Tuesday, August 16, 2011

Daging Goreng Ala Kaprau

Another lauk daging yang telah lama masuk list dan ramai juga teman2 blogger yang telah mencuba..nak sebut satu2 tak sure lah pulak tapi kalau tak silap lah Nor Trengganu was the first few yang telah mencuba, recipe dari Kjee ni..memang sedap daging goreng ala kaprau ni..lagi2 semua bahan2 kita ada especially daun selasih tuu....caya tak kita sebenarnya tak kenal daun selasih ni..tapi kita dapat agak2 sebab baunya tu..tu yang kemarin kita ada post kat facebook tanya teman2 siapa kenal daun selasih ni..bila tanya kat nyonya penjual dia pun tak tahu namanya in Malay..tapi dia cakap orang Cina, suka masukkan daun ni kalau menggoreng ayam..so kita nekad beli ajelah..

Betullah yang kita beli tu daun selasih, bila dapat confirmation dari teman2 kat Fb, sebab nak tanya my mum, kebetulan my parents tak ada hari tu. .hehehe..sedap tau daging ala kaprau ni dan betul kata Kjee, kalau ada daun selasih lagi sedapppp..memang tak rugi mencuba..Mr Hubby laju aje makan ni..kita makan pun banyak mengalah..heheh sebab tengok dia makan berselera...suka tengok , oh ya kita tak tambah garam or serbuk perasa dalam masakan ni ya sebab semua dah cukup rasanya tu....thanks Kjee for the marvelous recipe..kita minta izin dipanjang2kan disini pula ya kak..

Daging Goreng Ala Kaprau
Sources:-From Kjee@Dapur Kjee
BAHAN2:
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)-(Ayu gunakan 11/2 cube stok tomyam knorr)
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)-(Ayu bubuh daun selasih memang sedap sangat!!

CARA:
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam(Ayu bubuh sedikit halia kisar). Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

6 comments:

ain (sweet thots) said...

salam k.ayu,
kita pon dh buat, mmg best. letak daun selasih tp x sure la daun yg betul ke x sbb confuse nak pilih thai basil ke sweet basil. memandangkn ni masakan siam so I pon chose thai basil. betul ke eh?

Chik Mimi said...

assalam kak nampak menarik n sedap kak tp paste tomyam kita dah pinish ler
masuk list

Anawahid said...

kak ayu @ bini tua, kalo daun selasih abis, jan lupa roger, blakang rumah kita bnyak tak terkata pasal bunya nya tu kalo jatoh teros jadik benih... kalo nk kita bole pos, x pon bole dating... jumpak kat eden stulang... hehehe

Kjee said...

salam ayu. betullah that's daun selasih. masa I main2 jer cipta resipi tu, I thought kalau silap dan tak sedap, lain kali I alter. But bila dah jadi, buat apa nak alter kan? Glad ramai tried cooking it and suka. hehehe

Mylady said...

Resepi ni pun i lama dah KIV disebabkan daun selasih ni lah..tanya my mom, dia pun tak tahu daun selasih tu daun apa...gi market, tertinjau2 le...nak tanya, malu plak...aduhhhhh....kalau kat hypermarket ada jual tak ek?

Ayu said...

ain - walkslm, kalau tak salah betullah tu ain..thai basil kan?..heheh eh akak tanya ain balik pulak..haha..sedap lauk nikan ain..

chik mi - walkslm, masuk mi, harus dicuba ni memang best..

anawahid - lah agak daun selasih banyak kat belakang rumah ana ya..?..hehe wah kat sini daun selasih susah juga nak dapat tau ana..mahal pulak tu..hahaha..wah tulah hari tu akak tanya adik akak eden tu lah rupnya stulang ya ana..wakakakka..dah pernah pergi tapi tak tahu itu jalan apa..hahaha..

kjee - walkslm, tulah kita ni tak kenal kjee daun selasih tu macam mana, sebab jarang gunakan daun tu..memang sedap recipe kjee ni..itu sebab ramai yg dah cuba..thanks for sharing ya kjee...

mylady - mylady, tak sure pulak kat hypermarket ada tak, tapi selalunya daun2 gini kat pasar dijual penjual sayur2 kampung kot?..ini kebetulan, nyonya pulak yg jual..hehe