Assalam, kita dah jatuh cinta dengan kuih bakar daging ni...memang kena dengan selera kita & family...dah 2 kali buat..memang berbaloi & muai.. sebelum ni kita buat guna acuan kecil ..then cuma buat 1/2 adunan aje...this time guna acuan pecah 8 ni pula untuk dibawa ke majlis tahlil kali ni buat satu adunan dibawah tu.....recipe dari dapur Kak Jee. terimakasih kak Jee for sharing this recipe its definitely a keeper..minta dihalalkan ya..:)
Kalau dilihat telur yang digunakan memang banyak ..tapi disebabkan telur yg banyak tulah kuih ni sedappp..Memang makan satu keping ni puas & imagine kalau beli...HALALL u.. ..uish..terkenang2 pula bila menaip ni..rasa nak cekup aje satu...hehehe....
Kuih Bakar Daging
Sources:- KakJee @Dapur Kak Jee
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfcation
BAHAN2NYA:
250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Sedikit halia kisar-(Ayu tambah untuk menghilangkan bau hamis daging)
Garam/aji secukup rasa
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang + daun sup
Bawang goreng secukupnya(Ayu tambah)
2 biji cili merah dihiris
Minyak sapi/margerin
CARA MEMBUATNYA:
Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee
guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong
kecik2 je.(Ayu guna daging cincang) Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang
telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah
dan goreng sampai wangi. Masukkan daging,halia kisar dan masaklah sampai kering.
Sejukkan.
Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan
kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak
halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya
halus. Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan
banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa. Panaskan
oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab
bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas
dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila
minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi
hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan.(Ayu tutup acuan tu sekejap) Biar kira2 satu minit, pastu
sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula
dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak
garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan
bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan
keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos
cili. Sedap tau. (Ayu makan gitu aje pun dah sedap)Selamat mencuba.
Note for Ayu:- 5 Senduk adunan for 1 acuan…dapat lapan keping
14 comments:
Salam kak..resepi kak jee ni mmg sdp kn,liza pun suka..tp nk buat tu yg malas,hihihi
hmmm kuih bakar ni favourite abg kita yang nombor dua...
tapi susah nak dapat.. sesekali jer jumpa
Assalamualaikum...
Lama tak transit Singapore.. apa khabarnya orang Temasik....tumpang jamu mata kuih bakar daging ye..
Liza
Walkslm, memang sedapkan Liza...liza pun dah cuba ya...
Telah makannya sedap...nak buat yang kena extra tenaga sikit..hehehe
Rosdi
Assalam Rosdi...ni dah ada recipe cubalah...
Sedap tau...sihat ke tu...dah lama tak dengar khabar...;)
Amie
Walkslm, org Sabah... Org temasek sihat2 selalu..begitu juga diharapkan org disana...
Mehlah jamu sekali ..jamu mata tak kenyang...hehehe....
Insya Allah, kalau ada masa mesti cuba...
Assalamualaikum kak, kita xprnah mkn rsanya kuih bakar berlauk, jakun sungguh kan..yg tahu kuih cara tu berlauk tu..
Kak Ayu,
kelihatan enak sekali kuih bakar daging ini, saya belum pernah coba makan ini kak, jadi terliur he he he..
Rosdi
insyaallah….:]
Maz
walkslm, lebih kurang aje maz..kuih bakar daging ni dgn kuih cara berlauk..
tapi pada akak yg ni lebih lemak dan sedap..whereelse kuih cara dia macam kenyal2 gitu..
Monica
sedap pada akak ni Monica,
kena coba baru tahu kesedapannya..hehehe
Assalamualaikum....
Antara favorit kuih ni...
Buat tak reti beli je...
ada di jual di Masjid Tanah , Melaka
( gerai-gerai sebelah stesen Petronas )
baca resepi ni .. Xde bawang besar dalam adunan tepong....
tapi yg saya beli ada bawang dalam adunan tepong , tu yg buat nya manis-manis bawang.
Sekadar kongsi citrasa.
Arani
walkslm, wow..pasti lagi sedap tu..ada bawang besar dalam tepung..tak pernah
pula merasa versi tu..manis22 bawang tulah yang sedap kan...:)
Post a Comment