Sunday, February 05, 2012

Ayam Goreng Berempah Beriani

Ayam goreng  mesti laku punya kalau kat rumah kita ni...this time kita cuba pula recipe dari DJ yang pandai masak tu...straight away bila nampak dayang tayang ayam goreng ni kita dah siap print dah recipenya..dan cuba...bukan main laju anak2 makan ayam goreng kita ni..sedapp..
Buat Dayang terimakasih banayk2...akak minta izin share the recipe here for the rest to try juga ya..

Ayam Goreng Berempah Beriani
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

6 comments:

Cik Kamoo said...

sedapnye....nak kena try buat nie

Ayu said...

cik kamoo - cubalah cik kamoo..buat ratah2 pun ok juga..hehe

cik cek said...

Lama dah tak goreng2 ayam berempah cam ginu....ratah cam tu je sedap kan...he he....

Ayu said...

cik cek - betul kak cek..ayam goreng macam ni 30% lepas goreng habis dibuat ratah dulu heheh..

farah said...

da cuba...mmg sgt2 sedap...thanx for sharing...

Ayu said...

farah - sama2 farah..glad you like it ya..:)