Tuesday, April 22, 2014

Mee Malaya

Menu sarapan, makan tengahari, minum petang atau makan malam..bila2 pun boleh...Mee Malaya recipe ni dari buku yang sama dengan Mee Boyan..kalau diteliti bahan2nya..ia tidak menggunakan bawang putih tapi just bawang besar/merah aje dan gunakan cili hidup instead of cili kering....satu kelainan juga mee goreng Malaya ni, manis bawang dan daging serta airnya dan masam2 dari tomato sos dan tomato potong tu cukup semuanya..masam manis dan masin(garam)...Rasanya macam  mee goreng yang kita pernah beli dulu time nak masuk kerja beli untuk sarapan..heheh..Makcik tu akan bungkus dalam daun pisang harga S$2.50..bubuh telur mata lembu kat atas..perah lime juice ..aduh..slurppsss..makan sekejap aje dah habis...kena makan cepat lagi pun takut boss nampak, masuk kerja bukan nak terus start kerja tapi makan pulak hahaha..


Actually kita dah beberapa kali buat Mee Malaya during my absence  dialam maya ni..sebab bahan2 dalam tu ada daging..itu yang sekejap aje habis bila digoreng..Kalau nak cuba sila2kan lah ya..oh ya Mee Malaya ni tak ada bubuh telur ..maybe kalau nak goreng telur mata lembu then put aside ajelah ya..




Mee Malaya
Sources:-From Aini Salim@Masakan Singapura
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg mee kuning
200g sos tomato-(Ayu agak2 gunakan 4-5 sudu besar )
3 biji tomato dipotong 6-(Ayu gunakan 1 biji besar aje)
300g sawi-(Ayu agak2 aje)
300g taugeh-(Ayu agak2 aje)
1/2 cawan minyak
250g udang dibersihkan
250g daging- dihirs nipis-(Ayu rebus dengan sedikit halia kisar dulu)
250g sotong dibersihkan dan hiris-(Ayu tak ada stok)
*7 tangkai cili merah-(Ayu gunakan 20 biji cili padi merah)
*3 labu bawang besar-(Ayu gunakan 2 biji )
*(bahan dikisar)
1 kiub lembu-(Ayu tambah)
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan Hiasan:-
Limau kasturi dibelah 2
cili hijau
daun sup
daun bawang
*(bahan2 ini kalau ditambah akan  added to the taste, lagi enak)

Cara Menyediakan:-
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan daging dan sedikit air jika perlu.Biarkan seketika. (Ayu gunakan daging yang dah rebus dan gunakan airnya)
Masukkan udang dan sotong lalu balik balikkan.(Ayu masukkan sos tomato dan kiub lembu waktu ni juga) Masukkan garam lalu gaul rata diikuti dengan sawi, taugeh, tomato biji dan mee. Gaul rata dan goreng selama 5-7 minit.
Sewaktu menghidang taburkan dengan bahan hiasan.

10 comments:

rostina76 said...

Ya ALLAH!!!!!serius terliur. Mana nak p beli niiiii? org singapore jauh bebenor. nak buat ala2 malas. huwaaaaa. kes dera ni

Sidratul Muntaha said...

ngences nengok...
tghari ni lapar la plak tgk mee goreng akak ni

FirasFirzana said...

Sedapnya :)

Ayu said...

rostina - hehe..kat brunei ada mee kuning kan ros..tak payah org spore buatkan..jangan malas2 nanti tak dapat makan..hahaha..

Ayu said...

sidratul muntaha - hehe..akak pun terasa nak makan lagi mee ni..bila tengok lime dgn mee tu..slurpss..sabor ajelah kan..haha

Ayu said...

lolozh04 - alhamdullilah sedap...:)

ana said...

Ayu
Kat rmh ni klau guna 20bj cili padi merah mcm ayu guna tu mau ada yg guling2 nangis...kitasuka pedas tp ada yg tk tahan pedas kat rmh ni hu3...kita suka mee tp ramai yg suka bihun kat rmh ni. Abes tu cmne??? Sian kita kan....

Unknown said...

Salam Ayu, kakpb selalu masak macam ni tapi taktau pulak namanya mee Malaya? hehe...agaknya sb org Johor dekat dgn S'pore, masak pun ada iras2 kan?
Cumanya daging tu memang jarang ada dlm simpanan.

Ayu said...

ana - wakakaka...kat rumah kita kalau 20 biji tu..chicken aje tu ana..of cos my girl tak bolehlah..dia pun akan guling2 juga..hahaha..but the rest no problem..hehe..entahlah kita ni kalau masak mesti nak pedas aje..kalau tak pedas rasa macam tak kenyang!!!..wakakkaa...:)
Kita pun actually suka mee hoon compare dari mee..the rest pulak yang suka mee..meh tukar family..hahaha

Ayu said...

zana fahmi - walkslm, mugkin kot kak pb..kita rasa pun gitu juga mungkin sebab johor dah dekat dgn spore so namakan mee mee malaya..
daging kat rumah kita ni kena ada sentiasa..kalau tak hubby kita bising..goreng mee nak berdaging, goreng nasi nak berdaging juga..kalau boleh semua nak daging sabor ajelah..