Friday, October 05, 2012

Nasi Komok & Udang Brastagi

Nasi Komok again!!!!..Dah macam nasi biasa dah bila kita masak ni..heheh..selalu sangat masak hingga bila siblings Mr Hubby datang for raya kemarin, pun kita masak nasi ni..Tak pernah tak habis, dan tak pernah jelak..bayangkan Mr Hubby pun dah jatuh cinta dengan nasi ni..hehehe...Pernah  masak 2 hari berturut2 sebab the first day tak kecukupan..
Percaya tak kalau kita cakap kita pernah sounded dengan Mr Hubby to drive up to Siam main reason was to find the rempah nasi komok ni last year !!!!!!.. Tapi sayang, Mr Hubby kata, Singapore car nak masuk sempadan Siam macam ada leceh sikit..wallawalam..so pendam aje lah niat tu kan..:(

Ok, kali ni kita tambah sikit bawang besar kisar & bawang putih kisar from the last time into the ayam goreng..dan juga kita masak menu tambahan iaitu Udang Brastagi recipe dibawah..
Ya Allah, bukan main laju betul tetamu yang datang menyantap this two menu..Shukur Alhamdullilah..Hilang penat2 memasak tu kan..Kita letakkan recipenya disini sekali lagi buat pengunjung yang baru pertama kali mendengar nama nasi ni ya.. Terimakasih sekali lagi ya Azian...


Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Sources;-From Azian @Aziancollection,

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)
1 tsp ground turmeric(serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih)(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar-(Ayu gunakan batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air

garam secukup rasa
Rempah penumis.-(Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)
CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, bawang kisar, bawang putih kisar ). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

Udang Brastagi side dish for nasi komok kat atas ni..memang gandingan yang mantap..
To that 'somebody' yang bertanya tentang recipe ni here it is ya..hehe..

Udang Brastagi
Sources:-From resepi Mesra.net
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
 Bahan:
2 ekor udang yang besar -(Ayu gunakan 16 ekor udang XXL)
2 labu bawang besar
5 biji cili merah + beberapa cili padi -(Ayu tambah)

 1 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 2 ulas)
½ cawan minyak makan
Sedikit garam dan gula-(Ayu gunakan kicap manis + perasa)

 1 biji lime juice-(Ayu tambah)

Udang dibersihkan kemudian digaulkan dengan sedikit garam halus(Ayu gaul garam & kunyit) dan goreng hingga kuning. Cili merah digiling halus bersama dengan bawang putih(Ayu blender kering). Bawang besar dimayang kemudian panaskan minyak dan tumiskan hingga kuning, lepas itu masukkan cili, garam dan gula. Bila sudah garing, masukkanudang dan balik-balikkan hingga sama rata. Hiaskan dengan salad, tomato, cili merah dan daun bawang semasa menghidangkannya.

8 comments:

Azian Nd said...

Aduh Ayu...buat akak teringat ajer....rempah dah kehabisan stok pulak tu... Untuk pengetahuan Ayu, ramai yg pm akak kata tetamu mereka sukakan nasi komok tu...siap minta resepi lg...Alhamdulillah...tak sia-sia resepi yg akak share tu... Pst...kena cari rempah dia juga dan rasa kelainannya....udang tu...musti try!

Ayu said...

Azian - heheh..betul tu azian, samalah macam kita tetamu semua bertambah2 nasi ni..hubby kita yang tak suka nasi berperisa, boleh bertambah2 juga nasi ni..suka tengok bila semua laju aje makan..terimaksih sekali lagi ya azian for sharing recipe yang sanagt sedap ni..udang tu ganadingan aje dg nasi ni..tapi memang pass lah ditekak kami..hehe

ana said...

Salam ayu. Masuk list sbb family members suke nasik bperisa mcm ni. Sejak arwah mak tk de sya selalu mask nsk jenis2 mcm ni sbb lauk senang nk wat. Paling senang mkn dgn aym goreng yg berperisa gak hehe... Masa mak ada dia yg selalu msk ikut apa dia nak. Sya mkn je, tk kisah la dia masak apa pun. Semua tu tinggal kenangan je. Ehh melalut pulak sya. Maaf ye. insyaalah nk try nanti. Pernah jumpa resepi mcm ni tp guna rempah komok yg dah siap. Makasih ayu n azian.

ana said...

Salam ayu. Masuk list sbb family members suke nasik bperisa mcm ni. Sejak arwah mak tk de sya selalu mask nsk jenis2 mcm ni sbb lauk senang nk wat. Paling senang mkn dgn aym goreng yg berperisa gak hehe... Masa mak ada dia yg selalu msk ikut apa dia nak. Sya mkn je, tk kisah la dia masak apa pun. Semua tu tinggal kenangan je. Ehh melalut pulak sya. Maaf ye. insyaalah nk try nanti. Pernah jumpa resepi mcm ni tp guna rempah komok yg dah siap. Makasih ayu n azian.

ana said...

Eh nape tersend 2x. Sori la ayu. Nk tanya white n black cokies dan coco sesame cookies boleh wat saiz besar tk? Ingt nak goodies anak buah nak kahwin. Tenkiu..

Ayu said...

anna - walkslm., betul tu anna, my.. kids suka sangat nasi berperisa macam. .ni...hubbby kita kurang sikit,. tapi for this nasi dia boleh suka pulak..
Dulu bila kita masih bekeja, begitu juga anna,. apa yng mak kita masak kita telan aje....tak banyak songeh,. sebab. balik. kerja aje tau makanan dah ada untuk. disantap.,.so basically, samalah ikut apa yang dia nak masak..kita pun makan aje..
sekarang dah boleh masak ni so ikut pulak apa yang tergerak kita nak masak ...he.he.........Aah anna,. memang ada rempah komok yg dah siap tapi kita kat sini susah ler nak dapat,. Sama2 anna,. harus dicub.a nasi ni tau...:)
.
Anna - cookies tu rasanya... boleh dibuat besar2,..wah nak buat goodies,. banyak tu kan anna......good luck ya

ana said...

Tenkiu ayu. Doakan sya bjaya siapkan projek goodies ni. Shukran, shukran, shukran...

Ayu said...

anna - insyaallah mudah2han ya anna..