a small bowl. Stir in the vanilla extract. Cover the surface of the pudding with plastic wrap, and refrigerate for at least 2 hours, until chilled.

Make the Chocolate Blackout Cupcakes:
3. Position a rack in the center of the oven and preheat the oven to 350°F. Line 24 muffin cups with paper liners.
4. In the bowl of an electric mixer, sift together the flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Add the granulated sugar and, using the paddle attachment, mix at low speed until blended.
5. In a medium bowl, whisk together the eggs, egg yolk, buttermilk, melted butter, and vanilla extract. While mixing the dry ingredients at low speed, add the egg mixture in a steady steam. Scrape down the sides of the bowl with a rubber spatula, then beat at medium speed for 1 minute, until well blended. Add the hot coffee at low speed, mixing just until blended. Remove the bowl from the mixer stand and stir the batter from the bottom of the bowl a few times to thoroughly blend the batter. Scrape the batter into the prepared cups, dividing it evenly. Bake the cupcakes for 30 to 35 minutes, until a cake tester inserted into the center of each cake comes out clean. Cool the cupcakes on a wire rack.

Make the Fudgy Chocolate Frosting:
6. Put both chocolates in a medium stainless steel bowl and place the bowl over a pot of barely simmering water. Heat, stirring frequently, until the chocolate is completely melted. Remove the bowl from over the pot and set the chocolate aside to cool until tepid. 
7. In the bowl of an electric mixer, using the paddle attachment, beat the butter at medium speed until creamy, about 30 seconds. Gradually add the confectioners’ sugar and beat at high speed for 2 minutes, until light and creamy. Beat in the vanilla extract. Add the cooled chocolate at low speed, mixing until blended and scraping down the sides of the bowl as necessary. Increase the speed to high and beat for 1 minute, until slightly aerated. Use the frosting immediately, or cover well and keep at room temperature for up to 3 hours before using. 
Assemble the cupcakes:
8. Set aside two of the cupcakes to make crumbs out of. Using a paring knife, cut a cone-shaped piece from the center of each remaining cupcake and remove it. Cut off the bottom of the cone and set aside with the reserved two cupcakes. Keep the circle-shaped top of the cupcake. Fill a pastry bag fitted with a medium plain tip (such as Ateco #4) with the chilled pudding. Pipe some pudding into the center of each cupcake, and then replace its top.
9. Process the two reserved cupcakes and bottom part of the cake cones in a food processor to form crumbs.
10. Spread the top of each cupcake with a generous amount of the frosting (you can pipe it on if you prefer). Sprinkle the frosting on each cupcake with a generous amount of the crumbs. Serve at room temperature or slightly chilled. These cupcakes are best served the day they are made.


Nasi Komok & Udang Brastagi

Nasi Komok again!!!!..Dah macam nasi biasa dah bila kita masak ni..heheh..selalu sangat masak hingga bila siblings Mr Hubby datang for raya kemarin, pun kita masak nasi ni..Tak pernah tak habis, dan tak pernah jelak..bayangkan Mr Hubby pun dah jatuh cinta dengan nasi ni..hehehe...Pernah  masak 2 hari berturut2 sebab the first day tak kecukupan..
Percaya tak kalau kita cakap kita pernah sounded dengan Mr Hubby to drive up to Siam main reason was to find the rempah nasi komok ni last year !!!!!!.. Tapi sayang, Mr Hubby kata, Singapore car nak masuk sempadan Siam macam ada leceh sikit..wallawalam..so pendam aje lah niat tu kan..:(

Ok, kali ni kita tambah sikit bawang besar kisar & bawang putih kisar from the last time into the ayam goreng..dan juga kita masak menu tambahan iaitu Udang Brastagi recipe dibawah..
Ya Allah, bukan main laju betul tetamu yang datang menyantap this two menu..Shukur Alhamdullilah..Hilang penat2 memasak tu kan..Kita letakkan recipenya disini sekali lagi buat pengunjung yang baru pertama kali mendengar nama nasi ni ya.. Terimakasih sekali lagi ya Azian...


Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Sources;-From Azian @Aziancollection,

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)
1 tsp ground turmeric(serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih)(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar-(Ayu gunakan batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air

garam secukup rasa
Rempah penumis.-(Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)
CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, bawang kisar, bawang putih kisar ). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

Udang Brastagi side dish for nasi komok kat atas ni..memang gandingan yang mantap..
To that 'somebody' yang bertanya tentang recipe ni here it is ya..hehe..

Udang Brastagi
Sources:-From resepi Mesra.net
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
 Bahan:
2 ekor udang yang besar -(Ayu gunakan 16 ekor udang XXL)
2 labu bawang besar
5 biji cili merah + beberapa cili padi -(Ayu tambah)

 1 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 2 ulas)
½ cawan minyak makan
Sedikit garam dan gula-(Ayu gunakan kicap manis + perasa)

 1 biji lime juice-(Ayu tambah)

Udang dibersihkan kemudian digaulkan dengan sedikit garam halus(Ayu gaul garam & kunyit) dan goreng hingga kuning. Cili merah digiling halus bersama dengan bawang putih(Ayu blender kering). Bawang besar dimayang kemudian panaskan minyak dan tumiskan hingga kuning, lepas itu masukkan cili, garam dan gula. Bila sudah garing, masukkanudang dan balik-balikkan hingga sama rata. Hiaskan dengan salad, tomato, cili merah dan daun bawang semasa menghidangkannya.