Assalam, semasa berhibinasi kemarin..kita ada ..ternampak di salah satu wall teman didalam satu grup masakan ..terpanggil untuk mencuba nasi ganja ni..namanya aje membuat kita teruja gitu, adakah dibubuh ganja didalam nya?hehehe oh tidak ya.....surf the net apa jenis nasi ni?..Puas mencari tapi tak ada info yang kita dapat..cuma yang kita faham nasi ganja ni macam nasi kandar tapi famous di Perak or maybe Perlis? Disebabkan kesedapannya people came back for more dan mungkin kerana itu mereka panggil nasi ganja kerana ketagihan memakan nasi ini..heheh..
Lauk2nya pula sama lebih kurang macam nasi kandar kot?..Entahlah ya..anyway..terimakasih buat puan punya recipe ni...kita panjang2kan disini pula..into my collection of variasi nasi berperisa diblog kesayangan hamba ni..hehe (peace no war!)
Kita gandingkan dengan sambal tumis telur burung, kari sotong, kobis goreng ala mamak & ayam goreng nasi ganja ...sedapp..
Nasi Ganja
Sources:-Ida Shahida
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
4 cawan beras (atau ikut sukatan beras anda seharian)
(kalau guna beras basmathi, 3 cawan beras + 41/2 cawan air)
*4 ulas bawang putih
*8 ulas bawang merah
*3 kulit kayu manis
*3 bunga lawang
*5 biji pelaga
*3 biji cengkih
*rempah sup adabi 1 bungkus kecil(serbuk)-(Ayu gunakan 3 sudu besar rempah sup house brand)
6 sudu besar cili sos
2 sudu besar minyak sapi
minyak masak sedikit
4 titis pewarna kuning telur
garam & serbuk perasa
Cara:-
Tumis bahan2 yang bertanda* dengan sedikit minyak. Campur 2 sudu besar minyak sapi.
Bila siap tumis, masukkan air. Didihkan dan masukkan beras serta titiskan pewarna kuning. kacau rata dan masukkan cili sos, garam, serbuk perasa.Masak macam biasa.
Sedap dimakan dengan sambal ayam/daging/masak merah/masak hitam & dalca.
Ayam Goreng Nasi Ganja
Sources:-Ida Shahida
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
1 ekor ayam dipotong ikut suka
2 sudu besar serbuk kunyit
2 bungkus rempah kari ayam(kalau nak satu pun boleh)-(Ayu guna 2 sudu besar )
1 sudu besar serbuk ketumbar(jika suka)
1 sudu kecil jintan manis(jika suka)
sedikit garam & gula
3 tangkai daun kari dimayang
Bahan kisar:-
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
Campur semua bahan kedalam mangkuk besar. Pastikan aduanan kental dan dapat menyalut isi isi ayam dengan sempurna.
6 comments:
Salam Kak Ayu...
wah saya kira benar pakai ganja nasinya, ha ha ha...ternyata karena terlalu enak jadi buat ketagihan ya
sedap betul kayaknya nasi ini kak, apalagi dengan menu tambahan beraneka ragam seperti yang kak Ayu buat, pagi-pagi sudah terliur, ahai..
Tapi Ayu, bila makan nasi ni stone ke tidak? hehe ..
Assalam kak ayu..nampak sungguh menyelerakan set nasi ganja tu..
Dah lama berangan2 nk buat..tp masih x terbuat lagi..
Sekali tgk mcm nasi beriani plak rupa parasnya tu...
Monica
walkslm, hahaha...aduh kalau dibubuh ganja..habislah blog kak ayu ni
bongkar polis..heheh...kerana namanyalah kak ayu teruja mahu mencuba...
boleh tahan sedap ...:)
Rosdi
hahaha...yes stone...
stone kekenyangan adalah...hahaha
Lina
walkslm, aah rupanya macam nasi beriani..
tapi memang terasa kelainannya tu bila diganding dengan lauk2 ala mamak..heheh
Post a Comment