Tuesday, October 21, 2014

Ikan Merah Masak Stim

Assalam, just a quick update...sewaktu kita masak ni..kita juga masak another western dish for the kids..lauk ni just for the adults aje..as budak2 kita tak berapa sangat makan ikan...
So seekor ikan merah dipotong empat kerat..itu pun kita potong sendiri..disuruh apek siangkan sisek ikan dan dipotong 4..rupa2nya sekor bulat2 dibungkuskan kita..dah balik baru sedar..yalah semasa disuruh siang tu..kita tinggalkan apek dan beli sayur dikedai sebelah..bila balik kekedai ikan tu dia dah siap bungkus dalam plastik..terus bawa balik without checking..huhu...
Terpaksalah kita potong sendiri..dah lah tak ada pisau yang besar nak pelangkong ikan..kita hiris dulu barulah guna gunting..itu yang tak cantik potongannya ...:(
Bila siap dimasak..mak kita tengok lauk ni...'Oh kau masak sup ya?'..Eh taklah mak..itu kita masak stim...Mak kita jawap...ah recipe barulah tu ..kita cuma tesengeh aje..heheh...
Lauk ni seakan macam singgang pun ada..macam tom yam pun ada..sedaplah pada tekak kami..nak masak pun senang leburkan aje bahan2 tu..
Terimakasih buat Dayang  for the recipe..rasa2nya..beberapa teman blogger dah cuba kot recipe ni?...

Ikan Masak Stim
Sources:-From Dayang Jack @myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients
  • 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)-(Ayu guna ikan merah )
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)-(Ayu lebihkan lagi)
  • 1 sb sos tiram-(Ayu guna 2 sb)
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)-(Ayu guna 5 biji tomato cherry dibelah 2)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis-(Ayu tak letak sebab tak ada srok)
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
Instructions
  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

8 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam kak ayu,sedapnya ikan merah masak stim.Hirup kuah slurppp..
Kemarin ada buat sup ikan..tp tengok yg kak ayu punya..jadi terliur pulak sbb nampak enak bangett

Rizziela said...

jarang beli ikan merah sebab x tau nak masak apa..lepas ni boleh try

Unknown said...

Sedapnya....terbayang2 rasa menghirup kuah ikan stim ni...my favorite fish....masak kari pun sedap.

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Sedapnyaaaaaa.. makan pula dengan nasi panas, sayur asparagus udang.. duh duh duh.. bertakung dah ni air liur hahaha

Ayu said...

Lina- walkslm, heheh..tulah Lina..pada mulanya mak akak pun ingat akak masak sup..memang Neal bangat lauk ni...hehe

Ayu said...

Rizziela-oh ya ke..ikan Merah masak Kari, asam pedas, sup macam2 boleh dear...isi ikan Merah sedap tau..;)

Ayu said...

Anira- oh Anira pun pernah masak stim ni ya...sedap kan..;)

Ayu said...

Honey-walkslm, hehe..wah dah terbayang2 side dish nak lawman kan dgn lauk ni ya honey...heheeh..akak pun tumpang bertakung ni..hehe