Thursday, June 10, 2010

Nasi Goreng Ayam Kunyit

Salam dipagi Khamis yang mendung, dengan angin sepoi2 bahasa..sedap lagi kalau tarik bantal lagi..dan membuta tak hingat dunia..hehe..well, confirm tak boleh tidur punya, sebab dengan the kids berdua tu, dah bangun kalau cuba nak terlelap sekejap pun tiba2 salah satu terpekik ke or goncang badan kita time terlelap tu  boleh dapat serangan  jantung sebab terperanjat...!! Hasif pulak, semenjak balik dari China, been to school everyday..hai mengalahkan cikgu yang kena balik kesekolah pada musim cuti ni...

Since blog ni dah beberapa hari tak terupdate, kita masukkan entry for today..Nasi goreng tu I goreng pakai perencah yang kat bawah tu aje...hiris bawang, ketuk cili padi sikit dan tumis. Gaul perencah dengan nasi dulu. Bila bawang dan cili dah layu masukkan nasi gaul rata, lepas tu boleh pecahkan telur dan goreng hingga sebati. Actually nasi goreng kampung ni, sedap bila diletak ikan bilis, kangnkung dan sebagainya, tapi disebabkan I nak makan dengan Ayam Goreng Kunyit tu, so I just goreng the nasi simple2 aje..Idea datang buat nasi goreng ayam  kunyit ni, adalah dari pergi makan kat gerai, sepinggan macam kat atas tu S$6 tau!!..
so I decided to try kat rumah, muai jugak dapatlah satu family makan untuk brunch hari tu.(ini bukan menu hari ni ya)..

Actually untuk nasinya, rasa2nya, kalau digoreng macam nasi goreng cina pun boleh...untuk entry seterusnya, tengoklah dulu ya, kalau time permits akan kita post lagi nanti, but at the moment, sila2kan lah dengan nasi goreng ayam kunyit ni dulu ya..


Ayam Goreng Kunyit
Ingredients:-
500g dada ayam di hiris-(500g chicken breast sliced)
5-6 kacang panjang-(5-6 long beans)
kobis bunga-(some cauliflower)
1-2 ulas bawang putih di ketuk-(1-2 garlics crushed)
1 biji bawng besar dihiris bulat-(1 large onion sliced to rings)
1-2 biji cili merah dihiris-(1-2 red chillies sliced)
5-6 cili padi diketuk-kalau nak pedas-(5-6 bird eyee chillies crushed- if prefer hot)
sedikit serbuk kunyit-(some turmeric powder)
garam secukup rasa-(salt to taste)
sedikit serbuk perasa -optional-(some msg to taste)

Method:-
Basuh ayam, perah sedikt jus limau untuk menghilangkan hanyir dan toskan. Perap ayam bersama kunyit dan garam sekejap. Goreng ayam hingga garing, angkat dan toskan. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih hingga naik bau dan bawang besar. apabila bawang layu, masukkan kacang panjang, bunga kobis dan gaul rata. Masukkan hirisan cili dan cili padi yang dah diketuk. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.-(Wash chicken and squeeze some lime juice and drained. Marinate chicken with salt and turmeric powder for a while. Fry chiken till crispy or golen yellow, dish out and drained. Using the same wok, saute garlics till fragrant , add in onion rings and stir well till soft. Add in long beans and cauliflower, mix well. Add in sliced chillies. Add in fried chicken and stir till incorporated.)

No comments: