Tuesday, November 27, 2012
Rendang Ayam Kering
Terpanggil nak cuba rendang kering ni bila tengok kat dapur Kak Noor...Memang kena betul dengan selera kita..sedapp sangat pada tekak kita ni...tak tahulah pada tekak orang lain sebab selera masing2kan berbeza ..so Sedap atau tidak itu satu subjektif...
Kita purposely guna cili kering fresh for this sebab nak rasa kelainannya..As you guys know my stok of cili kering mesin sentiasa ada instead of using that kita rendam lagi cili kering baru for this ...Kita tak letak daun limau purut, sebab kurang suka.., tapi lebihkan daun kunyit ..:)
Terimakasih Kak Noor, for sharing this marvelous rendang ya..minta izin dipanjangkan disini pula..
Rendang Ayam Kering
Sources:-From Kak Noor@Dapur Digital
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:
1 ekor ayam } dipotong
2 biji kelapa } ambil santan pekat-(Ayu gunakan 11/2 kotak santan 200ml)
1 helai daun kunyit } dihiris halus-(Ayu gunakan 2 helai)
4 helai daun limau purut }hiris halus-(Ayu tak letak ni)
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa +perasa
sket gula merah jika suka-(Ayu gunakan secubit gula pasir aje)
Bahan kisar:
15-20 tangkai cili kering -(Ayu gunakan segenggam)
20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
4 batang serai (hiris bahagian ubinya sahaja untuk dikisar, btgnya diketuk )
3 biji buah keras
Cara membuat:
Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air) -(Ayu kisar kering)
Satukan santan, bahan kisar, ayam, kerisik, batang serai yg diketuk dan asam keping
Jerang atas dapur hingga hampir kering.
Masukkan garam dan gula melaka dan kacau hingga kering.
Sebelum angkat taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
Kacau sebati, bolehlah diangkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam..Sedapppnya rendang ni...makan ngan nasi atau pun pulut ngam ni..
My hubby loves rendang but I so malas to masak for him. Buat rendang is easy peasy lemon squeezy but everytime I make chicken rendang, the chicken will hancur! Tu yang malas tu as the dish won't look pretty and I'll feel such a failure. Any solution to make the chicken tak hancur, Ayu?
rendang ayam kering nampak sungguh sedap....i also like the dry version....best makan dgn ghee rice
sue - walkslm, betul tu sue, memnag ngam betul tau makan dgn nasi atau nasi impit atau pulut..harus masuk list ni sue!!
shereen - shereen, this rendang is one of those rendang yang u harus cuba..memang sedap tau..i suka.... kalau tak nak chicken hancur u jangan kacau banyak kali ..when u need tu u gunakanlah wooden spoon yang leper tu ..terbalikkan pelahan2...jangan gunakan senduk tau itu yg kena ayam nanti hancur....
Gk Arusuvai - ah..another rice..ghee rice..cubalah sedap tau..
Post a Comment