Friday, September 12, 2014

Nasi Beriani Pakistan

Assalam,ketika post ini dipublish,..kita sekeluarga berada di Airport. Oh tidak, kita tak kemana mana..cuma hantar Hasif off aje kerana dia akan mengikuti 'Overseas Immersion Programme' di Chengdu, Sichuan, China selama sebulan..alahai..anak bujang kita ni..walaupun dia pergi dengan anjuran Polytechnicnya..still kita risau juga...biasalah tak pernah berpisah begitu lama..the most dulu dia pergi Shanghai 10 hari aje..ni lama pada kita...huhu...
Semuga Hasif pandai2lah jaga diri, stay safe ...mama disini sentiasa doakan Hasif ya..

Walau bagaimana pun, kita nak update juga blog kesayangan hamba ni...hehe..
Masak Nasi Beriani Pakistan ni beberapa bulan yang lalu...Kita dah lupa macam mana pulak kita boleh jumpa recipe ni kat dapur kak Azie, mungkin sebab kita click, sana click sini itu yang ditemukan jodoh dengan recipe ni....bila puan punya recipe kata sedapp nasi beriani ni ...kita pun termakan godaannya..hehehe..So cepat2 masak nasi beriani Pakistan sebab kebetulan kita memang tengah cari recipe nasi berperisa waktu tu..
Verdict memang sedapp..in fact sikit lebih kurang macam rasa Nasi Beriani Ayam Hyderabad yang kita pernah masak sebelum ni..
Part sos yogurt & salad tu kita tak buat..kita just buat acar nenas timun aje..Telur ayam kita gantikan dengan telur burung, sebab stok pun waktu tu telur burung aje yang ada...(kalau telur lain tak boleh makan pulak kan..wakakaka...hehee dirty auntie)...

OK, kalau nak cuba silakan lah ya..Terimakasih buat kak Azie for sharing this recipe..izinkan kita masukkan dalam blog ni untuk future reference dan untuk dipanjang2kan recipe ini kepada teman2 yang lain..


Nasi Beriani Pakistan
Sources: Azie Kitchen 
Tried & Tested:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)   
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)-(Ayu gunakan 1.8kg ayam jumbo)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis  
8 buah pelaga-(Ayu gunakan 6)  
10 bunga cengkih-(Ayu gunakan 8 biji)
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis  
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)  
2 labu bawang putih – tumbuk  
3 inci halia – tumbuk  
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave  
Minyak olive  
4 biji telur – rebus, kupas & kelar-(Ayu masukkan akhir bersama ayam)  
4 biji kentang kecil – kupas & rebus -(Ayu masaukkan akhir bersama ayam)
 ½ cawan susu (optional)-(Ayu gunakan )
Saffron & pewarna kuning-(Ayu just gunakan pewarna oren)
Hiasan Bawang goreng Daun ketumbar – hiris  
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci -(Ayu gunakan cili padi sedikit)
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
 

Penyediaan Ayam: 
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.-(Ayu masak nasi macam biasa aje, lepas tu baru titiskan pewarna, dan sendukkan kuah ayam sahaja gaul perlahan2.)

Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.

Salad  
Lettuce Tomato Bawang besar Timun – buang biji Green bell pepper Garam & gula Minyak olive Perahan lemon Daun ketumbar Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
  
Sos Yoghurt  
Yoghurt Bawang besar – potong bulat Daun ketumbar - hiris halus Garam Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.
 

10 comments:

Azie said...

As salam Ayu.
Cantik cantiknya gambar menyebabkan terus menelan air liur. Gulp gulp.

Ibu Fahim said...

Allah...sedapnya...dahla tengah training ni...TQ for sharing...:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam kak Ayu..

Menariknya kak! mesti lazat tak terkata tu...

Ayu said...

Azie - walkslm, terimakasih kak azie, ..for shraing this recipe..memang sedap nasi beriani pakistan ni..:)

Ayu said...

Ibu Fahim - thank you juga sudi singgah ya ..:)

Ayu said...

Madiha - walkslm, alhamdullilah ratna..sedap ni..bila2 bolehlah cuba ya..:)

Unknown said...

Assalamulaikum sis i memang suka yr blog n yr resepi. Today i masak beryani pakistan ni tapi bab bawang puteh ni i tak faham. Bahan2 nue bawang puteh 2 aje tapi bila time masak ade bawang puteh blend. Mcm mana eh?

Ayu said...

Ismaria-walkslm, oh ya ke terimakasihlah suka blog akak yg tak seberapa ni ...
Dalam bahan2 tu stated 2 labu bawang putih (bukan 2 ulas ya)... hehe.. Ditumbuk atau di kisar...so bahagikan 2 satu untuk perapan ayam & satu lagi untuk masak kuahnya. 1 labu bawang putih Ada anggaran 10 ulas..
Harap ismaria dah dah faham ya..apa2pun terimakasih ya ismaria kerana Sudi mencuba...;)

Asliza Abdullah said...

Saya dah buat hari ni..alhamdulillah sedap

Asliza Abdullah said...

Saya dah buat hari ni..alhamdulillah sedap