Semuga Hasif pandai2lah jaga diri, stay safe ...mama disini sentiasa doakan Hasif ya..
Walau bagaimana pun, kita nak update juga blog kesayangan hamba ni...hehe..
Masak Nasi Beriani Pakistan ni beberapa bulan yang lalu...Kita dah lupa macam mana pulak kita boleh jumpa recipe ni kat dapur kak Azie, mungkin sebab kita click, sana click sini itu yang ditemukan jodoh dengan recipe ni....bila puan punya recipe kata sedapp nasi beriani ni ...kita pun termakan godaannya..hehehe..So cepat2 masak nasi beriani Pakistan sebab kebetulan kita memang tengah cari recipe nasi berperisa waktu tu..
Verdict memang sedapp..in fact sikit lebih kurang macam rasa Nasi Beriani Ayam Hyderabad yang kita pernah masak sebelum ni..
Part sos yogurt & salad tu kita tak buat..kita just buat acar nenas timun aje..Telur ayam kita gantikan dengan telur burung, sebab stok pun waktu tu telur burung aje yang ada...(kalau telur lain tak boleh makan pulak kan..wakakaka...hehee dirty auntie)...
OK, kalau nak cuba silakan lah ya..Terimakasih buat kak Azie for sharing this recipe..izinkan kita masukkan dalam blog ni untuk future reference dan untuk dipanjang2kan recipe ini kepada teman2 yang lain..
Nasi
Beriani Pakistan
Sources: Azie Kitchen
Tried & Tested:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)-(Ayu gunakan 1.8kg ayam jumbo)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga-(Ayu gunakan 6)
10 bunga cengkih-(Ayu gunakan 8 biji)
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar-(Ayu masukkan akhir bersama ayam)
4 biji kentang kecil – kupas & rebus -(Ayu masaukkan akhir bersama ayam)
½ cawan susu (optional)-(Ayu gunakan )
Saffron & pewarna kuning-(Ayu just gunakan pewarna oren)
Hiasan Bawang goreng Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci -(Ayu gunakan cili padi sedikit)
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)-(Ayu gunakan 1.8kg ayam jumbo)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga-(Ayu gunakan 6)
10 bunga cengkih-(Ayu gunakan 8 biji)
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar-(Ayu masukkan akhir bersama ayam)
4 biji kentang kecil – kupas & rebus -(Ayu masaukkan akhir bersama ayam)
½ cawan susu (optional)-(Ayu gunakan )
Saffron & pewarna kuning-(Ayu just gunakan pewarna oren)
Hiasan Bawang goreng Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci -(Ayu gunakan cili padi sedikit)
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
Panaskan
minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta
bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab
suka wangian nya.
Masukkan
ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja
jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging
supaya daging empuk.
Satukan
yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil
dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar
berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula.
Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.-(Ayu masak nasi macam biasa aje, lepas tu baru titiskan pewarna, dan sendukkan kuah ayam sahaja gaul perlahan2.)
Penyediaan Beriani:
Penyediaan Beriani:
Di
dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu
secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan
saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakkan
telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong
dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun
mint yang dihiris.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam
Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.
10 comments:
As salam Ayu.
Cantik cantiknya gambar menyebabkan terus menelan air liur. Gulp gulp.
Allah...sedapnya...dahla tengah training ni...TQ for sharing...:)
Salam kak Ayu..
Menariknya kak! mesti lazat tak terkata tu...
Azie - walkslm, terimakasih kak azie, ..for shraing this recipe..memang sedap nasi beriani pakistan ni..:)
Ibu Fahim - thank you juga sudi singgah ya ..:)
Madiha - walkslm, alhamdullilah ratna..sedap ni..bila2 bolehlah cuba ya..:)
Assalamulaikum sis i memang suka yr blog n yr resepi. Today i masak beryani pakistan ni tapi bab bawang puteh ni i tak faham. Bahan2 nue bawang puteh 2 aje tapi bila time masak ade bawang puteh blend. Mcm mana eh?
Ismaria-walkslm, oh ya ke terimakasihlah suka blog akak yg tak seberapa ni ...
Dalam bahan2 tu stated 2 labu bawang putih (bukan 2 ulas ya)... hehe.. Ditumbuk atau di kisar...so bahagikan 2 satu untuk perapan ayam & satu lagi untuk masak kuahnya. 1 labu bawang putih Ada anggaran 10 ulas..
Harap ismaria dah dah faham ya..apa2pun terimakasih ya ismaria kerana Sudi mencuba...;)
Saya dah buat hari ni..alhamdulillah sedap
Saya dah buat hari ni..alhamdulillah sedap
Post a Comment