Thursday, May 12, 2016

Nasi Beriani Johor & Ayam Beriani


Nasi beriani Johor ni..kita masak dah lama juga..teringin nak makan nasi berperisa beriani tapi macam biasa nak cuba recipe baru..so terjumpa recipe ni..Recipe ni kita adjust ikut selera, sukatan & cara kita ...Ayah kita puji sedapp..anak2 macam biasa suka nasi macam gini..pada kita rasa macam nasi tomato pun ada..sebab bahan tu ada guna tomato puree & tomato biji..mungkin next time kita boleh tambah lagi 1/2 -1  sudu besar rempah berianinya..baru terasa keberaniannya...hehe...apa2 pun nasi ni sedapp & kena pulak dengan ayam beriani tu...

Hujung minggu ni ada sibuk sikit..maklum ler sekarangkan dah musim orang buat tahlil & bacaan doa selamat...tengah terfikir2 apa yang nak kita bawa buah tangan nanti...ermm..
Hasif pula akan ke Brunei selama 3 minggu untuk menjalani latihan 'jungle course'nya disana..semuga dipermudahkan segala urusan anakanda & kita semua...Insyaallah...

Nasi Beriani Johor 
Adapted from Beriani Johor
Sources:- Mariam Yusof
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2:-
61/2 cawan beras basmathi
6 cawan air + 1 cawan susu + 1 cawan untuk blender
1 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar tomato puree
1 biji tomato dipotong dadu
2 inci halia*
3 batang cili hijau*
1/2 cawan daun pudina*
6 biji bawang putih*
2 biji bawang besar*
(Bahan dikisar*)

sepokok daun ketumbar dipotong 1 "
segenggam kismis/biji gajus(digoreng)
5 biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
2 bunga lawang
1 sudu besar gula
2 sudu besar minyak sapi
2 senduk minyak masak
sedikit pewarna kuning
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
bawang goreng secukupnya

Cara:-
Bawang, bawang putih, daun pudina, lada hijau & halia dikisar dengan 1 cawan air.
Masukkan rempah beriani kedalam bahan yang dimesin tadi. Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit. Kemudian toskan.
Panaskan minyak sapi & minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis, cengkeh, lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuhkan tadi serta tomato puree.
Biarkan mendidih.  Biar kering dan kecilkan apinya.(kalau menggunakan api gas). 
Didalam periuk nasi electrik masukkan air, susu, bawang goreng & tomato dadu serta beras. Masukkan juga bahan2 yang telah ditumis tadi . Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa. 
Biarkan nasi masak macam biasa.Selepas nasi masak letakkan sedikit pewarna kuning dicelah2 nasi sambil mengacaunya pelahan2. Taburkan daun ketumbar, daun sup bawang, bawang goreng & gajus Nasi yang dihidangkan ditaburkan dengan daun bawang/sup dan bawang goreng




Ayam Beriani
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan untuk Ayam Beriani:-
2 ekor ayam dipotong ikuit suka
7 sudu besar rempah biryani
2inci  halia dikisar
6 bawang putih dikisar
3 biji bawang besar dihiris
4 biji cili padi
5 batang lada hijau dihiris 1/2 inci
5 batang lada merah dihiris 1/2 inci
segenggam daun pudina 
segenggam daun ketumbar
4 sudu besar tomato puri
1 biji limau nipis diambil airnya
125g bawang goreng
segenggam badam direbus dibuang kulit dan kisar
segenggam gajus digoreng
100g kismis
5 sudu besar minyak sapi
2 biji tomato biji dihiris halus 
200g tairu
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
garam & perasa secukup rasa

air secukupnya

Cara Memasak Daging beriani:-
Panaskan minyak. Tumis bawang, cengkih, pelaga dan kayu manis. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan halia dan bawang putih serta bawang hiris. Masak sebentar.
Masukkan Ayam dan rempah, tomato, lada merah dan hijau. Masak hingga separuh masak.
Kemudian, masukkan tomato puri, tairu, badam kisar, kismis, daun pudina, daun ketumbar dan garam secukup rasa. Masak sehingga sempurna.

 Akhir sekali masukkan air limau nipis, bawang goreng, gajus goreng dan kacau sehingga rata. Kecilkan api. Biarkan hingga keluar minyak.Taburkan daun ketumbar serta bawang goreng.

14 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam kak ayu..
Bila baca resepi tu dah terbayang2 aroma dan keenakan gandingan ns+ayam beriani ni..

Nak tanya
[6 cawan air + 1 cawan susu + 1 cawan untuk blender]
1 cawan apa yg teringgal tu untuk blender?

Cewah tanya ye ye cam nk buat ari ni jugak hehee..

Monica Rampo said...

sedapnya....alamak, belum makan lihat menu begini di dapur kak Ayu, jadi lapar
ahai saya belum mampu buat nasi beriani sendiri kak, kalau mau makan tinggal beli he he he...

FooDrool said...

I like your delicious and testy ideas of food, thanks for sharing such useful information about both vegetarian and non-vegetarian food.
Online food order

Ayu said...

Lina
walkslm, aroma nasi beriani memang wangi aje satu rumah..hehe
1 cawan untuk blender tu ..untuk bahan kisar..(maksudnya, guna 1 cawan air tu + bahan2 yang harus dikisar..)
tak apa..bila2 boleh buat kan Lina..hehehe

Ayu said...

Monica
alamak..belum makan?..kesiannya...
ala Monicakan boleh..akak pun dulu lagi tak tahu masak tau..
ada recipe ikut stepsnya..satu satu lama2 ok dah..
yalah lagi pun Monica bertiga aje..
akak dirumah ada 7 orang..kalau beli ya mau bengkok duitnya...hahaha

Ayu said...

FooDrool
Thank you for the compliments & dropping by..:)

Amie said...

Enak2 betul sajian orang Temasek ni ye.... mmmmm....pejam mata sambil membayangkan aroma nasi briyani dengan lauknya!

Ayu said...

Amie
alahai Amie...biasa2 aje..saja nak cuba recipe baru..
terus terang kita kata..bila masa berhibinasi tahun lalu..tak banyak recipe yang kita cuba sebab masak lauk2 yang sama..sebab tak ada niat pun nak update blog..
tapi ni dah active balik itu yang bersemangat cuba recipe baru..heheh..boleh gitu..:)

maz said...

Assalamualaikum kak..
npak meriah set nsi beryani kak tu, kita suka msak nasi jenis 1 lauk gini..senang keje..kihkihh..
kita pun ada biryani udang dlm folder tu, peram dlu..

Ayu said...

Maz
Walkslm...hehehe...betul tu maz..lauk 1 jenis gini senang kerja..
Sekejap dah siap...& tak payah stay lama2 kat dapur...hehehe..
Beriani udang..sedappppnya...

Unknown said...

adus sedapnya nampak nasi dan ayam beriani Ayu
macam nak buat skrag jugak
tapi itulah kena tunggu cukup bahan baru lah
dapat praktikkan menu Ayu ni

Ayu said...

Alahai kak noor..tak apalah nanti dah cukup bahan & balik Brunei boleh dicuba...recipe dah ada ni bila2 boleh buat...
Lama tak sembang2 dgn kak noor...harap kak noor sihat..;)

FADILLAH KASSIM said...

Klu masak nasi baryani ni mmg dpt compliment...
mcm Ayu...sbb nak rase baryaninyer lebih so akak omit tomatonyer...mkn gitu pun sdpkan nasinya....

Ayu said...

Fadillah Kassim
aah sis..kalau masak nasi beriani normally will dapat compliment..hehehe
tulah mayb next time kena kurangkan tomato tu kan..
aah makan gitu pun dah sedap..tapi sekarang kita makan nasi pun bercatu!..huhu