Thursday, September 23, 2010

Mentarang Tumis Pedas

This was also one of the dishes during Ramadan...saw this dari dapur Madiha..,it  was my first time masak and makan mentarang. In English they called it 'Duck Mouth Clam', sebab rupanya macam muncung itik..hehe..ternampak kat dapur Madiha dah lama, then when I went for my groceries marketing, saw this kat Sheng Siong supermarket, terus beli sebab mentarang ni jarang2 ada...

Balik cuba recipe yang dikongsi dari dapur Madiha..I thought my parents & hubby mungkin tak suka makan ni, sebab like siput gong gong my hubby tak suka, & siput buluh pulak my mum tak suka....My dad, pulak semua dia makan, tapi tak boleh makan banyak....so I makanlah sorang2 for dinner and tinggalkan about 5 ketul, maklumlah mentarang ni, 1kg berapa ketul aje, sebab kulitnya aje besar...then Mr Hubby tried, dia cakap sedap lah pulak, then my mum, pun cakap sedap, sebab isinya lembut gitu...hahaha..dah tinggal 5 ketul pandai2lah bagi2kan...
Next day, my mum pergi cari lagi mentarang ni!!!!..haha..nasib baik ada, so masak lagilah recipe ni..hehehe..
Thanks ya Madiha, kita put up the recipenya di sini ya...

Bahan2
1 kg mentarang ~ dicuci bersih2 kulitnya (jika perlu guna berus yg sesuai), rendam & tos beberapa kali utk buang lumpurnya
1 helai daun kunyit ~ disiat2 (boleh ganti dengan beberapa helai daun limau purut)
2 batang serai ~ di ketuk
minyak masak secukupnya
1 s/b sos nampla (sos ikan)
2 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
2 s/b kicap cair
1 s/k gula
garam & aji secukup rasa
1 s/k asam jawa ~ diramas dengan air kat bwh tu
1 ~ 2 cawan air (bergantung keperluan)

Bahan2 Kisar

1 biji bwg besar
3 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
2 batang serai ~ dihiris dulu
10 biji cili kering ~ potong2 & rebus kejap
6 biji cili padi -(Ayu ketuk aje)

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar & serai yg diketuk. Tumis hingga garing & wangi.
2. Masukkan segala jenis sos & air asam jawa. Biar mendidih kejap.
3. Masukkan mentarang & daun kunyit. Kacau2 biar sebati. Masukkan gula, perasa & garam (rasa dulu takut termasin coz dlm sos pun ada garam).
4. Kacau2 biar kuah agak pekat bolehlah matikan api & hidang panas2
Sources:-From mamawandiha.blogspot.com

5 comments:

ilahjy said...

salammmmm adik cyg
wah jodoh kita ni
kak suka makan mentarang ni tgok tak dlm dapo akak beberapa bln lps ada akak tunjuk..setelah belas thn tak mkn.. hehe anak2 kak semua suka..

fara dean said...

salam kak ayu..
kalau akak pi area kuala selangor hingga tanjung karang..mmg banyak jual mentarang ni..tp sy tak penah cuba mkn

PearlnScarf said...

saya punx pernah makan mentarang

Ayu said...

ilahj - waslklmmmmm, aahlah sedapppp lah pulak mentarang..ooh akak ada post entry ya?..tak perasan lah pulak kak..susah betul nak jumpa menda alah ni kan kak...

faradean - walkslm, alahai fara, bilalah boleh sampai kesana tuuu..heheh...cubalah fara, sedap tau..

pearlnscarf - kalau fiza suka seafood yg jenis gini, mesti fiza suka makan ni...cubalah fiza, sedap..

3AS said...

Salam,
Mentarang ni kalau steam gitu je or rebus dgn air sikit je pun sedap..manis.. Kalau I ke sekinchan rumah BIL byk org jual tepi jln. Tp kat Penang ni susah cari...