Kalau dah tak tahu nak masak apa,(haish ayat yang common didengarkan)..atau bila fridge dah lapang boleh main bola sepak kat dalam tu, atau masak hanya untuk standby untuk siapa2 yang nak makan nasi lauk yang simple dan padat serta kenyang..adalah sardin dalam tin atau sotong dalam tin..hehehe...Inilah lauk penyelamat..
Ini adalah Sambal Tumis Sardin yang paling sedap pada kita!...Sebab rasanya lain dari yang lain..penggunaan daun kunyit, buah keras serta belacan dan serai..memberikan sambal ni kelainan dari sambal sardin yang pernah kita buat...sedappp..Makan dengan nasi panas2 berlauk kan ini sahaja dah mencukupi dan nikmatnya tak terkata..Shukur alhamdullilah..My pattern pulak kalau masak sardin, kita suka buang tulangnya..ada setengah orang suka simpan tulangnya kan, macam mak kita dia cakap tulang ikan sardin tulah yang sedap, nehi nehi kita tak boleh telan tulang ikan sardin takut terkecik.. ngada2 nampak..hahahhaaa...
Terimakasih Che Mat, another great recipe dari Mat yang akak dah cuba..memang puas hati..Akak minta izin dipanjang2kan disini pula untuk rujukan masa akan datang..
Sambal Sardine
Sources:-From CMG@ Dapur Tanpa Sempadan
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine-(Ayu gunakan 1 tin medium- buang tulang sardin)
2 batang serai, dititik-(Ayu gunakan 1 batang aje)
1 helai daun kunyit, dihiris halus-(Ayu gunakan 3/4 untuk masukkan dalam sambal, 1/4 untuk hirisan)
1 kuntum bunga kantan, belah dua-(Ayu tak letak ni)
1 senduk nasi penuh cili kisar
3 biji limau kasturi, perah jusnya-(Ayu gunakan air asam jawa secukupnya)
1 biji bawang besar, belah 4 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi -(Ayu tambah)
1/2 inci halia
2 biji buah keras
Secubit belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Asingkan ikan sardine dari sosnya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap, tambah cili kisar dan terus memasak hingga garing dan terbit minyak. Tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan. Kacau rata.
- Masukkan 3 - 4 camca besar sos ikan sardine tadi, kacau dan masukkan ikan sardine, tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Boleh hidangkan..
12 comments:
oh mmg sedap...nekciik suker..stok sardine mmg tak peenah putus
nampak sedap la kak.. selalu masak sardin tradisional je tuk husband... hehe
Salam Kak Ayu,
Sambal sardin pon nampak sedap kan? Aduh hai lah...
sedapnya..nak buat jugaklah for sahor tonite :D
tks Ayu !
~ Ddah
Salam ramadhan al mubharak Ayu,
Akak masuk hr Ke 7 dah masak Sardin hehehe, pon buat sambal tumis jg tp kan yg Ayu buat punya nampak sungguh sedap. Ni akak mai bawak shabsuka resepi dapur Ayu, kita tukag pinggan nak.
nekcik~ hehe..samalah nekcik..stok sardin mesti ada..tak boleh putuskan..hehe
loviey_fiey~ alhamdullilah..cubalah sambal tumis ni..ada sedikit kelainan..;)
honey~ walkslm..hahaha..puasalah katakan...semua nampak sedapkan..hehe
ddah~buat ddah..memang sesuai untuk sahur ni..;)
wattie~salam mubarak juga buat kak wattie & family...
oh ya ke..hehe dah masak dah sardin eh..hehe....waduh..shabsuka...favourite family kita tu...meh sini nak rasa..
Seem like a simple recipe but sounds too yummy....i wil definitely try this
GK - Its a simple recipe, but the ingredients used that make the difference, like candlenut & daun kunyit..cubalah sis..:)
GK, i've tried to comment on your blog but seems i cant cos, of google different setting..:(
Post a Comment