Monday, July 14, 2014

Mee Bandung II

Mee Bandung ni kita buat hari tu untuk berbuka....Selalu kita buat seorang seorang..kalau nak makan baru buat...kali ni kita buat sekali harung, masak kuahnya sekali untuk 3-4 orang makan. Yalah kalau buat satu2..bila bunyi azan dah kedengaran, mee belum siap, ada yang kena gegar meja makan kita..hahaha...So kalau nak buat sikit please adjust mana yang patut ya..:)

Kali ni kita letak udang kering dalam bahan2nya..selalu..buat tak letak pun, main letak apa yang ado aje..hehe..Ada juga recipe mee bandung yang diletak kacang tanah..kalau tak silap Mee Bandung Muar kan.. Kita pernah makan yang kat Muar tulah..tapi time tu kita kecil lagi..masih hingusan lah kira..Waktu time arwah atok kita masih ada lagi..Kalau balik kampung, mesti pergi ke bas station Muar tu..naik bas Express satu keluarga..maklum ler tak ada kereta..so kalau balik kampung mesti naik bas..beli tiket Malacca Singapore Express dan bas tu akan turunkan kami di bas station bandar Muar. Kalau tiket bas Express dah habis, kami terpaksa naik bas 'sangkut'2.. Dari Singapore - Johor Bahru - Air Hitam - Muar. Waduh those were the days..
Mee Bandung II
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:- (3-4 orang) 
Mee Kuning secukupnya
250-300g daging dihiris ikut suka, direbus dgn air & halia kisar hingga empuk, simpan airnya
20 ekor udang
2 ekor sotong
*2 biji bawang besar
*4 biji bawang putih
*3 sudu besar udang kering
*2 biji tomato
*2 senduk nasi cili kisar-ikut kepedasan
*(bahan dikisar)

1 biji bawang dihiris nipis
1-2 sudu besar tomato puree
4 sudu besar tomato sos
4 sudu besar sos tiram
1 kiub daging
air secukupnya
garam & perasa secukupnya
sawi
kobis panjang atau kobis biasa
taugeh
telur ikut suka berapa banyak

hirisan daun sup/bawang
bawang goreng
cili jeruk

Cara:-
Rebus daging hingga empuk dengan sedikit halia kisar. Ketepikan
Panaskan kuali, bila minyak panas tumis bawang hiris hingga naik bau dan layu.
Masukkan bahan2 kisar biarkan hingga naik minyak dan garing. Masukkan tomato sos, tomato puree & sos tiram serta daging yang telah direbus tadiserta udang  Bila dah sebati dan pekat, masukkan air daging, kalau tak cukup air daging boleh tambah air biasa. Masukkan kiub daging. Perasakan dengan garam dan perasa. Bila kuah dah mendidih, pecahkan telur. biarkan seketika hingga telur sedikit keras. Masukkan sayur kobis, sawi & mee. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul rata. Matikan api dan siap untuk dihidang.Taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng dan cili jeruk. Mee bandung ni sedap kalau kuahnya pekat sedikit .

6 comments:

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Tu dia! Mai dah mee bandung Singapore! :)

Ayu said...

Honey - walkslm, hahahhaa..
dont play play ah..hahaha

adda syuhada said...

sedapnyerr...

Ayu said...

Adda- biasa2 aje adda...;)

ana said...

Salam ayu. Cedapnye. Ank dara kita peberet mee bandung ni. Kita pun suka gak....
Org melaka ayu ni ye...sama le kita. Kita pun dolu2 dr jb bila balik melaka naik bas expres tp selalu bhenti kat ayer hitam makan2 soping2 20 minit je he3...pasth klau tiket abes mcm ayu naij bus sangkut2 jenuh lah serondoh serandah ngangkut beg tukor bus. Sama pgalaman idup kita ye ayu....

Ayu said...

ana~walkslm, kita org muar, ana...
sebab tak ada bus express yg terus ke muar itu yg kena beli ticket yg ke melaka..so bila dah sampai muar driver bas akan singgah kat bas station maharani tu untuk turun kan kami..oh sama jug pengalaman ya..kalau ticket bas dah habis..kena naik bas sangkut2..hehe..aduhai..memang mabuk dibuatnya..kita pulak dulu suka muntah2 kalau jalan jauh..terpaksa mak kita beli pil muntah supaya tak muntah dlm bas..ini time kecik2lah...dgn beg..pernah juga berdiri dari air hitam ke muar..sebab bas penuh..huhu