Friday, March 08, 2013

Sotong Masak Hitam

Sotong Masak Hitam ni kalau tak silap kita ..pernah cuba beberapa versi..Sotong Masak Hitam Pekat & Sotong Masak Ketumbar menu yang menggunakan dakwat sotong..dah lama tak masak lauk ni..itu yang teringin nak makan....sometimes, asik nak try recipe baru..recipe lama macam ni hampir2 dilupakan..hehehe

Sotong Masak Hitam
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg sotong dibersihkan(simpan dakwat sotong), tos dan hiris ikut suka.(pls see petua kat bawah tu)
3-4 bawang putih diketuk atau dihiris
1 batang serai diketuk
1 biji bawang besar dihiris
1-2 batang lada merah dihiris atau
5-10 cili padi atau ikut kepedasan masing2 dihiris atau dicampak aje
minyak untuk menumis
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili dan serai. Kacau hingga layu.Masukkan sotong yang telah direndam dalam air cuka tadi, termasuk bahagian dakwat. Kacau rata, nanti dakwat pecah dan kuah akan  menjadi hitam. Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Gaul dan biarkan sebentar dan bolehlah matikan api. Siap untuk dihidang.

Lepas cuci bersih buang semua yg patut2..rendam sotong dalam air berisi cuka...
kalau dlm 5-6 ekor sotong letak air sekadar timbus sotong, masukkan 3 sudu besar cuka
biar la dlm 10 mnt-(In this case, bahagian dakwat sotong tak payah direndam)
masa rendam tu leh la sambil2 wat rencah utk menu ini.
pastu toskan n bilas dgn air biasa...
so, pas masak, sotong tu x de la mengecut..

3 comments:

Shiela said...

Cantek sotong tu berbunga bunga.. Hitam itu menawan.. ;)

Ayu said...

Sheila - hehe..hitam2 tapi manis dipandang kan..

Bali Tour said...

This is great Article
Thanks for the recipe