sebab takut the next day pagi tak sempat nak masak...yalah ingat plan pagi just adun the lempeng batter & goreng serta serve it hot...
Percaya tak dulu kita kecil2 kita tak suka makan lempeng..maybe the way it was prepared or the taste tak kena dengan my tekak...Tapi semenjak dah tua & as usual ada blog..kita tends to try things out & this is the best lempeng I ever ate!..
The lempeng turns out to be soft & sedap..maybe juga kita guna 'crepe spreader' to 'level' the lempeng, which at the end... the lempeng semuanya sekata aje ketebalannya...and at the same time made the lempeng lembut, sebab tak tebal..!..
Mr Hubby came back for more, my dad too..my mum, asked whats the ingredients used..Ah!..kalau my mum tanya apa bahan2nya..itu tandanya dia sukalah tu..tapi still tak nak puji anak dia...uish sebab pujian dia mahal ..hehehe...
Terimakasih buat CheMat, kerana berkongsi recipe lempeng yang marvelous ni..akak minta izin dipanjang2kan disini pula ya...memang boleh dibuat lempeng warisan ni..:)
Sambal Tumis kat bawah tu pula, adalah my version..tambah cili padi, lebihkan bawang dan suka pedas2 sikit..then tak suka manis sangat so kita letak 1 sudu besar gula aje, sebab bawang kita guna banyak so dah manis bawanglah pada kita...tapi kalau suka manis lagi bolehlah tambah gula tu ya...
Lempeng Pekak Bawang Tabur
Sources:-CMG@DapurTanpa Sempadan
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-) (Ayu buat 2 adunan dibawah dapat dalam 14 keping kalau guna kuali leper 9")
2 cawan tepung gandum
3 cawan air (kurang lebih)
3/4 camca teh baking powder
1 biji telur, dipukul sedikit
4 biji bawang merah, hiris halus
Garam secukup rasa
Sos pilihan anda sebagai pencicah (atau kuah kari, kuah asam pedas dan sebagainya)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam satu bekas, masukkan tepung, baking powder dan telur, kacau, kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tidak bergentel2. Tambah garam secukup rasa, kacau lagi,(Ayu blender semuanya).Kemudian tapis. Ketepikan.
- Lenser sedikit minyak dalam non-stick pan. Tuang adunan lempeng (kurang lebih 1/3 cawan, bergantung pada saiz pan yang anda guna), rata dan tak tabur bawang hiris rata2 atasnya (yang ni anda agak2 lah yea) Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
- Oleskan sedikit mintak pada permukaan lempeng dan terbalikkan. Masak hingga kuning kemasan dan bawang lembut. Angka dan ketepikan. Buat keadah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sos kegemaran anda atau bahan pencicah yang anda suka.
Terlupa nak ambil gambar just the sambal tumis...this is the nearest close up...aduiii...
Sambal Tumis Ikan Bilis My Style
Tried & Tested;-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:
1 mangkuk ikan bilis, dibasuh, tos & goreng hingga garing ketepikan
10 biji cili padi*
3 biji bawang putih*
3 biji bawang besar*
Sejemput ikan bilis*
Secubit belacan*
(Bahan kisar*)
3-4 sudu besar cili kisar
3 biji bawang besar dihiris nipis
1 sudu besar pes asam jawa
Sedikit air
1 sudu besar gula
Garam & aji
Cara:
Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan bahan2 kisar tumis lagi hingga garing. Masukkan bawang besar hiris. Biarkan hingga layu. Masukkan sedikit air . Masukkan gula, pes asam, sedikit garam (jangan banyak sebab ikan bilis dah masin) & aji. Kacau rata. Adjust mana yg perlu tambah. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Gaul rata. Siap untuk dihidang.
6 comments:
Assalam kak ayu..
Sedapnya negok lempeng pekak tu...pekak pun nampk cun sey heheee..
Rasa cam sesuai la lempeng ni mkn ngan Sambal Hitam Tomato...kalau ada kerajinan buleh la buat lempeng..sambal ada stok tu
Assalamualaikum kak,
kita lak terliur tgk sambal tu, maklum la duk diet ni xbleh mkn nasi..sdpnya klu dpt nga nasi pnas2..
Lina
walkslm, hahaha pekak2 pun sedap ni..
aah boleh lah colek dgn sambal hitam tomato tukan..
post sini sikit ya nanti..hehe
Maz
walklsm, wah on diet ya Maz..akak punya diet dah lama
entah kemana..sampai dah tak kuasa nak diet..lantak ler..gemok pun gemok ler..hehe
Kak Ayu, nampak selera melihat lempeng dan sambal ikan bilis ini, pokoknya lihat sambal merah begini saya langsung terliur, he he he...
kalau buat lempeng ini memang bagus pakai kuali leper dan crepe spreader ya kak...
Monica
heheh..suka sambal merah2 ya..samalah macam akak..suka makan sambal..
buat lempeng ni kalau tak pakai creape spreader pun boleh juga..cuma kalau pakai spreader tu dia sama level tak tebal sangat...sekata aje ketebalannya...:)
Post a Comment