Thursday, April 24, 2014

Italian Nutty Cake

Tahun ni kita tak buat banyak research untuk my own birthday cake..cuma basically nak tukar sikit dari normal chocolate kek ..tak peduli kalau rakyat jelata suka makan ke tidak..tapi nak lari sikit dari coklat..apa2 pun kek sendiri so sendiri decidelah kan..hehehe..Kita decided to try buat kek Italian Nutty Cake ni..actually kita dapat recipe dari Chef Asma, semasa mengikuti klassnya beberapa tahun yang lalu..tapi disebabkan kita salah gunakan loyang untuk buat kek tu..the whole kek tak jadi ler..waktu tu dah jam 8 lebih malam, bahan2 yang digunakan dalam tu pulak ada yang dah habis ..nak pergi ke baking store jauh sikit dari rumah..so nak tak nak kita decided to just use tepung sponge cake aje yang terdapat dikedai berdekatan..cuma kekacang karamel dan buttercreamnya aje kita ikut dalam recipe tu, tapi kita dah adjusted according to my findings....keknya pula kita bagikan kepada 3 perasa, coklat oren & pandan..tengok tu coklat mesti ada juga..hehe..

My mum commented kek kita ni kek macam orang dulu dulu..hehe..sabor ajelah kan..sebab dia kata kek kita gunakan banyak buttercream..Iyoler selain coklat & buttercream/freshcream..itu ajelah kita suka makan..kalau nak guna fondant atau cheese topping..kita tak reti nak deco dan tak berapa gemar rasanya, sebab too sweet for me untuk fondant dan muak untuk cheese dan anak2 pun tak berapa suka sangat....alangkan kita letak sedikit cheese frosting dalam certain cake yang pernah kita buat..anak2 tak berapa makan ler..Basically they only eat cheese yang dalam savoury food aje like spaghetti, pasta or pizza dan lain2..:)

Kek ni & juga Italian buttercream ni sedapp tau..dia tak muak dan tak manis sangat...just nicelah..Kena pulak dengan kekacang karamel..memang sedap sangat..kita suka suka suka..
If you noticed, deco kek2 yang ada kat blog kita ni adalah tidak setaraf  dengan yang arif buat kek...semua deco yang kita buat adalah hasil dari 'squeezing' the idea dari kepala otak sendiri..of cos kita referlah kat internet untuk dapatkan idea...so the outcome apa yang termampu ajelah kan..Kadang2 kita terasa kerdil  dan terasa malu juga nak tayang kek2 yang kita buat kat blog, difacebook or instagram untuk tatapan teman2 dan pengunjung laman2 ni semua...yalah mungkin ada setengah orang akan  berkata..'kek macam tu rupa pun nak tayang juga'.. gulpp..hehehe.....
Ok lets go to the recipe.



Kek Sponge
Adapted from Kek Marble Optima
Sources:-From Kak Fida@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan (Ayu gunakan 3 loyang leper 8 in)
  • 250 g mentega - dicairkan
  • 6 biji telur - A
  • 350 g tepung Optima-(Ayu gunakan Super Sponge Cake Mix or Tepung Campuran Super Sponge)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 -3  warna pilihan - serta perasa pilihan.
Cara-cara
  1. Telur dan tepung dipukul hingga kembang
  2. Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan 1 sudu besar oren emulco + sedikit pewarna oren. 1 bahagian dicampur dengan 1-2 sudu teh perisa/paste  pandan + sedikit pewarna hijau. 1 bahagian lagi dicampur dengan 1 sudu besar chocolate emulco + 1 sudu besar cocoa powder. Ataupun ikut selera masing2.
  4. Bubuh adunan  ke dalam 3 loyang berasingan dan bakar hingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
  5. Sejukkan di atas redai kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
  6. contoh tepung Optima :-boleh lihat disini
  7.  Susun lapis pertama kek ikut suka perasa apa. Sapukan buttercream diikuti dengan  taburan kekacang karamel.
  8. Lapiskan dengan kek seterusnya dan ulangi step no.7, hingga habis. 
  9. Crumb coatkan kek dan masukkan dalam fridge selama 30 minit.
  10. Keluarkan kek dan hiaskan dengan balance buttercream tadi.Kalau nak warnakan ambil sedikit buttercream dan campurkan dengan pewarna kesukaan.

Kekacang Karamel
100g gula kastor
100g kekacang(walnut, almond, kacang tanah)- yang sudah dibakar. -(Ayu gunakan walnut)

Cara:-
Panaskan gula sehingga menjadi karamel, selepas itu masukkan kekacang.
Cepat2 tuang adunan diatas kertas atau silpat mat ratakan dan sejukkan.
Bila dah sejuk boleh dicincang halus.

Italian Buttercream
(A):-
200g gula kastor 
100ml air
Panaskan gula & air sehingga mendidih, gunakan garfu untuk meniup seperti belon.
(Ayu masak gunakan thermometer hingga 110c atau hingga gula larut)

(B):-
3 biji putih telur grade A

(C):-
500g butter- dipotong kecil-kecil(mesti gunakan butter sejuk)
1 sudu teh vanilla essen

Cara:-
Masak bahan (A) sehingga mencapai 110c. Sementara menunggu air gula masak putar (B) putih telur sampai kembang. Apabila air gula dah masak terus tuangkan pelahan2, kedalam putih telur tadi. Putar lagi sehingga adunan sejuk dengan menggunakan whisk. Apabila adunan sejuk masukkan (C) butter sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul sehingga krim sebati dan kembang dan masukkan esen vanilla. Boleh lihat video macam mana nak buat Italian buttercream. Italian Buttercream



8 comments:

Gee® said...

wah! nanti harijadi k.gee Ayu buat satu yer... hehehe

Ayu said...

Gee- hahaha..... Boleh no problem..kena
Book ticket Dulu untuk kita ya..hehe.. Air ticket tau tak mau nak bas tau..hehehe...

Wattie said...

Assalamualaikum Ayu,
Nampak aja kek, teruih akak terpa mai, heheheh. Happy belated birthday Ayu cayang. Birthday kita sama bulankan iaitulah April fool.

Kek ni nampak sedap, tambah2 ada kekacang pilihan, memang best snagatlah bila masuk ke mulut.
Pssst: Pada pandangn mata akaklah, deco Ayu unik, lain daripada yg lain, dengan citarasa yang tersendiri, akak suka tengok, cantik

Shiela said...

perghhh.. terlioqlaa..

Ayu said...

Wattie- walkslm, kak wattie, hehe...thank you kak for the wishes..birthday kita bulan April ni sama ya..wah..Aries ke kak..hahaha...terimakasih kak beri pandangan ...terharu kita..lagi2 comment Dari yg arif buat kek ni..!!!

Ayu said...

Sheila- alahai Sheila, kita tengok kek2 Sheila lagi lah terliur..sabar aje lah tau kita ni..hehehe..pakkal jatuh kalau tak memang dah order...;)

Unknown said...

Ckp2 menarik...sy suka

Ayu said...

linawati~terimakasih banyak2 lina for the compliment...terharu akak..;)