Friday, April 18, 2014

Udang Galah Rica Rica

Hari ni cuti umum diSingapura sebab cuti Hari Easter..anak2 tak bersekolah & Mr Hubby tak bekerja ..so kita mengambil kesempatan dengan cuti yang ada untuk masuk JB pagi tadi lagi kita dah keluar(scheduled postlah ni)..dah lama rasanya tak masuk JB..Masuk pun ada hal nak diuruskan..psst nak hantar jahit baju for raya..hehehe...kita memang suka hantar baju kat JB..besides pertukakaran matawangnya, jahitannya kemas dan cantik...Huish, marah kang tailor orang Singapore kalau baca ni..hehehe...sorry ya..:)

Kita kena hantar siang sebab kalau lambat tailor sana tak nak ambil lagi upah jahit baju...pernah kita lewat tak beli kain dan hantar cepat2..terus auntie tu tak nak walaupun regular customer..kalau nak pun lepas raya baru siap..terpaksalah tahun tu kita beli dah siap untuk satu keluarga, mahal pulak tu..

 Apa2 pun, kita tinggalkan blog kita ni dengan posting lauk udang galah..Recipe dari blog Kak Ummi ..masak ni tahun lalu..huhu...dapat udang galah sebab Mr Hubby & the kids pergi pancing kat kolam dapatlah dalam 1 kg udang galah..so kita surf the net cuba pulak recipe ni..sedapp tau..tak bedek cubalah kalau nak guna udang biasa pun boleh..Terimakasih kak Ummi minta izin dipanjangkan recipe ni disini pula ya..:)


UDANG GALAH MASAK RICA-RICA
Sumber Resepi: Majalah Sedap

Sources:- Kak Ummi @Home Swet Home 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-

  • 500 gm udang jerbung, agak besar (*akak guna udang galah)
  • 100 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air limau nipis (*akak guna lemon)
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 biji cili padi merah (*akak letak 5 biji padi hijau)
  • 1 cmhalia
  • 1 biji tomato merah/masak
Cara Memasak:-
  1. Udang dibelah belakang dan dibersihkan. Perapkan udang dengan air limau nipis dan garam selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan kacau hingga berubah warna.
  4. Masukkan air, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  5. Masak sehingga matang dan rempah menyerap.
  6. Tutup api dan hidangkan.

12 comments:

Nida Mohd said...

sedapnya udang galah..lama tak makan..
mmg betul kak ayu..skrg kalo nk anta tempah jahit baju raya kena anta awal2..nnti tukang jahit tak terima kalau last minit..nangis takde baju raya..hihihihi

Kerull Nazeem said...

Assalam...sedapnya tengok udang tu kak ayu..mantap saiz udang galah tu..meleleh air lir menengoknya..

nasa mulia said...

Kita pun suka antar kain utk buat baju yang dijahit oleh orang johor. Dah try ngan org lain tp x besst pakailah...

tun_telani said...

Salam kak ayu.. tun kalau pekena udang galah ni, mmg amik risiko gatal2 seminggu.. huhu

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Nakal sangat ni tayang udang galah sambal!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Bkn try gak hat ni
Udang galah selalu beli kt costco nun
��

Ayu said...

nida - samalah dgn akak nida..kat sini susah nak dapat udang galah..tapi kat prepaid kolam banyak lah ..hehehe..aah semalam akak hantar auntie tu cakap memang dah tak ambil lagi..nasib baik akak dah telipon last week cakap awal2..fuhh..kalau tak nangis tak belagu..haha

Ayu said...

kerull - walkslm, udang galah ni tengok nampak besar sebab akak close up cameranya tu..actully kecik aje kerull...hehe..:)

Ayu said...

tun telani - walkslm, tun pun ada sakit gatal2 ya..sama macam akak lah..hari2 kena makan ubat..tapi bukan kerana makan seafood ke apa, tapi entahlah doc cakap pasal apa dalam darah akak ni..huhu...:)

Ayu said...

honey - walkslm, honey...heheh..nakal2 manja tu honey..hehe..:)

Ayu said...

lady ayu - oh selalu juga dapt udang galah ya..kat sini mahal udang galah ni..isinya sikit kepalanya hanya dapat harap besar..hehe

Ayu said...

nasa mulia - kannnn nasa hehhe..orang johor pandai jahit baju ya..hehe..kang marah orang negeri lain ni kang..hahaha..:)

nasa mulia, akak selalu juga pergi blog nasa, tapi akak nak comment tak boleh ler, sebab comment box tu guna google accout..akak ada google accout tapi kalau akak sign in to that circle..it will affect my picasa webs album dimana my photos untuk blog semuanya disana...janganlah nasa ingat akak tak nak comment apa2 kat blog nasa ya..maaf sangat2..:(