Wednesday, December 01, 2010

Ayam Masak Kunyit

Salam, ayam masak  kunyit ni dah lupa bila kita masak..heheh..maklumlah..kita masak lepas tu ambil gambar lepas tu all line up queuing to be posted...bayangkan ada lagi menu yang dibuat time bulan puasa masih lagi belum masuk entry..hehe..well tak apalah kan..asal ada gambar, recipe and posting..bila lauk or menu tu dimasak not important..kan..kan..kan...

Anyway, lauk ni memang sesuai pada yang tak makan pedas..sebab tak pedas..hehe...anak2 semua suka dan boleh makan dan nak masaknya pun senang..Cubalah..

 Ingredients:-
1 ekor ayam(potong ikut suka)-(Ayu cuci dengan jus limau baru ditambah kunyit & garam)
2 batang serai-diketuk
1 sudu besar cili kisar atau 4 biji cili hidup kisar bersama bawang
1-2 sudu besar kunyit serbuk
2 keping kecil asam gelugur
kentang (optional)
garam, perasa & gula secukupnya
air secukupnya
minyak masak

*2 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
*2 potong halia sebesar ibu jari
(*bahan2 kisar)

Method:-
Ayam yang telah dipotong, buang kulit dan dicuci, gaul dengan sedikit kunyit dan garam. Ketepikan. Panaskan minyak masak, tumis serai sehingga naik bau. Kemudian tumiskan bahan kisar* sehingga keluar minyak. Masukkan cili kisar atau hidup, gaul rata. Masukkan ayam dan gaul lagi. Kemudian masukkan air ikut suka, jika ingin masakkan ini berkuah banyak atau sederhana terpulang banyak airnya, yang penting ayam masak dan kuah keluar minyak. Jangan lupa masukkan asam dan bahan perasa. Anak2 pasti suka sebab masakan ayam kunyit tak pedas. Kalau tambah ubi kentang pun boleh, masukkan kentang bila ayam separuh masak. Sedap dimakan bersama sambal belacan .
Sources:-resepi.mesra.net

4 comments:

MamaFaMi said...

Ya Allah, kalau lah boleh ku seluk tangan kot screen ni, dah lama dah gambar lauk ni tinggal mangkuk je. Baik kan mama, amek lauk je, mangkuk tak ambil! Hehehe...

fuzidss said...

salam..sempoi ni kak, saya masak malam ni ya.. mohon izin thanks

Mak Peah Bini Sood said...

hailah Ayu ada gambar kita dah terbuang pun dari dlm kamera...hahahahahhaha carik punya carik dah boh liao lhorr...takpe janji kita update kan?...

Ayu said...

mamafami - hahaha..mama ni sekali2 bersuara, gelak kita dibuat nya..haha..macam david copperfield pulak ya ma..ahhahaha

fuzidss - walkslm, silakan fuzidss..thanks for sudi try..

mak peah - hahaha..kita pulak dah ambik gambar, upload terus tapi lepas tu kena browse satu2 untuk edit..betul tu janji update kan gee..hehe