Thursday, May 24, 2012

Daging Tumis Pak Andam

Lauk daging ni kita lawan kan dengan lemak cendawan cili api cendawan & udang kat bawah ni..macam biasa juga bila semua ada kat rumah, especially Mr Hubby, kenalah masak at least satu lauk favourite dia ..DAGING..hehehe..
As usual pencarian menu baru pun bermulalah..hehe..alah tak adalah nak cari sampai kegunung pun..cari pakai internetlah...so terjumpalah recipe yang sedapp ni kat myresipi..
Mr Hubby & anak2 suka lauk ni...They ratah2 aje  lepas nasi dah habis dipinggan..heheh..suka kita tengok bila dia orang suka makan..macam hilang penat kita memasak kan...berapa kali berulang kedapur ..sampaikan 1kg daging tinggal sedikit aje lepas dimakan just for lunch...

Bolehlah lain kali  dimasak lagi  lauk ni..resipi ni kalau tak silap asal dari teman blogger SOFEA, yang menggunakan nama Kak Fiza dimyresipi tu kan..Terimakasih Sofea for the recipe yang sedapp ni..minta izin dipanjangkan disini pula for my future reference dan teman2 yang lain..

Daging Tumis Pak Andam
Sources:-From Kak Fiza@myresipi
Bahan2-(10 orang)
  • 1 kilo daging
  • 15 tangkai cili kering (rebus dan tumbuk kasar)
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa
  • gula dan garam secukup rasa
  • * 10 ulas bawang merah
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 2 batang serai
  • * 2 cm halia
  • * 1 sk ketumbar biji-(Ayu gunakan yang serbuk aje)
  • * 1 sk jintan manis biji-(Ayu gunakan yang serbuk aje)
  • minyak utk menumis

Cara-cara

  1. daging dibersihkan dan direbus hingga lembut.rebus seketul2.
  2. setelah daging lembut,potong nipis dan ketuk2 sedikit daging tersebut dgn lesung batu.
  3. kemudian goreng daging seketika.jgn terlalu garing.angkat & ketepikan.
  4. blend @ tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  5. panaskan minyak,tumiskan bahan2 yg telah diblend,kacau sebentar kemudian masukkan cili kering.masak hingga garing.
  6. kemudian masukkan daging,garam gula, air asam jawa dan daun limau purut.boleh tambah sedikit air jika terlalu kering.
  7. kecilkan api dan biarkan reneh seketika.angkat dan hidangkan bersama nasi putih.selamat mencuba!
  8. p/s cili kering jgn ditumbuk terlalu lumat,biar kasar2 sikit.x sesuai kalau diblend halus.

10 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum Ayu,
waduh2...tak tahan tngk menu daging yg sedap ni, kdng2 pening gak tak tau nak masak apa ngan daging ni..mesti cuba resepi ni..mmng menyelerakan sungguh...

Ayu said...

yatie - walkslm, betul tu yatie..selalu buntu nak masak apa kan..cubalah yatie..sedap lauk ni..

Qasey Honey said...

asslm Kak Ayu...waduhhh mengancam tgk nama menu ni...nmpk sedap pula tu...mak andam nye xde ker...hihi

~~zana@pb~~ said...

Selamat pagi Ayu, wah...glamer nama tu, Pak Andam mana la agaknya ye.
Nanti akak selongkar dapur ayu lagi, nak berdesup kedapur ni, buat biskut.

Chik Mimi said...

mmg sedapkan kak daging kita sukaaaa

Ayu said...

QH - walkslm..hahahh mak andam dah sibuk hiaskan pengantin itu yang pak andam yang masak..hahaha

Ayu said...

zana pb - selamat pagi kak zana, tulah pak andam suami mak andam siput sanggul yang hingus meleleh tu..hahaha..

Ayu said...

chik mimi - wah another daging fan ya..hehehe aah mi sedap daging masak macam ni..

K.Nor said...

rasanya nor dah pernah cuba masakan daging ni masa fiza@sofea postkan kat myr dulu.. sedap :)

Ayu said...

nor - aah nor, ternampak juga nor pun dah cuba dimyr tu..dah lama juga lauk ni kat sana ya..ini baru terjumpa..hehehe memnag sedap ni..