Thursday, July 17, 2014

Asam Pedas Ayam Ala Melaka

Lauk asam pedas yang tak lapuk dihujan & tak lekang dek panas...mana2 pergi, makanlah macam2 jenis makanan antarabangsa..balik rumah, mesti cari asam pedas juga..kalau dah tekak melayu tu kan..heheh..
Kali ni kita masak Ayam Asam Pedas Ala Melaka...tak pasti orang2 Melaka masak asam pedas ayam  cara macam ni..tapi kita bedal aje gunakan ayam yang recipe asal adalah ikan..hehehe...
Jadilah buat lauk sahur kami...:)

Asam Pedas Ayam Ala Melaka
Adapted Sources:-From Bro Rozzan
Adjusted, Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction 
Bahan2 kisar:-
11/2  biji bawang besar
30 tangkai cili kering
10 biji cili padi
2 cm halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3 cm kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih

Bahan Tumis:-
11/2 biji bawang besar (dihiris)
 5 biji bawang merah
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh halba
4 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
3 tangkai daun kesum(diambil daunnya) -(laksa leaves)


1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
3 cawan air
2 biji tomato (potong 2 atau 4)
1 batang terung
garam (atau secukup rasa)
serbuk perasa atau 1 sudu teh gula
11/2 ekor ayam dipotong ikut suka.
2/3 cawan (abt 150 -180 ml) minyak masak


Cara:- 
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis, daun kari, daun kesum dan  bawangnya sehingga layu dan naik baunya. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing, wangi dan naik minyak. Masukkan ayam biarkan hingga ayam mengecut dan keluar air. Gaul rata. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar.  Tambah air lagi dan biarkan ia mendidih. Kacau rata dan masukkan pula serbuk perasa/gula, terung. Tutup dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sedikit. Kemudian, masukkan tomato. Biarkan sebentar sebelum dimatikan api.

8 comments:

Gee® said...

Sama lah menu kita Ayu... asam pedas mmg fav k.gee... bertimbun2 makan nasi...

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Banyak nye masak sampai 1 1/2 ekor ayam??? Oh boleh simpan utk sahur sekali ye?

Semalam buka di rumah kak long, dia buat sambal ayam. Sedapnya la hai hihi. Yelah orang masak mesti lah sedap. Happy dapat berbuka dengan family semalam. :) Kelainannya terasa..

Ayu said...

Gee- hahaha...betul tu gee..bertambah2 nasi makan ..lepas tu hiup pulak kuahnya lepas tu..;)

Ayu said...

Honey- akak kalau berbuka nasi masak lauk untuk sahur sekali..bila time buka nasi ni? Bila akak buat kuih ler..tak Ada Nya nak masak bagai2.. Sebab dah penat..selalunya memang jarring buka nasi berlauk..normally makan mee gitu...;)

rostina76 said...

salam ramadhan k.ayu….lama tak jenguk sini sbb lani tgh angin kus2 malas bereksperimen. btw kecur dok terbayang makan asam pedas ayam ni. sib baik mlm ni

Ayu said...

rostina - salam ramadan juga buat ros & family ya..samalah akak pun dah lama tak singgah kedapur ros..sebab update pun guna schduled post..malam set kan aje..hehe

zana fahmi said...

Selamat hari raya Ayu....he he...wish awal takut tak sempat blog walking bila dkt raya.
Favorite akk ni...

Ayu said...

zana fahmi - selamat hari raya juga buat kak pb..samalah kita pun takut tak sempat ni..hehe