Tuesday, May 17, 2011

Nasi Ketumbar & Rendang Ayam Bandar

Assalam teman2..recipe nasi ketumbar yang kita masukkan hari Khamis yang lalu, dengan rendang ayam bandar telah ghaib entah kemana diangkasa...ini termasuk comment2 nya sekali dan beberapa comments kat roselle juice sebelum itu...Adalah difahamkan hari Jumaat yang lalu blogger.com ada mengalami sedikit masaalah technical dan mostly bloggers tak boleh update, access dan baca comments..diblog masing2 dan diblog2 yang lain...atas dasar itu, dengan tidak disengajakan..hari Jumaat yang lalu adalah public holiday untuk semua bloggers!!!..heheh..

Disebabkan entry yang telah hilang itu..kita masukkan lagi nasi ketumbar dengan rendang ayam kita ni ya..nak repeat balik pun kita dah lupa apa yang kita type hari tu..cuma nak bilang, set nasi ketumbar ni ingat nak buat acar timun to go along with it..tapi pasal dah tak sempat, sebab my dad dah kelam kabut nak berangkat ke solat jumaat dan nak makan nasi sebelum keluar..then lepas tu malas pulak nak buat..so ..kita potong ajelah timun dan hiriskan cili..hehehe..

Nasi Ketumbar
Sources:-From Q'ein@myresipi.com
 Bahan2-(7 orang)
  • 500g beras
  • 3 s/b mentega-(Ayu guankan minyak sapi)
  • sedikit minyak
  • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)
  • sedikit garam
  • pewarna hijau
  • 1 kiub ayam

Cara-cara

  1. basuh beras dan toskan
  2. cairkan mentega bersama sedikit minyak
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
  6. bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
  7. tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

*************************************

Rendang Ayam Kampung(Bandar)
Sources:-From matgebu@myresipi.com
Bahan--(7 orang)

  • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
  • 1 biji kelapa, diparut-(Ayu gunakan 300 ml santan pekat)
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 2 asam keping 
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
  • 3 camca besar cili kisar-(Ayu gunakan 21/2 sudu besar)
  • 4 camca besar kerisik-(Ayu gunakan 3 sudu besar )
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca besar gula Melaka-(Ayu gunakan 1 sudu besar gula pasir)
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis 
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas-(Ayu gunakan sehiris aje)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras-(Ayu gunakan 2 biji aje)
  • 2 biji tomato dipotong dadu-(Ayu tambah)

    Cara-cara

    1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
    2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
    3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
    4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
    5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
    6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.

    15 comments:

    ady said...

    as-salam kak ka ayu
    wow!terliurnya tgk nasi ketumbar kak ayu ni..mesti sedap ni..cantik warna nasi tu..
    btw Rendang Ayam kat bawah ni pun nampak sedap dan menyelerakan..

    CT Delima said...

    Assalamulaikum Ayu

    tegok jer dah sedap, apalagi kalau dapat makan kan dear... hihi. ct ni suka pada pembaharuan dan suka mencuba walau tak pernah merasa. Macam nasi ni cantik pulak ada hijau2 gitu, menarik bila nak makan. anak2 pasti ada yang tertanya2..cantiknya nasi ni mama.. haa..kalau cantik tak payah makan, dok tenung jer lah.. hahaha.

    anak2 ct minggu depan baru mula exam.

    Rabiatun Adawyah said...

    Assalamualaikum kak Ayu,
    thanks yer kak..resipi serimuka pandan tu..memang sedap sangat..lain kali mmg nak guna resipi tu ajer..hihihi..
    nasi ni pun nampak best, nnt tun nak cuba... :D

    Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

    Salam ayu .sedep tu dan warna pun menarikkan???

    Iza Akma said...

    Assalamualikum kak ayu,
    sedap nampak nasi ketumbar tu...warna hijau tu yang membangkitkan selera...nnt leh cuba..

    Ummi said...

    Assalam Ayu...waaaah nasi ketumbar pulak...tu dia...mcm sedap...boleh buat nih...daun ketumbar ada beli td...tp sikit jek...Ayam bandar akak suka, akak x makan ayam kampung...hehehe

    Ezadlieza said...

    salam k.ayu...sihat?
    akak ni rajinnya buat berbagai bagai nasi...nampak sedap tu...boleh try nih...nyumnyum..

    Anonymous said...

    Assalam Ayu, Nasi ketumbar memang menyelerakan ganding ayam rendang mesti sedap warna nasi hijau cantik Ayu.KakSal tengok Ayu rajinmemasak dan boleh jadi Cikgu di rumah bertuah anak2 Ayu......

    cik cek said...

    Salam pagi1 selasa...

    Ringkas je nasi ketumbar ni ayu ek....leh gak try buat nanti...ayam kampung tak de...jadila ayam bando..nampak sedap rendang tu...lama dah tak masak2 rendang...

    Kena buat semula entry ni ya ...kak cek pun alami benda yg sama...last entry sebelum blog meragam haritu...pun hilang....pas tu muncul balik...commennya sume hilang...dan juga ada komen kat entry yang lain pun ghaib jugak...
    Ingatkan org je meragam...blog pun sama jugak...he he he...:)

    Ayu sume sihat2 selalu ek...harap2 begitu....

    izahdaut said...

    kak ayuu.. sihat ke?
    ishh nampak simple n sedap la menu ni.. saya masuk list la kak ye.. tq

    Zaliedana said...

    Assalam kak..Wah pepagi singgah sini dah terliur nih..Nmpak sedap betoi lah kak..Sekbek dah bf nih..hehe..

    Cik Kamoo said...

    pagi2 dah jamu mata dgn makanan sesedap nie. terus buat dri menjadi lapar

    Ayu said...

    kak cek - slm pagi buat kak cek juga..eh dah petang rupanya ..heheh..aahlah kak cek..habis terus ghaib entry kita hari tu..dengan ayam dengan comments sekali..hahaha..

    buat entry ni semula, sebab kat dashboard kita terus tak ada..penat2 kita dah type terpaksa buat lagi sekali..heheh..waste my current aje kan.. ..begitulah hendaknya kak cek..sihat semuanya lah kan..

    izahdaut - izah!!!!..lama tak dengar suara..new profile pic..JAMBU LAH!!..cubalah bila2 kan izah..memang simple aje bahan2nya tu..

    zaliedana - walkslm, hahaha...tulah nasib baik dah makan ..kalau tak habis monitor kena kokil ya..heheh

    cik kamoo - pagi2 cik kamoo dah meronda ya..heheh..dah dapat idea nak masak apa tak hari ni?..hehe

    Nieza said...

    sedapnya tgk nasi ni kak...saya ambik resepi yer..tq:)

    Ayu said...

    nieza - silakan nieza,kasi akak sikit kalau dah cuba ya..hehe