Sambal Goreng Kecambah..rasanya orang lama2 yang tahu tentang masakan ni...kita ni nak kata orang lama tak juga nak kata orang baru pun tidak juga..I am in between..hehehe..
My mum dulu2 pernah juga masak guna bahan 'kecambah' ni...tapi kita tak ambil pusing pun... disebabkan dah ada blog ni..cubalah juga buat & experiment...kecambah ni adalah kacang hijau yang direndam semalaman dalam air.. then ada sedikit 'akar' akan keluar dari kacang hijau tu...selepas tu kulitnya dibuang ..isi kacang hijau tu digoreng garing..rasanya lemak2 kacang hijau..sedap..
Menu ni pun dah lama kita buat.....huhu..disebabkan I misplaced the recipe..baru ni terjumpa...sabor ajelah kan...maklum ler..bila masak tu buka buku ...lepas masak terus campak mana2...anyway layankan ajelah ya..:)
Sambal Goreng Kecambah
Source:- Jumi Maslam
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
300g kacang hijau-(direndam semalaman hingga jadi kecambah)
2 keping tempeh -dihiris nipis
200g udang basah- (Ayu guna 15 ekor)
Bahan dihiris:-
4 biji bawang besar-(Ayu guna 3 biji aje)
3 biji bawang putih
4 biji cili merah
3 biji cili hijau
20g ikan bilis (dibelah)
Bahan dikisar:-
2 sudu makan cili kisar
2 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
sedikit belacan
1/2 cawan air asam
11/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara:-
Kacang hijau direndam satu malam, buangkan kulit luarnya dan ambil kacangnya saja.
Panaskan minya, goreng tempeh, udang, kacang hijau, satu persatu dan ketepikan.
Dikuali itu juga dikurangkan minyak dan tinggalkan sedikit buat menumis.
Tumis bahan2 hiris hingga garing. Masukkan cili kisar dan bahan kisar. Tumis lagi hingga garing, baru perahkan air asam dan belacan, bubuh garam & gula.Masak hingga pekat dan kering.Baru masukkan bahan2 yang digoreng tadi.
7 comments:
Assalam kak ayu..klasik tul resepi ni..
Ingatkan apa la tadi kecambah, rupanya tauge..
Hidangan ringkas tp menyelerakan tu kak ayu..mau bertambah nasi camni hehee
Interesting ... First time dengar org masak ni kak ayu ;)
lina
walkslm, aah lina..klasik kan..actually recipenya ada ejaannya ikut ejaan lama..
then cili kisar tu akak dah tukar dari cili giling...heheh..sekarang mana ada org nak giling cili kan..semua pakar blender aje,...hehe
cik ain
tulah ain..masakkan org lama ni..
tu yang akak nak cuba.. at the same time..educate the young about
kecambah ni..heheh
baru lihat ada resep begini kak, baru saya tahu...penasaran dengan rasanya..
Monica
tulah Monica, akak rasa ini lauk orang dulu2 suka masak..
anak2 sekarang kurang tahu tentang lauk sebegini..:)
Lovvely blog you have here
Post a Comment