Friday, October 22, 2010

Sotong Sumbat Cendawan Berkicap

 Another dish that uses oyster mushrooms in it...but this time with squid...Stuff Squids w/mushrooms in it ....recipe dari  Lizahanum ...since my boys suka sotong and I suka mushrooms combinations of this 2 made this dish laku kat my rumah..since lauknya pun  tak pedas bolehlah semua makan kan..Lauk ni kita tak tambah air pun, sebab sotong tu dah mengeluarkan air..
Terma kasih liza & mak liza  kerana berkongsi recipenya disini....

 BAHAN-BAHAN :
6 ekor sotong sederhana besar- dibasuh bersih
2 biji bawang merah-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
6 tangkai cili merah -dihiris halus
Halia sebesar ibu jari-dihiris halus
1 c/b serbuk lada hitam
3 s/b kicap pekat
garam dan gula-secukup rasa
7 keping cendawan tiram -dicarik kecil2 setelah dibasuh
Lidi penyemat

CARA-CARA :
  1. Cendawan tiram disumbat dalam sotong sampai padat.Sotong yg dah disumbat kemudiannya dicucuk dgn ledi penyumbat untuk mengelakkan cendawan dari terburai.Sumbat sotong sehingga habis.
  2. Panaskan minyak dalam kuali untuk menumis bahan2 yang dihiris halus tadi.
  3. Masukkan sotong bersumbat cendawan tadi dalam kuali.
  4. Masukkan kicap dan masak sehingga sotong masak dan nampak sotong tu padat .
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Siap dan boleh dihidangkan.
  7. Sources:- From lizahanum.blogspot.com

No comments: