Wednesday, July 09, 2014

Ayam Cereal Rangup

Ok lauk ni kita masak during bulan puasa tahun lepas..sabor ajelah kan..sekarang baru nak masukkan..sebab nampak lauk ni didapur kak Ummi, kita pun ikut sama..bila tengok gambar cerealnya tu kat dapur Kak Ummi, kita macam cam 'logo'nya tu, sebab itu logo local product kat sini..kita pun carilah kat supermarket..jumpa dan terus buat lauk sahur ..dalam ada 3 packet ..memang sedapp...kita yang kat sini, baru kali ni mencuba..sebelum ni pernah nampak juga brand ni..tapi macam tak tahu nak buat macam mana..
Terimakasih kak for sharing the recipe..kalau akak tak cuba dan masukkan dalam blog memang kita pun tak tergerak nak cuba..:)


AYAM CEREAL RANGUP
Resepi Olahan:  Ummi @ Home Sweet Home

Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan (anggaran sahaja yea):-

  • 6 ketul bahagian ayam (separuh ayam)
  • 1 paket Crispy Cereal Chicken (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dicincang
  • 8 tangkai cili padi  - hiris halus
  • 1 tangkai cili merah  - hiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji kuning telor
  • 2 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng ayam


Cara Memasak:-

  1. Ayam dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit dan goreng ayam hingga masak. (jangan terlalu garing).  Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga naik sedikit garing dan naik bau.
  3. Masukkan cili yang dihiris dan daun kari, kacau sebentar.
  4. Masukkan telor dan kacau-kacau rata hingga berketul-ketul.
  5. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata, diikuti kicap dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali tuangkan cereal dan gaul rata-rata menyaluti ayam.  
  7. Tutup api dan siap untuk hidangan.

8 comments:

Putri said...

nk try tapi x pernah jumpa tepung cereal tu..

Honey said...

Salam Kak Ayu,


Arghhhh terlalu sedap ini laukkkk!!!!!!! Lapar..

Ayu said...

Putri - cuba putri cari di Giant Hypermarket..hari tu akak ada nampak..thank you Putri tinggalkan jejak ya..:)

Ayu said...

Honey - walkslm, bolehlah Honey buat sahur..ngantuk2 makan laju juga akak tengok anak2 makan..heheh

Sidratul Muntaha said...

crup crup crap..
confirm sedap
aduyai..
menggoda jiwa la kak

Ayu said...

sidratul~ hehe...oklah sis...cover untuk lauk sahurkan...hehe

mai has said...

bole try la cereal chicken ni.nak beli nestum x bole dah.nk boikot barangan israel.hehe

Ayu said...

mai has~ cubalah mai...cari kat giant..hehe