Lauk ni kita dah masak time bulan puasa kemarin.. Bila nampak Kak Nuridah, masak kita pun macam terkecurlah gitu..terus save dan masuk list.. Recipe asal dari KakJee yang menggunakan ayam..Boleh tahan sedap juga lauk ni..betul kata Kak Nur, nak kata lauk lemak padi bukan tapi ia mempunyai rasanya yang tersendiri ya..mungkin sebab ada rempah2 dan lengkuas yang digunakan dalam menu ni..
Terimaksih to both, KakJee, kerana berkongsi recipe dan KakNur, mengwar2kan lauk ni..(kenapa sunyi tanpa berita?)..hehehe
Gulai Daging Salai Gaya Pahang
Sources Adapted
From Gulai Ayam Gaya Pahang - KakJee
Shared From:- Kak Nuridah@Little Kitchen
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN2NYA:
* Sukatan sudu dibawah ni Ayu gunakan sudu besar ya
½ ekor ayam (dipotong ikut suka)-(Ayu gunakan 1 kg daging salai)
cili api (ikut citarasa)
1 labu bawang besar (kalau bawang merah gunalah 4 biji)
2 ulas bawang putih
1 sudu ketumbar biji
1 sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 asam keping
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup (boleh bubuh kunyit serbuk)
1 batang serai
1 cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2 biji kentang
CARA MEMBUATNYA:
Ayam dipotong suka hati dan dicuci bersih. Kemudian toskan. Cili api,
bawang merah, bawang merah dan kunyit hidup dikisar basah sampai halus.
jintan manis, ketumbar dan jintan putih dikisar kering.
Panaskan kuali/periuk. Tumis bahan kisar basah sampai wangi. Masukkan
bahan kisar kering dan tumis sampai semerbak wangi satu kampung. Pastu
masukkan ayam. Masak dan balik2kan hingga ayam kecut. Bubuhlah sedikit
air dan juga kentang, campakkan juga serai dan lengkuas. Pelahankan api.
Apabila kentang dan ayam sudah hampir empok, masukkan santan dan bahan
perasa iaitu garam dan secubit aji dan asam keping. Didihkan seketika
dan campakkan daun kunyit yang telah dicarik2. Apa lagi hah? Eh itu jer.
Tunggu sampai cukup rasa, padam api
4 comments:
Salam K.Ayu..daging korban byk lg lam esbok.Leh la try nih!
Kecur tgk gambar gulai akak ni...:)
azatie - walkslm, heheh tulah akak pun terfikir sekarang mesti ramai ada stok daging korban..memnag ahrus dicuba ni atie..hehe
rajinnyer Cik Ayu kita ni...
Marsita - tengok angin juga mas..heheh
Post a Comment