Monday, April 28, 2014

Nasi Minyak II, Daging Haryali & Pajeri Nenas

Nasi berperisa lagi..agak2 kalau dah lama tak masak nasi berperisa, the following week mesti tekak ni menjerit2 nak makan nasi bewarna ni..dulu kita pernah kata Mr Hubby tak minat nasi berperisa macam ni..tapi sekarang uh..dia makan tau..hehehe..kalau dulu kita cakap kita masak nasi minyak ke nasi beriani ke, mesti dia cebikkan bibir dia..tahan dia suruh kita masak 'maggi'..ah sekarang bukan main makan lagi weh!!!..hehe...Tulah dia pukulan kita selalu masak nasi macam ni sebab anak2 suka sangat nasi gini..so the father got no choice dah terikut suka juga..hehe...
ke kita masak sedap ah?..wakakaka...perasan kejap...:)

Kali ni kita cuba pulak masak nasi minyak recipe lain pula..recipe dari Tulip77 kat myresepi tu..Sedapppp..kita lawankan dengan daging haryali dan pajeri nenas.
Daging Haryali resepi asal guna daging kambing..disebabkan kita tak makan kambing..kita tukarkan kedaging lembu..pajeri nenas pula kita buat style macam pajeri nenas orang kahwin kat Singapore ni..tak gunakan rempah tapi just plain natural taste..

Nasi Minyak
Sources:-Tulip77@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(6 orang)
  • 1/4 cawan minyak sapi
  • 2 biji bwg putih,dicincang
  • 2 biji bwg besar,dihiris
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji lada putih,ditumbuk
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair/fresh milk
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 1/2 cawan kismis
  • 3 helai daun pandan
  • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam 


Cara-cara


  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.
  3. Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
  4. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.



Daging Haryali
Sources:-Mumtaj Begum Bte Omar
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daging kambing, cuci bersih dan potong ikut suka hati, tos-(Ayu guna daging lembu)
2.5cm kayu manis
5 biji buah pelaga dititik
4 biji bawang besar dihiris halus
5 batang lada hijau, belah dua jangan putus(boleh lebihkan jika perlu)
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 biji tomato didadu
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili -(Ayu tambah)
1 sudu makan tomato puree-(Ayu tambah)
1/2 cawan daun ketumbar
2 cawan air + 11/4 cawan lagi
1/4 biji kentang(untuk memekatkan kuahnya)-(Ayu gunakan 2 biji hiris tebal)
1/4 cawan badam
1/2 cawan tairu
3 sudu makan santan pekat
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:-
Kisar halus badam, tairu, santan pekat dan 1/4 cawan air. Ketepikan_(Ayu guna blender kering)
Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kayu manis dan buah pelaga sehingga meletup-letup.
Masukkan hirisan bawang dan lada hijau dan tumis sehingga bawangnya lembut. Masukkan pula pes halia dan pes bawang putih dan tumis lagi sampai naik bau. Setelah itu masukkan tomato dadu dan kacau rata. Biarkan ia masak selama 5 minit lagi. Barulah dimasukkan bahan2 serbuk dan daun ketumbar. Tuang 1 cawan air, kacau rata dan tutup periuk.

Kecilkan api dan renihkan selama 5 minit, sehingga rempah berpisah dari minyak. Kemudian masukkan daging kambing, kacau rata selama 2 minit. Tuang lagi 21/4 cawan air, masukkan kentang dan garam. Masak lagi sampai daging lembut dan naik minyak. Diperingkat ini hendaklah dikacau selalu. Kemudian matikan api. Taburkan lebihan daun ketumbar, tetapi jangan dikacau lagi. Semasa hendak menghidang barulah dikacau.

Hidangan ini lebih lazat jika disaji sekurang2nya satu jam selepas dimasak. anda boleh juga masukkan kentang sebiji dua jika suka. Masukkan semasa dagingnya sudah masak 3/4 empuk. Paling enak disajikan dengan roti perancis, roti perata atau nasi minyak.


Pajeri Nenas
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 biji nenas dipotong dan buang tempuluhnya
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
4 cengkih
3  biji pelaga
5 biji cili padi merah/hijau
1 biji cili merah dibelah dua
1 biji cili hijau dibelah dua
2cm halia dihiris
2 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil biji sawi
1/4 cawan air
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
garam & serbuk perasa

Cara:-
Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih & pelaga hingga naik bau. Masukkan bawang besar & bawang putih hiris, biji sawi serta serbuk kunyit. Kacau hingga layu. Masukkan gula, cuka, garam & perasa dan air.Masukkan nenas yang telah dipotong/hiris tadi serta cili. Gaul rata sehingga nenas masak & lembut.

22 comments:

tun_telani said...

Nyummyy!!!!!!!!!! tun jenis kalau hari jumaat je mesti nk wat nasi perasa2 nih.. hihi.. rasa mcm special sket. Daging haryali tu xpenah dgr lg b4 this.

MamaFaMi said...

Hubby Ayu dah suka makan nasi berperisa tu maknanya, orang rumah dia masak sedaplah tu. Mama tengok pun sangat menyelerakan. Pakkal tak boleh seluk bawak balik sepinggan. Kalau tidak, dah lama buat! Hahaha...

Ayu said...

tun- betul tu Tun..kadang2 memang akak masak on Friday..tapi kadang2 tak sempat on Friday dah nak sangat makan..masak juga ler..heheh..daging haryali akak pun first time dengar..haha...:)

Ayu said...

mamafami - yahoooo....kalau mama cakap macam tu..hahhaa..kita redha aje..wakaka..tapi betul tau ma, hubby sekarang suka makan nasi berperisa ..kita pun hairan sungguh..hahaha..tulah pakkal tak boleh seluk bawak balik..kalau tidak gambar kat blog kita terus tak ada sebab dah kena seluk..hehehe

rostina76 said...

rasanye mmg betul la tu sbb si tukang masaknye masak sedap jadi yg xsuka dulo2 pun dah jatuh cinta. heheh!!!ros tgk gambar pun tau sure sedap ni…ni yg tak tahan godaan ni. nak kena layan nasi berperisa gak la mg ni.

Ayu said...

rostina - wahahaha...akak redho sekali lagi ros cakap macam tu..hahaha...thank you ros...seminggu sekali atau 2 minggu sekali..harus akak masak nasi perisa ni ros..harap godaan akak menjadi ya..hahaha

Gee® said...

Aduhai Ayu... terlior k.gee dibuatnya.... kalau dekat mau aje hulur pinggan... hihihi

Ayu said...

Gee - hehehe..kalau dekat pun untuk hari ni dah habis ni Gee..kita masak beberapa minggu yang lalu..hehe...tapi gee punya pasal..kita masak lagi ya...haha:)

Azian Elias said...

sedapnnyaa.... macam ada kat tekak je ni..

Rina Audie said...

aduh enaknyaaaa....untuk menu makan siang cocok sekali ini...

maz said...

Assalamualaikum kakk...nii haaa amik tware isi nsi nga lauk pnuh2 yee...malasnya nk msuk dpur hri ni...huhuu...kita pun dlm folder tu peram nsi minyak tranggu dkat sbln dh...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Kiter seropa la kaka suka mkn nasik color2 ni
But since ader princess Jrng buat sbb set lauk byk guna spice or cili..perut baby ai x tahan uwaaaa

Wattie said...

Nampak berselera nasi Dan pelengkapnya tu, patutla hubby Ayu suka. Akak pun DLM satu dua minggu mesti nak masak nasi berset sbb snak2 pun suka, mak dia lsgi lsgi la. 2 hr lepas masak nasi Arab kaler maler jgk.

Ayu said...

Azian - hehehe...mehlah ambik sepinggan ni ah..alhamdullilah sedap ni...:)

Ayu said...

Rina - betul tu Rina, lagi2 kalau semua ada dirumah..berebut2 makan gitu..hehe..:)

Ayu said...

Maz - walkslm, samalah akak pun hari ni malas nak masak..nak keluar kejap lagi ni..meh self service maz..ambillah sendiri ya..isi penuh2 ok..heheh

Ayu said...

lady Ayu - aah lady ayu..baby belum boleh makan spicy food gini lagi kan.. tak apalah tunggu besar sikit boleh lah tu..atau kalau rajin masaklah sikit just for those yang boleh makan spicylah..:)

Ayu said...

wattie - hahaha..kak wattie, hubby kita agaknya no choice kot..kalau tak makan laparlah dia..so hendak tak nak makanlah juga..then dah sukalah pulak..hahaha..betul kak..seminggu or 2 minggu mesti nak masak nasi berperisa..:)

Anonymous said...

daging haryali itu sedap tak. masakan apa tu, india atau apa.
curious juga saya. kalau sedap nak try lah.

Faridah

Ayu said...

Faridah - daging haryali ni..kurang pasti masakan india ke apa..tapi..rasanya macam masak kari kering gitu..rasanya biasa aje..tak adalah kata sedap sangat, tapi macam lauk biasa2 aje tu, cuma gandingannya dengan nasi minyak, pajeri nenas ni sedap pada kitalah..:)

ana said...

Byk nye resepi ayuuu....rajinnye. Ayu kita dh post resepi vietnamese spring roll kat insta. Chek insta ye. Sori kita tak prasan meset ayu hu3....

Ayu said...

ana - hahah..kan kita rajin makan..so terpaksalah rajin masak..haha..ok ok ana thank you ya for the recipe..kita dah jawap dah..tulah kadang2 insta tu yang biol..bukan hp..heheh